Skip to main content

CERPEN HATI : SYAHDU PETANG BERLAGU SEPI...

Salam...

Petang yang begitu syahdu kerana setelah matahari begitu cerlang menyimbah cahaya, hujan pun turun laksana mutiara... meh nyanyi sikit...

Hujan oh hujan...menyirami taman... taman yang di dalam kekeringan...begitu jua cintaku padamu...hadirmu pengubat rinduku...la..la..la...

Teka lagu apa? batch peminat rock kapak je boleh jawab...

Woih...bertambah lebatlah hujan...boleh tahan jugak merdunya suara aku ni. yeay! sejuk sikit suasana... ahaks...

Masa kat sekolah memang dah ingat nak pergi hantar baju, nak beli rubber stamp untuk rekod hafazan budak dan nak serahkan RM6 pada seseorang. Tapi bila dah bertemu mata dengan pintu pagar teratak aku ni alahai... berat sungguh aku nak memandu keluar lagi. Sudahnya masak sekejap, mandi dan hujan pun turun. Malas aku nak keluar sekarang. Pukul 6 nanti insya allah..ada pasar malam lagipun.

Bila belek-belek langsir yang aku jahit sendiri, boleh rupanya aku menjahit. Aku kira setakat mengait benang aje. Sebut pasal menjahit ni, barulah sedar dah lama aku tak bikin baju kurung. Dah bertahun. Uhuk...bertahun sey... yes...fakta tu. Bertahun aku tak pernah ada baju kurung baru. Semuanya pakai yang lama-lama sampai pecah benang dan tetas sana sini. Kesian kan...?

Kesian ke?

Tak ada maknanya nak kesian. Aku yang cerewet sendiri. Susahnya aku nak cari tukang jahit yang betul-betul tahu jahit baju ikut saiz aku kecuali kat Terengganu. Nak balik Bukit Payung hantar baju? Gila...

Baju yang aku potong sendiri jugak la yang aku pakai. Masa mesin jahit tak ada memang berangan nak beli sebuah yang murah-murah tapi kang bila dah wujud depan mata, biarkan aje sampai jadi tukun. Tu yang nak dielakkan sangat tu sampai sekarang asyik meminjam orang aje time nak menjahit kain yang koyak. Logik tak alasan tu? Ahaks..

Benda bila tak ada dalam genggaman, kemain lagi macam nak putus tali nyawa untuk mendapatkannya. Tapi sebaik dah ada dalam genggaman, tiba-tiba mati rasa. Cari lagi benda lain yang belum dimiliki. Kemudian dah dapat, segala keterujaan hilang begitu saja.

Kebendaan. The power of Material...hm...

Oh ya, aku minta maaf kepada pembaca yang ada tersesat masuk dalam blog aku atau terbaca entri aku yang tersangkut waktu kalian sibuk bertanya kat wak google. Dan entri aku menggamit banyak soalan atau apa-apa komen daripada kalian.

Aku dah transform blog aku kepada blog tertutup. No more sharing and caring. Jika ada sebarang pertanyaan tentang maklumat-maklumat yang aku tulis, sila berhubung dengan pihak yang berkenaan. Contohnya entri aku tentang kwsp atau pinjaman perumahan. Tanya banyak-banyak macam aku ni agen jual rumah pun bukan aku boleh jawab semuanya. Daripada aku rasa bersalah, biarkan soalan-soalan tak berjawab...ada baiknya aku bertindak. Jadi, tanyalah kepada pihak yang berkaitan ya...

Maybe aku agak letih. Maybe aku lebih cenderung untuk menulis sesuatu sebagai tetapan kenangan sahaja. Mungkin juga aku menulis sebab terpaksa menahan hati daripada mengeluarkan kata-kata yang dapat melukakan orang. Jadi, biarkan ia membeku di sini.

Arios...






Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…