Skip to main content

CERPEN HATI : KOKTEL KISAH BULAN MEI YANG GALAU...

Salam minggu akhir Mei yang agak sibuk...

Manakan tidak, masa nilah nak menanda, beri markah, berbincang dengan murid dan rekodkan markah. Minggu ni jugaklah bersukan. Minggu ni jugaklah nak buat persediaan untuk balik Indon...

Tapi aku tak sibuk pun. Haha... buat-buat aje macam sibuk. Padahal masa begitu panjang dan sentiasa ada kesempatan untuk menyelesaikan kerja. Lainlah dulu kena isi sppbs online dan bla-bla online...tak gitu?

Tetiba dititahkan untuk menjadi salah seorang Jurulatih Utama satu program berbentuk online. Inilah dugaan namanya. Baru mata aku nak sembuh, baru aje berehat daripada memaku pandangan depan skrin komputer riba, tetiba dapat titah berbisa ni.

Wey....aku ni dah tua. Mengadap program ni dah masuk 10 tahun. Apa fasal tenaga-tenaga muda yang masih segar-bugar tak diberikan pengalaman supaya depa boleh jadi pelapis di kemudian hari? Balik-balik si tua ni jugak. Aku dah naik alergik pegang lappy lelama. Nak import export bagai....ni kan plak nak mengadap berpuluh-puluh lappy. Apakan daya, nama sudah tercatat dalam kertas. Aku akan buat sedaya yang boleh. Ikhlas ke? Ikhlas tak ikhlas, biar tuhan saje yang menilaikannya. Kalau aku buat baik, kebaikan tu untuk diri aku sendiri. Kalau tak baik, impaknya juga akan kena pada diri sendiri. Padan muka aku.

Oklah, tutuplah cerita pasal kerja.



Alkisah aiponpoes aku ni dah mula meragam. Asal bateri cecah 30% aje terus padam. Menggagau nak charge balik. Bila cas, still 30%. Lelama dibiarkan semakin tak berdaya aiponpoes aku ni nak berkhidmat macam biasa. Dah sebijik macam tuannya. Ahaks..

Tau dah...itu petanda duit aku dah mula tumbuh sayap dan bila-bila masa akan terbang. Hohoho... bateri dah 3 tahun pakai, mulalah dah surut kuasanya. Sehari mau  3 atau 4 kali cas.  

“Ambik jelah note 4 yang...sekarang dah murah...”Cadang lovey-dovey bila asyik la tipon ni terpadam.

Samsung? Idok ler...muak dah. Tak mau dah. Tapi...

Ceh....hidup ni memang takkan pernah lepas daripada ‘tapi’. Kan? Ahaks..

Tapi ada satu tipon yang mula mencuri perhatian aku. Aku rasa signal keduniaan aku kembali bernyala...berkelip-kelip dan membingit macam dunia dibelah halilintar. Oh tidak!! Katakan tidak.... Jangan....Jangan!!!

Jangan alihkan jiwaku yang mula terpikat kepada Zenfone 2 Ze500cl kaler merah. Auch...gedikzzzssss...

“Zenfone 2? Ingat sikit, harga murah  ni tak boleh diharap sangat yang...”Lovey-dovey aku tak berkenan sungguh akan pilihan aku. Maklumlah, dia pakai Samsung edge S6. Manakan stabil nak digandingkan dengan Zenfone 2 besar 5 inci.

“Harganya tidaklah tersangat murah tapi speknya bernilai kelas tinggi. Siapa nak bagi harga RM599 untuk RAM 2GB, internal memori 8GB, boleh tambah dengan micro sd sampai 64GB. Skrinnya jenis Gorilla Glass. Cameranya walaupun setakat 8mp, dah cukup ok la tu untuk saya yang tak suka bergambar ni. Paling penting, dia nampak besar tapi tak besar. Nampak tipis tapi tak tipis. Macam berat tapi bila pegang, ringan. Android Lolipop tu yang...”

Aku dah ada pengalaman dengan smartphone high-end. Kalau nak bagi aku satu lagi tipon, aku tak mau dah yang level serupa aiponpoes aku tu. Cukuplah satu. So sementara aku prepare untuk rehatkan aiponpoes aku di bengkel servis untuk tukar bateri baru, aku pun tak molah main beli je tipon alternatif lain.

Eleh, cakap ajelah memang tengah gilakan Zenfone 2. Tak gitewwww? Haha...

Alkisahnya lagi, aku masa balik bercuti dulu dok cari-cari tipon buat hadiah ayah di kampung. Tetiba aku ternampak Zenfone 4. Kaler kuning. Eeee..comelnya. Bila pegang...aiseh...ringan sangat. Maklum ler, aiponpoes aku tu steel kan. Kalau baling orang, confirm masuk klinik. Uhuks...

