Skip to main content

CERPEN HATI : MY BELOVED BIDAN TERJUN - ZENFONE 2 ZE 500CL

ups... teruknya sarang lelabah kat blog mokcik nih...


Assalamualaikum warahmatullah...

Ramadhan kareem...allahu akram...

Sedar tak sedar, dah masuk bulan Ramadhan tapi blog ni terpencil sepi bagai tak dipeduli...sobs....sobs...

Hokehlah... macam biasa, aku membataskan diri untuk selalu mengadap skrin laptop ni atas macam2 sebab la termasuk satu sebab yang tak tertolong iaitu mim alif lam sin..hehe

Kesihatan alhamdulillah...sakit-sakit sikit tu biasa la..yang penting boleh menjalani hari demi hari dengan nafas yang baik setakat ini... bi iznillah..esok lusa belum tahu. 

Masa cuti di Pekanbaru amat suntuk...aku tak banyak dapat buat apa-apa aktiviti. Entri lain nanti aku share tentang percutian singkat di kampung halaman, Bangkinang, Riau Indonesia.



Kali ini aku nak kisahkan tentang Zenfone 2 yang sedang mengganas dengan bermacam-macam respon positif dan negatif. 

Pada pendapat aku, agak tak patut kalau aku compare kan Iphone 4s aku dengan Zenfone2 ze500cl. Tapi jika aku degil jugak nak compare kan...secara sekali lalu, dengan harga RM599, set original, RAM 2GB, ROM 8GB bersama micro sd 8GB(aku tambah sendiri)....performance zenfone 2 sungguh tak boleh nak dipandang sebelah mata. Kagum. Hua hua hua...

Smartphone dengan masalah bateri yang cepat habis...tu masalah biasa. Jarang nak dengar smartphone boleh tahan bateri macam NOKIA 3310 zaman dulu-dulu. Sebab...dulu telefon genggam digunakan hanya untuk berhubungan melalui suara dan text. Kini, perhubungan / komunikasi lebih bersifat meluas dan antarabangsa. Semua aplikasi nak dimuatkan dalam satu alat. Tentu bateri cepat haus. Dan mana-mana pengeluar smartphone pun akan cuba sedaya upaya mereka untuk bina bateri yang lebih besar kapasitinya untuk menampung aplikasi-aplikasi tersebut.

Tapi...pada pendapat aku secara peribadi...hargailah teknologi pemberian tuhan yang sedia ada. Apa? Teknologi daripada mesin..? Mesin tu siapa yang bikin? Orang, kan? Orang, siapa yang cipta? 

Janganlah asyik nak mengutuk, complaint tak habis-habis pasal tipon tu macam tu... tipon tu macam ni. Setiap hasil ciptaan daripada makhluk lemah macam manusia ni, apa yang sempurnanya pun? Mesti ada cacat celanya. kalau diri sendiri asyik mengadap tipon 24 jam, bukan bateri aje haus, sistem saraf mata ko tu pun naik haus jugak. Kan?

Aku bagi contoh Zenfone 2 ni.. Memang tak dinafikan beberapa aplikasi yang memang dah pengeluar sendiri sediakan(bloatware), kita tak pakai dan hanya menyemak dalam tipon dalam masa yang sama mengambil kapasiti memori dalaman kita tapi kita boleh uninstall benda-benda kita tak mau. Atau kalau berani, root aje. 

Dari segi pemakaian bateri, setakat ni kalau time tidur tu ko tidur...bateri memang jimat. Fungsi aplikasi Clean Master dapat membersihkan kotoran-kotoran yang tak diperlukan dalam smartphone kita. Rajin buang gambar-gambar yang kita tak perlukan. Bukan tu aje, aplikasi Auto Start Manager dgn fungsi BOOST yang bertindak mengemaskinikan ruang storage, cukup baik untuk maintainkan sistem smartphone supaya x panas, enjin laju dn sejuk. Hmm..dah macam kereta la pulak. Kan?

