Skip to main content

CERPEN HATI : JAUH PERJALANAN....LUAS PEMANDANGAN...

Salam petang yang cerah...

“Akak, mehlah datang sini. Anak kena kuning pulak, terpaksa bawa ke hospital.”

Ayat macam nilah yang buatkan hati bergoyang nih. Nak pergi, stamina aku pun tak berapa stabil. Tak pergi kang, ini tengah cuti...adik baru dapat cahayamata. Dia sensorang pulak kat sana dengan bini dan anak sulung. Serba salah aku dibuatnya. Last-last ke bengkel jugak aku.

THANKS TO GOOGLE PICTURE

“Kasi alignment itu tayar...”Hati kecilku mengalah jua...biarlah kesihatan tak optimum mana asalkan adik aku yang sorang tu lega sebab kakak-kakaknya datang menjenguk. Ya rabb...mohon sudilah pinjamkan daku sedikit kekuatanMu...

“Kakak, ini tayar masih cantik. Banyak kali pergi jauh pun ok maa..”Adik bengkel tu tersenyum sambil check keadaan angin tayar AILABIYU.

Yer dik...tayar tu masih cantik cuma tuan tayar tu aje yang dah tak cantik. Banyak kali pergi jauh boleh terburai tulang-temulang tuan tayar tu dik oi...tak ok maa...

Aku balik bengkel terus singgah SHELL. Isi penuh. Alang-alang dah berkelip macam si kunang-kunang di tengah malam tu kan, aku isi ajelah. Dalam perjalanan balik, adik whatsapp beritahu kalau nak isi minyak sila gunakan kad bonuslink dia.

Ceh... dah selamat isi baru nak text pasal bonuslink. Tu apalagi, penangan nampak treatpoints aku boleh tebus oster blender yang comey tomey tu ler kan...maka sayugia bersemangatlah dia tu nak mengumpul mata ganjaran bonuslink pulak. Bhahahaha....bagus..bagus...

Sebut pasal Oster My Blend si pengisar yang aku tebus haritu, aku check status shipping bertulis ‘still processing’. Maka aku call terus pengkalan pusat Superbuy di Selangor. Depa beritahu barang aku akan sampai dalam 3-5 hari masa bekerja. Soalnya sekarang aku nak bertolak ke Pantai Timur, jadi dikhuatiri kalau barang sampai aku tak ada di rumah. Tapi bila diberitahu barang tu dipos via Poslaju, aku legalah. Kalau tuan tak ada kat rumah, boleh tuntut kat Pejabat Pos. Apa ada kisah. Jangan dilempar bungkusan aku macam apa yang adik aku kena dulu sudah la kan. Ada kang masuk dalam Buletin Utama- seorang posmen poslaju mati tercekik blender jenama Oster My Blend warna pink. Keh keh keh..

Wokey... lepas tu adik ajak ke Rambah cari udang galah. Alkisahnya anak sedara aku yang sulung tu suka makan udang. Maka ‘auntie’ nya tu pun sangguplah meredah jalan sempit menuju tepi sungai nak dapatkan udang galah. Meredah jalan? Tak ada maknanya. Mak Long jugaklah yang kena drive pergi sana. Dapatlah sekilo RM35.


Boleh ke tahan udang galah tu nak bawa pergi Terengganu?

Boleh sangat. Dah sejukkan kat peti beku, balutlah dengan surat khabar. Insya allah tahan 6-7 jam. Aku dah pernah buat dulu tapi bukan udang. Ikan Senangin. Ha, petua tu tau.

Semasa tunggu AILABIYU siap, aku duduk merenung jauh ke jalan. Sebab bengkel ni tepi jalan besar. Nun di seberang sana, sepasang suami isteri sedang berhempas-pulas mengemas barang untuk balik. Balik dari berniaga kuih-muih setiap hari selepas Zuhur hingga lepas Asar di tepi jalan.

Si suami baya ayah...si isteri baya emak. Lebih kurang. Melihat gerak-geri mereka, ingatan aku menerpa kepada kisah-kisah masa lalu. Teringat emak yang sibuk melipat kain buruk, alas meja dan plastik bungkus. Teringat ayah yang kuat mengangkat papan-papan, mengecutkan payung kanopi dan benda-benda berat lain. Bersiap untuk pulang selepas jual ayam di pasar malam.

Tak tersedar ada cairan panas bergenang di kolam mata. Ahh...petang-petang panas macam ni pun tetiba hati terusik. Memang.... rindu itu amat menyakitkan bagi sesiapa yang tahu. Emak...ayah...isk...

Kalau dulu cuti start hari Sabtu, Jumaat balik kerja dah tak sabar nak balik Terengganu. Tak peduli kaki yang lenguh dan penat memandu berjam-jam lamanya. Asalkan dapat bertemu mata dengan keluarga. Especially mak ayah.

Sekarang raghbah tu dah lesap entah ke mana. Esok, pertama kali aku ke bumi Terengganu tanpa ‘feel’ tersebut. Perasaan yang ada sama saja, melawat adik. Adik...walau dia lelaki atau perempuan, dia tetap perlukan kakaknya. Walau dah berumahtangga, dia tetap teringat kakak-kakaknya. Sakit gigi pun nak beritahu aku padahal dah jadi bapak orang. Daripada nak beli barang-barang rumah sampailah nak beli kereta atau hal-hal bank, dia akan tanya kakak-kakak dia selepas dia bincang dengan isteri.

Insyallah luangkan 2 malam aje kat sana. Sambil tu bolehlah aku cari kain pasang dan tudung yang semestinya ‘up to date’ plus murah berbanding area Selatan ni. Hohoho...

Terengganu....mu tunggu aku maghi...










Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…