Jadi, terpikatlah aku dengan Zenfone 4 harga RM299 tu. Itulah yang membawa kepada igauan aku kepada Zenfone 2.

Tapi....

Haish...tapi je memanjang...

Aku sakit hati betul dengan Asus Malaysia ni. Berkobar-kobar iklankan Zenfone 2 gitu gini tapi bila check online store, haprak. Semuanya ‘coming soon’. Wey...orang menunggu Zenfone 2 tu dah lama. Time orang tunggu-tunggu Zenfone 5 dulu pun sama. Susah nak cari. Tapi bila Zenfone 2 dah nak kuar, barulah berlambak Zenfone 5 di pasaran. Dah ada version baru, takkanlah orang nak mengadap Zenfone 5 lama tu lagi waima yang Lte tu sekalipun.

Kenapalah banyak-banyak tipon yang harga lebih kurang dan spec lebih kurang, aku tetap tak boleh lupakan Zenfone 2 kaler merah tu yer?

Sana sini dok mencari. Aku pergi Danga City Mall, kebanyakan kedai jual yang AP set. Yang ori set belum ada lagi. Retail authorised macam Style Vision pun cakap benda sama aje.

“Belum keluar lagi kak. Tengah progress.”

Kebanyakan kedai Ground Floor tu kata depa jual set ori. Kalau ori kenapa waranti mesti bawah kedai tu?
Wey, nak klentong orang pun agak-agaklah jugak. Aku bukan tak pernah beli set Ap ni. Tapi Danga City tu jauh dari Pontian. Kalau apa-apa berlaku pada Zenfone 2 aku nanti, satu kerja nak ulang alik pergi cari kedai tu.  Daripada pi beli set Ap kt sinun, baik aku beli kt Pontian aje. Berlambak.

“Apa pasal ha u mau beli Zenfone 2? Daripada u cari Zenfone 2 storage 8Gb lebih baik u ambik Zenfone 5 yang 16gb. Harga lebih murah. Bla bla bla bla...i bukan nak suruh u ambik zenfone5 tapi bla bla bla....i tak paksa u ambik zenfone 5 tapi cuba u fikirkan bla bla bla...”

Aku perati aje amoi ni dok bercerita pasal gadget. Memang handal psikologi pelanggan yang kosong pasal Zenfone. Sayangnya aku bukanlah pelangganmu yang tak tahu sehabuk pun pasal Zenfone dan keluarganya.

“Saya memang nak ambik Zenfone 2 yang 8GB. Micro sd still boleh top up sampai 64Gb. Zenfone 5, bateri teruk.”Aku paling alergik betul penjual yang suka mendesak ni.

“Tapi aaa cuba u fikirkan la...i bukan nak paksa u ambik...bla bla bla...”

“Saya memang tak suka design Zenfone 5. Saya nak design Zenfone 2.”

Ha ko nak cakap apalagi? Bab design ko boleh pusing kat mana?

Aku blah tinggalkan kedai tu. Ok la jugak, orangnya bermulut manis.

Aku masuk satu kedai lain. Gini pulak..

“Kita memang tak ada ambik 8GB punya sebab buat apa mau angkat sikit punya storage padahal yang 16Gb pun bagus maaa...”

“8GB pun still boleh masuk sd micro 64 GB.”

“Tapi aplikasi tak masuk dalam micro sd. Wechat tak boleh...whatsapp tak boleh...”

Eeee entah apa-apa nyonya nih. Sama macam aku nak kawin dengan Abu tapi orang suruh aku kahwin dengan Atan sebab Abu cuma kerja technician kilang aje tapi Atan tu engineer kilang. Padahal aku suka Abu sebab memang hati aku nak kahwin dengan Abu , peduli apa kalau Atan boleh memberi kemewahan seperti bawa aku melancong ke Pulau Krabi.

Pulau Krabi? Apa kena-mengena Pulau Krabi pulak dengan cerita Zenfone 2?

Haaa...mulalah merepek meraban aku datang...ok stop it!

Lastly aku balik dari Danga City bawak wayar usb charger harga RM8. Hampeh je.

Ngadu dengan lovey-dovey apalagi... dia pun call area utara kot ada stock zenfone 2 yang ori. Faktanya ialah blom ada lagi. So kena sabar.

Ikutkan hati aku memang aku nak aje beli online kat DirectD set original tapi....

Lagi-lagi tapi!

Benda-benda harga ratus-ratus ni tambah plak elektronik...aku belum cukup yakin nak beli online. Bukan tak percaya DirectD tu tapi belum yakin aje.

Okaylah...biarkan luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan aku terjun dengan tapi-tapi memanjang...uhuks...

Oh zenfone 2...


Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…