Skip to main content

CERPEN HATI : PELAJARAN TENTANG HATI





Salam pada minggu akhir sekolah setelah cuti selama 4 hari...uhuks...

Hamdan lillah...hamdan lillah...hamdan lillah...

Manusia memang selalu sakit hati apabila doanya sering tidak dimakbulkan tapi kalaulah manusia tahu betapa mudaratnya apa yang diminta itu...laksana anak kecil yang terlonjak-lonjak mahu bermain mercun padi...memang di luar kesedarannya yang mercun itu dapat melubangkan telapak tangan dan memutuskan jari-jemari yang lembut dan kecil lagi comel. Andai diturutkan jua kehendak anak kecil itu, tatkala dewasa nanti barulah dia menyesal melihat tangan yang sudah cacat. Waktu tu dia akan katakan “Manalah saya tahu perkara itu berbahaya sedangkan saya masih kecil. Manalah saya ingat semua peristiwa waktu saya tak berakal tapi kenapa tergamak biarkan tangan saya melecur?”- sekadar analogi tentang manusia yang selalu berasa dia lebih mengetahui berbanding Yang Maha Mengetahui.

Tak banyak entri aku pada bulan April kerana masalah kesihatan mata. Almaklumlah, aku ni jenis kememeh gila, baru sakit sikit dah macam apa dunia ni dibuatnya. Laptop campak jejauh....semua gadget elektronik off buat sementara waktu. Memang tabiat aku gitu ler kalau tak sihat. Kalau boleh nak dok dalam dakapan mak aje. Boleh gitew? Uhuks...

Macam ler umur tu baru setahun jagung kan? Hahaha...tak sedar diri umur dah sebaya dengan kucing tua.

Erk...kucing tua? Keh keh keh...

“Kamu nak jadi apa tak kahwin-kahwin lagi ni? Nak duduk sorang-sorang macam kucing tua?” Ayat power mak bila dia tension tengok aku cool aje tocangkan rambut dia yang 90% dah memutih.

Kucing tua.... yer...macam logik jugak ‘stetmen’ mak aku yang tercayang tu. Sekarang ni aku ialah kucing tua yang bersandarkan pergantungan sepenuhnya kepada kasih sayang Sang Pencipta. Geli jugak tapak kaki aku kalau teringat gaya mak aku waktu katakan aku ni kucing tua. Sungguh mencuit hati. Mak...mak...semoga Allah memberkati hidup mak dan ayah nun jauh di perbatasan benua, direntasi lautan dan gunung ganang....amin. Saya kucing tua yang sedang merindui kalian tersangat-sangat...(apa deyy tersangat-sangat? Rosakkan prasa je..hehe)

Diam tak diam, ada beberapa pelajaran aku dapat dalam sebulan dua ni. Apa dia?

Manusia walau sekerap mana pun solat, sanggup berhabis ribuan menunaikan umrah, berdoa siang malam, bertahajud tiap malam....semata-mata agar Allah mengabulkan hajat di hati, hasilnya akan tetap SIFAR jika Allah tidak mengizinkan. Buatlah apa cara sekalipun.

Hasilnya kosong sebab niat di hati tidak betul. Hakikatnya manusia tu bukanlah membuat permohonan sebaliknya memaksa agar Allah mengabulkan keinginan yang ternyata sangat membahayakan dirinya pada masa depan. Kau siapa nak berkelakuan begitu terhadap tuhan? Tuhan bukan jin dalam lampu Aladdin yang kau boleh gosok-gosok supaya permintaan kau dapat ditunaikan.

Segala yang kau lakukan seperti solat, zikir, tahajjud, umrah dan ibadah-ibadah lainnya tu tak beri manfaat apa-apa kepada tuhan. Sebaliknya memberi manfaat kepada diri kau sendiri dengan ibadah-ibadah tu. Jika kau buat baik, kebaikan tu untuk diri kau sendiri bukan untuk tuhan. Kalau kau jahat, kecelakaan tu juga untuk diri kau. Tak usik Allah barang sedikit jua pun. Allah maha kaya dan berdiri dengan sendirinya, tak perlukan kau. Kau yang perlukan DIA.

Jadi kau tak boleh paksa DIA untuk tunduk kepada kehendak kau. Kau bukan siapa-siapa.

Apa tujuan sebenar kita berkahwin?

Untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa. Untuk sama-sama membina keluarga yang mawaddah war rahmah. See...? sama-sama. Bukan bersendirian. Kalau berkahwin tapi semua benda atas pundak tanggungjawab ko sorang, tu bukan kahwin namanya. Kalau berkahwin tapi hari-hari nak menangis sebab pasangan tak bertanggungjawab...buat onar..main betina sana sini...lebih baik kau selamatkan diri ko dan keluar dari kepompong yang hanya akan buat zahir batin menderita.

Yang aku tak habis fikir tu, kenapa ada perempuan yang sanggup memperbodohkan diri sendiri demi seorang lelaki yang tak baik. Jangankan harap nak baik, tak beragama pulak tu. Agama kat ic aje. Nak katakan handsome, kelabu asap aje. Nak katakan berduit, slip gaji kita yang makin besar tirisnya dok buat loan sana sini demi lelaki tu. Nak katakan hebat sangat kat katil, hampir 6 tahun kahwin, sorang anak pun tak dapat bagi kat kita. Gugur manjang.Tup-tup dah lebih 400 hari barulah kita tahu yang kita ni dimadukan.

Nak tunggu apa lagi? Dah berhari-hari tak balik rumah sebab mengadap orang di sinun aje. Nak harap apa lagi apabila kenyataannya orang dah tak hendak dekat kita?

Orang tak sudi dengan kita. Orang dah tak mau dengan kita. Kenapa nak terhegeh-hegeh lagi? Keluarga kita, adik beradik kita, saudara mara dan sahabat handai kita juga tak sukakan lelaki yang tak baik itu, tapi mengapa masih nak ikutkan kerasnya hati sendiri?

Maka apabila lelaki yang tak baik itu ternyata menceraikan kita dengan memilih yang di sinun... apa jadi pada hati yang keras macam batu itu? Tidak ke terhempas berkecai...jatuh berkeping-keping?

Ingatlah, Allah tidak pernah menzalimi hambaNya sebaliknya manusia sendirilah yang selalu zalim kepada dirinya samada dia sedar atau tidak...

Pelajaran yang amat berguna untuk aku.





Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…