Skip to main content

CERPEN HATI : TERIMA KASIH KERANA MEMBEBANKAN SAYA DENGAN GST YER...

Salam di bulan pertama GST dikuatkuasakan...ehek...

Nak meroyan lebih-lebih pun, ada depa kisah? Selagi ramai yang menyokong gst, puak-puak tertindas ni takkan boleh buat apa. Tapi satu perkara yang tak pernah bersalahan dengan prinsip akal fikiran manusia yang berfikir....cukai memang dapat memajukan negara tapi takkan mungkin mensejahterakan rakyat. Kau buatlah iklan gst macam syurga sekalipun dalam tv, rakyat tetap ada otak untuk bertimbang-timbang. Rakyat lebih tahu semuanya. Rakyat yang berdepan dengan kesengsaraan ini. Rakyat yang menghadapi kenaikan harga barang.

Nak bagi kefahaman kepada rakyat? Nak beri penjelasan kepada rakyat? 

Rakyat ni bodoh sangat ke agaknya? Kalau sekali topup prepaid RM10.60, sekali topup rm10.60... tang mana yang kata rakyat ni bodoh sampai tak faham GST tu apa! 

Rakyat bukan bodoh tapi diperbodohkan gila babi. Hokayyy... 



harga barangan mana yang turun? habaq mai kat ceq! huh!


Untuk golongan yang sekali kentut aje beribu duit keluar, korang peduli apa dengan beban rakyat. Yang korang tau, korang hidup senang. Minyak naik 20sen apa ada kisah. Gst 6% kira okay apa, dulu lagi 10%. So korang rasa okay-okay sahaja. Kan?

Tapikan...kalau korang nak tahulah kan, Qarun dulu semasa hidupnya di bumi yang sama kita huni ni, tak ada manusia terkaya pada zaman itu kecuali dia seorang yang mana kunci-kunci peti harta dia pun tak terkira banyaknya dan hamba tak mampu nak mengangkutnya. Namun begitu, sekejap aje Allah kalau nak membalas manusia yang angkuh dan sombong. Ranap ditelan bumi.

Dan yang paling best, seangkuh dan sombong macam mana sekalipun manusia ni, belum ada lagi yang masih hidup sampai sekarang sejak dunia ni diciptakan. Semua yang bernafas pasti akan mati. Allah yang mention dalam Al Quran, setiap yang bernafas pasti akan mati. Kan?

Allah jua yang maha pemurah. Diciptakan udara, haiwan ternakan dan tumbuh-tumbuhan, lembah-lembah, gunung-ganang, sungai, laut, air terjun....untuk manusia. Free of charge! Tapi semua kurniaan itu dieksploitasi oleh jiwa keji manusia untuk kepentingan sendiri.

Memang logik adanya neraka dan syurga. Memang logik adanya hari pengadilan. Memang masuk akal kalau setiap manusia diberi buku catatan amal.

Selamat beramal dengan amalan GST.

mode : apabila tukang bayar cukai pintu, cukai tanah, cukai LHDN, dan cukai kenderaan angin satu badan....yes! aku bayarrrrrr semua cukai tu hokay! Dah serupa hamba abdi zaman Firaun pun aku ni...

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…