Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

CERPEN HATI : FIREFLYZ YANG OHSEMMMM...

Salam petang yang redup lagi damai selalu...
Tadi pagi boleh tahan teriknya. Aku memerap aje dalam teratak usangku ini. Cuti, lagi nak buat apa sangat. Posa plak tu. Menyapu rumah, basuh baju dan sidai baju. Oh ye, cuci tandas.
Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Ha memang betul sangat la tu. Hujan turun dengan lebatnya. Tapi sempat aku capai segala pakaian yang dah banyak kering. Yang tak kering lagi tu biasalah...mak nenek segala sotong kering bagai tu... ahaks...
Eh, banyak jugak kerja aku ya. Dapur je aku tak sentuh cuti ni. Bila guruh dah berdentam-dentum, kilat sambar menyambar....aku pun apalagi....zzzzzz... huarghhh...ngantuk ler mata. Tambah-tambah tengok cuaca yang gelap pekat dihiasi titisan-titisan hujan di cermin tingkap...sobs..sobs... teringat pulak kat mak ayah di kampung. Teringat tu seminit dua aje, lebihnya aku dah ke Planet Musytari, meeting pasal cara-cara nak meningkatkan taraf hidup dengan lebih berkesan. Hahaha...
Aduhai...petang yang s…

CERPEN HATI : MEMAAFKAN

Eid Mubarak...
Assalamulalaikum warahmatullah...
Abaikanlah entri-entri yang tak berkesinambungan plus tulisan pun tak teratur. Tapi nak buang sayang. Masukkan ajelah dalam blog ni untuk tatapan generasi akan datang. Hua hua hua.. ayat tak menahan..
Manusia bukannya sempurna. Akulah tu. Hehe..
Aha...sempena hari raya aidilfitri yang melambangkan kegembiraan kerana kita telah melalui fasa-fasa sulit dalam sekolah ramadhan kita, aku nak sentuh tentang ‘kemaafan’.

Bukan mudah hendak memberi maaf kecuali hati yang betul-betul ikhlas dan yakin Allah akan sentiasa bersama dengannya. Biar dihina, dicaci maki atau dijatuhkan, dia boleh dengan tersenyum memaafkan. Sebab dia hadam dalam kepala dan hati erti sebenar ‘maaf’. Allah yang maha pengampun sering berkata dengan kita melalui tintaNya bahawa ‘memaafkan’ itu lebih penting dan terutama. Malah dalam perkara qisas, bunuh(dengn sengaja) harus diqisas dengan bunuh tetapi jika keluarga mangsa memaafkan, qisas tidak berlaku.
Eerk..kenapa intonasi aku…

CERPEN HATI : CATITAN MEI DI BANGKINANG

Salam mesra di siang hari yang indah lagi memberi motivasi. Keh keh...
Mei berlalu dengan entri yang tidak meriah. Actually banyak perkara yang nak diceritakan tapi bila tangan mula aje bukak lappy, kemalasan pun melanda. Lagipun tengah hebatnya isu gst jadi buah mulut di sana sini, aku pun malas la nak tumpang sekaki berleter. Gasaklah situ. Kekadang aku rasa mual apabila terlalu banyak isu dan berita dicerap dek kepala hotak. Bukak fb pun beratur status yang nak dibaca. Buka whatsapp lagilah... eee...banyaknya benda nak lalu dalam kabel otak ni...kalaulah ianya angin, dah lama badan aku sebu atau gejala gastrik. Silap hb boleh diserang stroke. Apa ingat stroke untuk darah tinggi aje ke? Orang gastrik lagilah senang kena. Waktu aku menulis ni, aku berada di Kampung Sipungguk, Salo. Bangkinang, kecamatannya. Kampar, itu nama daerahnya. Riau, itu propinsinya. Macam mana nak bandingkan dengan sistem di Malaysia ye...erm..(garu kepala)...ontahlah tu. Aku pun tak hadam mana lagi bab perdae…

CERPEN HATI : BELTING PUTUS

Ramadhan kareem...Allahu akram.. Salam di pagi yang indah lagi terang cerlang...uhuks.. Semalam aku ke sekolah agak awal dari kebiasaan. Almaklumlah, aku ni jenis tak suka pergi sekolah awal-awal kecuali waktu bertugas mingguan. Bila dah tak rasa seronok dan bersemangat, tak termotivasi aku nak gerak dari rumah awal sangat. Biasanya aku sempat buang sampah dan sidai baju. Pastikan keadaan rumah selamat dan berkunci, barulah aku keluar rumah. Tapi selalunya jiran-jiran semua dah pergi kerjalah. Ahaha...tak payah nak berebut siapa keluar dulu. Kan senang...


Berbalik kepada cerita tadi, aku semalam agak awal keluar rumah. Dan biasanya sampai aje pos pengawal, aku akan lambai tangan pada pengawal yang berdiri jaga keadaan lalulintas depan sekolah. Tetiba aku terperasan seseorang yang berdiri di sebelah pengawal tadi. Aiseh....kenapa aku macam kenal pengawal sorang lagi nih? Adik aku daaa....


Aku pun mula berkerut kening. Apahal dia boleh tercegat depan pos pengawal sekolah aku, bukan ke patut…