Skip to main content

CERPEN HATI : ADAT PERPATIH





 Salam Ramadhan

Tahukah korang kalau nak membeli telefon genggam...atau smartphones... carilah pada suku ke-2 dan ke-4  dalam setahun. Setahun kita bahagikan kepada 4 suku. Jan-Mac, April-Jun, Julai-Sep dan Okt-Dec. Ikut amalan pengeluar-pengeluar gadget setiap tahun, mereka memang akan keluarkan produk terbaru mengikut suku-suku ini. Jadi, yang paling elok belilah pada suku ke dua (Apr-Jun) atau suku ke empat (Okt-Dec).

Aku pun tak tahu..hua hua hua...tapi sekarang dah tau...so aku share...

Hokay... sebelum tu aku mintak maaf kepada pembaca yang nak bertanya tentang entri-entri yang agak serius macam Pinjaman Perumahan dan Kwsp serta beberapa tajuk lain. Harap dapat bertanya kepada yang lebih ahli dan pihak-pihak yang bersangkutan. Maaf banyak-banyak...

Begitu juga dengan pembaca yang meluat baca gaya aku yang kekadang macam kiah propa, berlagak, budget best dan lain-lain seumpama dengannya...aku mintak maaf jugak secara tak sengaja buat korang meluat, bengkak dan menyirap... anyway.. ini blog aku. Close sahajalah jika menyakitkan hati. Ke guane?

So...kali ni seperti yang aku sebutkan sebelum ini, aku nak kisahkan hal-hal di Pekanbaru seterusnya di kampung para leluhur... Sipungguk, Bangkinang Barat, Riau.

Tiga tahun kebelakangan, dusun di Pulau Tempik ni amat terserlah kehijauannya. Kebun-kebun getah yang kemas berceratuk di sepanjang batas dengan pagar berduri. Sekumpulan kerbau dengan anak-pinak yang berjumlah 15 ekor itu tidaklah begitu gemuk kerana rumput  selalu tidak sempat panjang. Tapi suasana perdusunan di situ selalu menjadi terapi mata, penyejuk hati. Walau sesekali seram kepada pacat dan lintah, mengayuh sampan merentas Sungai Kampar yang berair jernih dengan asas ilmu yang sifar. Tawakal...gitu.

Namun begitu, seorang demi seorang ahli terdekat keluarga dijemput Ilahi. Arwah uwo yang menjejak ratusan tahun umurnya tika itu. Arwah tokcu yang belum pun sampai 55 tahun. Sekejap sahaja kalau masanya sudah tiba. Tak lambat walau sesaat. Tak awal walau sedetik. Tiga tahun kebelakangan...Yang jelas...pemergian mereka bukan di depan mata aku.

Perdusunan ini aku rasakan berubah hambar sama sekali. Hujan memanjang. Apalagi dalam bulan November tika itu...betul-betul tengkujuh. Rumput mula panjang tapi tertutup oleh dedaun kering yang gugur dari pohon pelam dan cempedak hutan. Dua tiga ekor kerbau sudah dijual untuk melaksanakan badal haji arwah uwo dan datuk.

Dan...bermulalah episod Adat bersendi Syariat dan Syariat bersendikan Kitabullah.

Dentingan kalimah ‘Anak Si Ompu’, ‘Suku Melayurajo’ dan segala titik bengik urusan peralihan kuasa, harta dan hak mengikut adat pepatih menjadi alunan yang kian kuat terdengar di cerobong telinga.

Adat Pepatih...?















Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN CANON PIXMA G2000?

Salam tahun baru 2016 yang penuh misteri. Alhamdulillah masih dapat melihat langit Allah, menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya sambil menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada.
Baiklah, hari ini tak mau bebel panjang...cuma ada satu cerita panjang yang sedikit menggelikan hati aku. Hati aku je, bukan hati siapa-siapa.
Orang lain semua sibuk mengejar enjin hybrid, cpu hybrid, kereta hybrid... tapi aku sekadar mampu beli tinta hybrid aje. Keh keh...
Alkisah disebabkan aku dah mula start enjin untuk menulis lagi campur dengan sesi persekolahan yang semakin hampir, maka nak tak nak, terpaksalah aku cari satu printer. Dan pesennya orang tua cam aku ni, kalau nak beli sesuatu yang aku belum biasa, aku akan cari tau maklumat semampu yang boleh.
Kisah printer. Itu aje pun. Hohoho...
Katakan tidak pada ‘Canon’. Haa...gitu sekali nekadnya aku bab printer ni. Sejak aku mengenal dunia mencetak kertas ni dari aku remaja riang ria sampailah tua ‘kedehek’ camni, printer aku takde brand lain, memang…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …