Skip to main content

CERPEN HATI : CATITAN MEI DI BANGKINANG

Salam mesra di siang hari yang indah lagi memberi motivasi. Keh keh...

Mei berlalu dengan entri yang tidak meriah. Actually banyak perkara yang nak diceritakan tapi bila tangan mula aje bukak lappy, kemalasan pun melanda. Lagipun tengah hebatnya isu gst jadi buah mulut di sana sini, aku pun malas la nak tumpang sekaki berleter. Gasaklah situ.
Kekadang aku rasa mual apabila terlalu banyak isu dan berita dicerap dek kepala hotak. Bukak fb pun beratur status yang nak dibaca. Buka whatsapp lagilah... eee...banyaknya benda nak lalu dalam kabel otak ni...kalaulah ianya angin, dah lama badan aku sebu atau gejala gastrik. Silap hb boleh diserang stroke. Apa ingat stroke untuk darah tinggi aje ke? Orang gastrik lagilah senang kena.
Waktu aku menulis ni, aku berada di Kampung Sipungguk, Salo. Bangkinang, kecamatannya. Kampar, itu nama daerahnya. Riau, itu propinsinya. Macam mana nak bandingkan dengan sistem di Malaysia ye...erm..(garu kepala)...ontahlah tu. Aku pun tak hadam mana lagi bab perdaerahan ni. Kang dalam daerah, ada daerah lagi. Malas pulak aku nak melayan rasa keliru ni.
Macam biasa, ke sinilah destinasi tetap aku tiap kali bercuti. Peluang bertemu keluarga. Shopping....? Itu bukan prioriti. Nak shopping apa sangat? Malaysia lebih banyak barang nak shopping dengan kualiti dan harga setaraf. Ko nak murah sangat tapi barang tak tahan lama. Entah ler...
Kali ni hala pergi dengan feri. Dari Feri Tuah (Kukup-Tanjung Balai), kemudian Feri Dumai Express (Tjg Balai-Tjg Buton). Dua kali jalan atas air. Hehe...Lepas tu barulah naik avanza sapu terus sampai depan rumah di Pekan Baru. Aneh kali ni kerana terlalu ramai manusia. Bukan sebab cuti sekolah. Biasa cuti sekolah pun, keadaan santai aje. Tiket sentiasa ada. Setakat Kukup ke Tanjung Balai Karimun, apalah sangat. Macam naik Bas Maju dari Pontian pergi Larkin Terminal. Tak sampai sejam pun. Tapi hari itu tersangat ramai. Beratur sampai ke tangga lobi pelabuhan. Semua pakat nak naik trip pukul 8 pagi. Memasing tak mau naik jam 9.
Aku terlepas sehari dek kerana terlalu padat, pukul 7.30 pagi tiket dah habis. Besoknya aku nekad sampai sana dalam pukul 6.45pg. Pukul 7pg tiket dah habis untuk trip pukul 8. Woaaah...awat semua pakat nak balik Indon ni? Ada apa? Nak kata anak cuti sekolah, tak ada pulak aku nampak bebudak...
“Nak puasa dik, semua sibuk nak balik kampung.”
Itu sebab musababnya feri asyik penuh aje. So, lepas ni ambik pengajaran. Kalau nak puasa tu, berfikir-fikirlah nak gunakan laluan laut. Terpaksa berasak-asak dengan sedara serumpun kita, Indonesian. Apa pun, aku santai aje dengan laluan feri ni. Alhamdulillah... perjalanan lancar walaupun cabaran maha hebat duduk dalam avanza yang merempit di kala jalan sesak yang teramat.
Hokay...oleh sebab aku tak lama sangat luangkan masa di kampung, aku banyak habiskan masa dengan membersihkan kawasan rumah, tolong mak masak, tolong ayah berkebun dan berbual-bual tentang adat Pepatih Pinang Nan Sebatang yang masih kuat diamalkan di Negeri Riau ini. Itu nanti aku ceritakan kemudian.
Erm..ha...kali ini buku yang aku habiskan masa cuti ialah Rindu , karangan TERE LIYE. Best ke ceritanya? Penulis nama TERE LIYE? Itu juga aku akan ceritakan nanti ajelah.
Haa.... inilah dia selfon yang aku dok tergila-gila sangat sampai siang malam terngigau-ngigau tak tentu arah tu. I love my zenfone 2 ....gediksss...
Opkos gue sayang gila dengan Iphone 4s aku tu tapi sekarang dia tengah sakit. Kena hantar klinik untuk tukar bateri. Jadi, biarlah dia berehat dengan aman tenteram. Kan?
Zenfone 2 yang ZE500cl. Posisi paling bawah dalam keluarga Zenfone 2. Kaler merah glamer(Glamour Red). Skrin 5 inci. Lolipop. Intel Atom Dual Core. 2GB RAM. 8GB Storage/ROM. Boleh topup MicroSd sampai 64Gb. Bateri built-in. Kamera 8MP belakang. 2MP depan. Original.
Setelah berada di tangan aku, ia terlihat comel dan glamer betul. Love...love...love... . Skrin 5 inci tu cukup sedap dalam genggaman. Bentuknya yang agak melengkung tu sesuai dengan genggaman tangan waktu pegang. Paling penting, aku terasa pereka bentuk ZEN2 ini sangat prihatin. Memang prihatin. Orang nak kata zen2 meniru siapa ka...apa ka...itu ka..ini ka...i dont care.. tak ada benda lain nak jadikan isu setiap kali produk baru keluaran muncul. Dulu aku beli Aiponpoes aku pun camtu jugak. Macam-macam hal. Hakikatnya dah 3 tahun pakai, its really very good performance...
Ok...tu aje yang aku nak story pasal ASUS ZEN2. Oh ye, belilah yang ori. Buatnya kedai yang ko beli set AP tu bungkus...meratib la ko nak cari besok time tetiba tipon buat hal. Kalau beli yang original, ke mana pun service centre ko boleh pergi untuk baiki apa yang rosak.Tak gitu?
Sepanjang di kampung... aku memanjakan diri dengan berkebun. Melawat segerombolan kerbau milik mak yang begitu peramah dan sopan santun. Tapi berak tetap bersepah-sepah jugak santun-santun pun. Merasai titis-titis segar air perigi yang dingin memugarkan. Minum keala muda jolok sendiri. Makan buah-buahan yang jatuh dari pokok. Bermain dengan kayu-kayan untuk memasak di dapur kayu. Mengayuh sampan dan macam-macam aktiviti lain yang pada aku sebagai terapi kesihatan untuk tubuh badan sendiri. Bukannya lama sangat pun, 10 hari aje. Waktu nilah nak meluangkan waktu bersama ibu bapa yang semakin lama semakin dimakan usia. Kadang tiap kali teman ayah makan, aku maintain cool dengar cerita zaman 60-an yang asyik diulang-ulang dan melihat airmata ayah yang tumpah mengingat masa lalu.
Dengarkanlah...selagi kita berpeluang untuk mendengar kisah orang tua kita. Jangan abaikan titik-bengik keluh-kesah orang tua sebab suatu masa nanti kita juga akan tua seperti mereka. Dan bila mereka sudah tiada, tak ada lagi yang dapat kau dengarkan. Yang ada hanyalah kenangan-kenangan lama yang berputar dalam ingatan. Bergunakah rasa sesal kemudian?

*** Aku pun tak tau kenapa selalu tulis tak habis... lepas tu ada aje huruf tertinggal... malas aku nak betulkan... hmmppp..arios...



Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…