Skip to main content

CERPEN HATI : BINGKISAN SEPI RAMADHANKU HARI INI

Salam sejahtera pagi Rabu yang cerah tapi tidak terlalu panas.

Ramadhan kareem...allahu akram.

Ini baru betul-betul namanya Ramadhan. Sesuai dengan kata dasarnya Ro Ma Dho yang bermaksud panas. Apa kelas nak puasa waktu sejuk-sejuk kan...teringat plak kenangan lama di Alexandria. Berpuasa dalam musim sejuk. Apalagi...kerja membuta ajelah kan. Kalau dah musim sejuk ni, tak mau tidur pun pasti akan tertidur. Allahu akbar, mengapalah teringat pula suasana-suasana yang indah itu? Seakan terbau aroma kibdah goreng yang sungguh menggoda selera.  Karnabit goreng celup telur yang enak. Ayam panggang di Kedai Ageba yang terletak di Asafirah. Setengah ekor macam tak cukup dimakan kerana rempah ratusnya yang menusuk kalbu dan ayamnya ialah ayam yang disembelih di depan mata kita. Bukan ayam invisible....uhuks. Zaitun yang tak terperi enaknya jika diulam dengan bilangan ganjil bersama nasi panas. Ganti ulam jering dan petai. Abu Surah...Yusufi...Faraulah...waduh-waduh...kecur liur gue...

Aahhh...sudahlah. Yang dah lepas tak usah dikenang lagi. Itu sudah lama berlalu. Yang depan mata ni sekarang bukanlah musim sejuk. Bukan juga musim panas. Panas dan lembap sepanjang tahun. Tapi panasnya semakin menjadi-jadi.

Barulah mencabar berpuasa dalam suasana yang panas membahang. Yang sakit boleh sembuh. Lemak dalam badan boleh susut. Nafsu boleh merudum. Yang gastrik sekelip mata sembuh. Nak makan sangat pun dah tak larat kerana siangnya sudah menahan lapar dan dahaga. Sepatutnya lagi nak makan banyak. Ternyata, dapat makan seadanya sahaja. Dah penuh, perut tak mau lagi. Itulah antara ajaibnya orang berpuasa. Baru puasa makan minum. Belum lagi puasa cakap. Puasa cakap...? Seperti Nabi Zakaria(as) yang puasa bicara selama 3 hari sebagai tanda akan mendapat zuriat Nabi Yahya(as). Seperti Maryam(as) yang puasa bicara selepas melahirkan Nabi Isa(as). Ajaib, kan?

‘Puasa bicara adalah puasa tarekat. Hanya dengan puasa bicara, batin kita menjadi lebih tajam untuk mendengarkan isyarat-isyarat ghaib, mendengarkan hati nurani. Ketika kita terlalu banyak bicara, kita menjadi tuli. Dalam peristiwa isra’ mikraj diceritakan ketika Nabi Muhammad s.a.w isra dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, baginda melihat di pertengahan jalan ada seorang yang menggunting lidahnya berulang kali. Malaikat Jibril menjelaskan ; itulah tukang-tukang ceramah yang suka memberikan nasihat kepada orang banyak tetapi dia tidak mempraktikkan apa yang dia khutbahkan.’- Kiyai Haji Jalaluddin Rakhmat.




Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN CANON PIXMA G2000?

Salam tahun baru 2016 yang penuh misteri. Alhamdulillah masih dapat melihat langit Allah, menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya sambil menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada.
Baiklah, hari ini tak mau bebel panjang...cuma ada satu cerita panjang yang sedikit menggelikan hati aku. Hati aku je, bukan hati siapa-siapa.
Orang lain semua sibuk mengejar enjin hybrid, cpu hybrid, kereta hybrid... tapi aku sekadar mampu beli tinta hybrid aje. Keh keh...
Alkisah disebabkan aku dah mula start enjin untuk menulis lagi campur dengan sesi persekolahan yang semakin hampir, maka nak tak nak, terpaksalah aku cari satu printer. Dan pesennya orang tua cam aku ni, kalau nak beli sesuatu yang aku belum biasa, aku akan cari tau maklumat semampu yang boleh.
Kisah printer. Itu aje pun. Hohoho...
Katakan tidak pada ‘Canon’. Haa...gitu sekali nekadnya aku bab printer ni. Sejak aku mengenal dunia mencetak kertas ni dari aku remaja riang ria sampailah tua ‘kedehek’ camni, printer aku takde brand lain, memang…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …