Skip to main content

CERPEN HATI : HUDUD BUAT KAU JADI PAPA KEDANA YER MINAH?


Salam petang yang redup...




Actually budak ni memang buat aku tergelak sampai terguling-guling kerana tiap patah kata yang terpacul dari mulut dia tu sungguh melambangkan kedunguan seorang insan yang tak tahu cara hidup penganut beragama Islam. Seolah-olah ada soalan begini di benak aku, “Dia tu agama apa ek?”

Lagi buat aku geli tapak kaki tu sebaik tau rupanya bapak dia seorang professor pulak! Wow! Hebat sungguh.

Aku tak suka menyentuh isu politik. Ini isu agama.

Itulah padahnya kalau terlampau gedik sangat bercakap soal yang kita sendiri tak jelas lepas tu merapu entah apa-apa, merepek meraban, berleter macam baru pertama kali dapat mulut. Tahu-tahu rupanya kita memerli hukum yang datang dari langit. Hak hak hak...besok kena TULAH dari langit jugak barulah kau tahu. Kih kih...



Sama macam kes MH370, tetiba aje semua orang terer bercakap tentang hal-hal kejuruteraan penerbangan dan bla bla bla...itu ini begitu begini...last-last haprak!

Sebelum nak mengejek HUDUD yang nak direalisasikan di Kelantan, tahu ke HUDUD tu apa? Kau ingat asal mencuri aje kena potong tangan? Asal potong tangan aje mencuri? Belajarlah dulu. Buka kitab Al Quran. Belajar... jangan tahu nak meroyan depan kamera lepas tu upload syok sendiri. Bila dah diviralkan dan jadi kontroversi,tahu pulak kau nak menyorok. Memalukan aku aje sebagai kaum perempuan. Phuiiii!@#$%^^&*

Sikap manusia yang buas, haloba, serakah dan melampau batas. Hudud saja yang dapat mengatasinya dengan sebenar-benarnya. Sebab Allah jua yang tahu ubat segala penyakit. Tapi anehnya di zaman serba canggih macam ni pun, begitu ramai manusia bodoh yang berlagak berani. Berani nak mencabar tuhan. Berani nak menghapuskan ‘tuhan’.

Ya rabb...aku berlindung kepadaMu daripada Syaitan yang direjam.... Semoga satu hari nanti saudari sebangsa denganku ini akan keluar dari kepompong kebodohan yang membelenggu hidupnya selama ini. Amin...








Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…