Tapi kalau pesen suka donlod banyak2 benda dalam smartphone pastu bukak sana sini...time tidur pun pegang tipon... tak dapek la nak tolong... bagilah bateri besar buku pun... tetap hancus jugak lelama...

Orang lain maybe tak suka design zenfone 2 yang gemuk kat belakang tapi bagi aku secara peribadi, aku memilih zenfone2 salah satu sebabnya ialah kerana bentuknya yang melengkung di belakang. Becozzzzzz.....

Itu menunjukkan pereka bentuk zenfone2 ini amat menitikberatkan kemudahan psikomotor jari-jemari kita nak memegang / genggam tipon. Sangat sepadan bentuk belakang zenfone2 dengan lekuk tapak tangan kita. Kukuh. Takkan terlepas/terjatuh/terhempas berbanding dengan tipon 5 inci lain yang sedia ada. Kecuali kalau ko memang stock yang kasar, tak reti nak jaga barang sampai semua benda ko rasa macam selipar, main campak aje...main tanggal aje...iphone yang steel tu pun takkan tahan...

Aku sangat berpuashati dengan zenfone 2. Cantik. Sedang-sedang. Aplikasi baik. Tak ada lag. Tak ada hang. Speaker sahaja yang agak tak stabil bunyinya. Bateri ok walaupun aku bukak fb, bukak video... whatsapp setiap masa kecuali tidur... telegram... donlod dokumen...

Dengan harga rm599...ori set... ia sangat berbaloi-baloi jika disemak dengan teliti spesifikasi yang ditawarkan oleh Asus. Apatah lagi kalau aku teringat zaman aku pakai Nokia N75 , Nokia Musicexpress ...yang harga lebih mahal daripada zenfone 2 tapi specnya spec budak tadika...persembahan Asus Zenfone 2 ze500cl jauh sungguh sangat baik. Iphone 4s pun RAM hanya 512. 

Pasal aku teringat Nokia, keypad paling mesra alam waktu texting. Dulu sampai dah terapal huruf kt mana walaupun keypad dah hilang hurufnye.. Samsung paling payah...payah... grrrr..bleh meroyan aku kalau teringat keypad depa...

Tetiba je keypad zenfone 2 sangat best dan mesra alam okayyy... so sangat bersyukurlah... alhamdulillah... 

By the way...aku bukan nak promosikan pulak zenfone 2 ni untuk tujuan commercial ya.. aku dah jatuh hati kat zenfone sejak aku hadiahkan ayah zenfone 4 yang sangat ringan dan best tahun lepas. 

Konsklusi aku untuk Zenfone 2 ze500cl Cherry Red kesayangan aku ni :

Semua yang aku harapkan tentang sebuah telefon pintar ada di dalam Zenfone 2 ze500cl. 

Sekian







Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN CANON PIXMA G2000?

Salam tahun baru 2016 yang penuh misteri. Alhamdulillah masih dapat melihat langit Allah, menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya sambil menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada.
Baiklah, hari ini tak mau bebel panjang...cuma ada satu cerita panjang yang sedikit menggelikan hati aku. Hati aku je, bukan hati siapa-siapa.
Orang lain semua sibuk mengejar enjin hybrid, cpu hybrid, kereta hybrid... tapi aku sekadar mampu beli tinta hybrid aje. Keh keh...
Alkisah disebabkan aku dah mula start enjin untuk menulis lagi campur dengan sesi persekolahan yang semakin hampir, maka nak tak nak, terpaksalah aku cari satu printer. Dan pesennya orang tua cam aku ni, kalau nak beli sesuatu yang aku belum biasa, aku akan cari tau maklumat semampu yang boleh.
Kisah printer. Itu aje pun. Hohoho...
Katakan tidak pada ‘Canon’. Haa...gitu sekali nekadnya aku bab printer ni. Sejak aku mengenal dunia mencetak kertas ni dari aku remaja riang ria sampailah tua ‘kedehek’ camni, printer aku takde brand lain, memang…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …