Skip to main content

CERPEN HATI : PONTIAN....AKU PULANG LAGI...

Salam sejahtera di malam yang mulia dan penuh sejahtera...

So...nyanyi sikit...

Dil Mera Deevana Pyar Ka
Dil Tera Deevana Pyar Ka
Taqdeer Se...Ham Tum Mile
Nosyuru Hogaya..

Afsana Pyar Ka...la...la.. la..

Aha...sedap jugak melayan lagu Hindustan dalam filem Afsana Pyar Ka tahun 1991. Masa tu aku baru aje jadi freshies asrama kat Wadihana nun. Lagu ni sangat happening la kan, asyiklah dengar gunakan walkman. Nak tidur dengar kaset, bangun tidur pun dengan walkman.

Waktu orang lain sangat suka hero Aamir Khan berpasangan dengan Madhuri Dixit, aku pulak suka Aamir Khan dengan Neelam. Especially filem Afsana Pyar Ka. Tapi kalau tonton semula filem lama ni, rasa kelakor pun ada. Si Aamir Khan tu entah pesen apa menari...tak paham aku..haha...

Lagu ini tetap segar zaman berzaman. Cayalah...

Alhamdulillah, doaku diperkenankan olehNya. Badan aku sihat. Umur masih ada. Stamina masih cun melecun atas jalanraya. Dua malam aku di Bukit Payung. Balik Pontian dalam keadaan badan yang sihat. Masih boleh keluar petang tu makan kat Tomyam Very Good.

Kali ini perjalanan kami santai aje. Menyinggah ke sana ke mari. Bertolak jam 7 pagi. Zohor aku dah sampai sana. Bukan sebab pandu laju. Aku jenis yang tak suka memandu laju. Aku lebih cenderung kepada pemanduan statik. Kalau speed 100km sejam, aku akan maintainkan kelajuan camtu walaupun dalam situasi perlu memotong abang-abang lori balak atau treler minyak. Yelah kan, bilanya aku nak sampai destinasi kalau asyik dok belakang lori. Kalau sebuah aje tak apa. Ini sepanjang jalan Muadzam Shah- Gambang, lori bertali arus kat jalan.

Kalau 90km, statik 90km. Kalau 120km...?

Ups... aku tak minat bawak sampai 120. Pasal aku sayang minyak aku...hahaha... Pemandu berhemah la katakan...kah kah... berhemahlah sangat ni..

Actually bila sebut tentang pemanduan, kenderaan dan jalanraya...semua tu sebenarnya ada hubungan dengan fizikal dan mental kita. Ni setakat pendapat aku yang tak seberapa la kan. Kalau korang terbaca lepas tu meluat sampai termuntah, tu masalah korang la kan. Aku tak masuk campur. Hiks...

Keyakinan aku ialah kenderaan aku tu walaupun sekadar besi yang tak bernyawa tapi ada nilai spiritual yang aku fahami. Besi bukanlah ciptaan manusia walaupun kenderaan direka dan dibina oleh manusia. Jadi kalau kita menjaga kenderaan dengan baik dan gunakan ia untuk tujuan yang baik, kenderaan itu akan taat kepada tuannya. Macam tu juga dengan pemanduan di jalanraya. Dengan berdoa dan berserah kepadaNya, pasti perjalanan kita berada di dalam perhatianNya. Pasti. Dan bila kita dah bertawakal...hati tentunya akan tenang.

Kita semua pandai berdoa. Tapi sejauh mana kita berasa yakin dengan doa itu?

Contohnya kita meninggalkan rumah selama 3 hari. Paling tidak, mestilah ada barang-barang berharga di rumah yang kita tinggalkan. Kita dah cabut semua plug elektrik, dan tanggalkan kepala gas dan dah kunci semua pintu dan tingkap. Kemudian kita berdoa.

Selepas tu kita beredar.

Adakah hati kita masih bimbang dan ragu? Was-was teringat itu ini? Kotlah nanti ada orang masuk. Ada orang pecah masuk ke kan?

Aku ada tips...

Setelah kita berdoa, serahkanlah segala urusan keselamatan diri dan harta-benda kita kepada Allah. Serahkan bermaksud kita bertawakal dan takkan memikirkannya lagi. Serahkan dengan sepenuh hati. Yakin dengan sepenuh hati.

No. Jangan fikir ayat-ayat di atas tu sebuah tagline ceramah yang biasa didengar di mana-mana forum kat tv atau radio. Ujilah hati memasing, sejauh mana kita yakin dengan doa yang kita baca, pengharapan yang ada..

Selagi ada keraguan dan bimbang selepas kita berdoa...itu petanda kita belum benar-benar yakin. Sebaliknya jika hati kita tenang dan tak berbolak-balik tak tentu arah, itu tanda penyerahan total kepada tuhan akan segala harapan dan doa telah berlaku.

Okay, berbalik tentang perjalanan 3 hari 2 malam tu...syukur semuanya berjalan baik. Dapatlah tatap anak sedara aku yang dah mula turun paras kuningnya. Kemudian aku merayap ke bandar cari kain pasang kat Desa Murni. Dapatlah 6 pasang aku beli. Ha, ambik kau. Kemain banyaknya. Wahahaha...

Aku buat baju 5 tahun sekali beb. Lepas ni tak tau la tahun ke berapa pulak aku buat baju kerja baru. So, beli siap-siap untuk 5 hari bekerja. Jahit beransur-ansur la kan. Sabor...

Then macam biasa la ke Seberang Takir cari keropok lekor dan ke Teluk Ketapang makan udang celup tepung...

Oklah...sekian dulu nota hati untuk malam ini.. arios..






Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…