Skip to main content

CERPEN HATI : SABTU YANG SANTAI...WALAH....

‘Tuan umpama kain sutera
Hamba Belacu tidak berseri
Tidak boleh diganding bersama
Kabur seri rosaklah nilainya...

Redholah andai jiwa derita
Esok mungkin tak lagi begini
Redholah andai bercerai cinta
Kalau itu ketentuan budi...’

Salam Sabtu yang serba santai dan redup sejauh mata memandang.

Aku menulis ni mengadap langit, maka aku selalulah selitkan dalam entri aku tentang keadaan cuaca semasa. Kekadang piring astro yang berderet kat bumbung rumah teres orang-orang depan jadi tatapan sepi. Atau pun sesekali ternampak burung layang-layang bertenggek atas wayar getah yang bergantung antara tiang-tiang. Jarang-jarang tapi pernah...aku terlihat sang tupai berlari riang ria atas wayar getah tu.

Sabtu yang serba memanjakan diri, aku pergi ke pasar. Haha...aku dan pasar memang tak boleh berjauhan. Kali ini aku memasaklah pulak. Ikan kembung asam pedas dan bayam bening. Yeah...asam pedas untuk aku, bukan asam pedas untuk dia. Hohoho...

Macam biasa la, cuci baju, sidai baju, siang ikan, siang sayur, masak memasak... menyapu laman. Tengah tekun menyapu(berangan yang sebenarnya) tetiba bunyi hon dari sebuah van Poslaju mengganggu lamunan terhenti aku. Hahaha..

Woah! Cepat pulak barang yang dijanjikan tu sampai. Syukur alhamdulillah...






Ha tulah dia benda yang aku pernah tulis pada entri sebelum ni. Oster My Blend warna pink. Sungguh comey tomey seperti yang aku bayangkan. Selepas ni nak buat apa-apa minuman iceblended tak payah ler susah payah nak keluarkan pengisar 3 in 1 yang besar gedabak tu kan. Oster My Blend Personal Blender kan ada! hoyeah! Kisar dalam tu jugak, minum pun dalam bekas yang sama. Mengagumkan!

Maka, sistem mata ganjaran ni aku anggap sebagai hadiah atau ganjaran kerana setia menggunakan perkhidmatan mereka. Orang dah bagi hadiah, kenapa nak tolak? Betul tak? Tapi itu bukan bermakna aku menggalakkan sesiapa supaya dapatkan kad kredit.

Takkanlah nak lecurkan diri kita dengan api dulu barulah kita akan percaya api itu membahayakan. Tak berapa cerdik namanya tu.

Minggu lepas, berita mengumumkan lebih 300K manusia yang dilabel muflis. Muda-muda lagi dah muflis. Bukan disebabkan kad kredit aje tapi pelbagai jenis hutang. Maka, passport mereka ditahan dan tak dibenarkan ke luar negara. Aku tengok Dato Zahid Hamidi masa ditemubual wartawan tentang hal passport kena tahan disebabkan muflis ni macam serabut semacam.

Yer ler, pemuda harapan bangsa. Pemudi harapan negara. Pewaris kepimpinan masa mendatang. Habis tu kalau memuda lagi dah disenaraihitam...akibat krisis kewangan yang melampau...apa akan jadi dengan generasi seterusnya? Entah ler labu....tu ler akibat ikutkan nafsu. Nauzubillah...

Erm...besok sekolah...yeay! Lusanya cuti pulak sempena kemahkotaan sultan johor. Yeay! Cuti lagi! Kemahkotaan ke...bola menang ke...tak kisahlah tu kan. Janji coteyyyy.....hurra! hurra!

Okeh...setakat itu dulu nota hati...sambung dengar lagu Zapin Bernasib nyanyian Siti Nurhaliza yang amatlah lemak merdu macam lemak ketam.... nyam nyam...

Arios..









Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…