Skip to main content

CERPEN HATI : BELTING PUTUS


Ramadhan kareem...Allahu akram..
Salam di pagi yang indah lagi terang cerlang...uhuks..
Semalam aku ke sekolah agak awal dari kebiasaan. Almaklumlah, aku ni jenis tak suka pergi sekolah awal-awal kecuali waktu bertugas mingguan. Bila dah tak rasa seronok dan bersemangat, tak termotivasi aku nak gerak dari rumah awal sangat. Biasanya aku sempat buang sampah dan sidai baju. Pastikan keadaan rumah selamat dan berkunci, barulah aku keluar rumah. Tapi selalunya jiran-jiran semua dah pergi kerjalah. Ahaha...tak payah nak berebut siapa keluar dulu. Kan senang...


Berbalik kepada cerita tadi, aku semalam agak awal keluar rumah. Dan biasanya sampai aje pos pengawal, aku akan lambai tangan pada pengawal yang berdiri jaga keadaan lalulintas depan sekolah. Tetiba aku terperasan seseorang yang berdiri di sebelah pengawal tadi. Aiseh....kenapa aku macam kenal pengawal sorang lagi nih?
Adik aku daaa....


Aku pun mula berkerut kening. Apahal dia boleh tercegat depan pos pengawal sekolah aku, bukan ke patutnya dia dah pun berada di sekolah dia? Hati aku mula syak sesuatu. Ini mesti pasal vios dia lagilah meragam!


“Apahal?” Aku berenti sebelah pos dan suruh dia masuk dalam kereta. Kononnya dia terdengar bunyi ‘tak..tak..’ dan kemudian sampai aje depan sekolah aku dia berhentikan kereta di tepi kiri jalan. Lampu ‘bateri’ tetiba menyala. Depan sekolah ni memang laluan dia pergi tempat kerja dia.


Aku pun keluar sekolah semula(lepas check in) dan berhenti di depan kereta dia. Aku masuk dalam vios dia. Aik...boleh hidup enjin lagi ni...napa pulak bateri meragam? Kalau bateri meragam selalunya kereta dah tak boleh hidup.


Sudahnya aku hantar adik pergi sekolah dia dulu. Kemudian aku balik ke sekolah dan vios dia letak dalam sekolah aku.


“Belting putus tu, kak. Kalau belting putus, lampu bateri memang menyala cuma stereng akak berat lah sebab belting tu pegang power stereng. Sekolah dekat aje dengan bengkel ni, akak boleh lagi tu drive sampai sini. Kang bertunda bagai, terbang lagi kos.”Budak bengkel tu dapat lihat dengan jelas masalah apa pada vios berdasarkan cerita aku. Foreman la katakan...


Aku pun ikut bagai dikata. Slow aje drive vios sampai ke bengkel.


“Aik? Dah tak ada tali beltingnya? Hilang dah?”Budak tu check bonet depan kereta.


Keh keh...memang betul, tali belting tu dah tak ada. Dalam kepala aku, bila dah siap ni nanti, aku nak check mana tercampaknya belting tu. Bunyi ‘Tak Tak’ tu rupanya tali putus la tu.


Semua proses ganti tali tu beserta upah dan gst ialah RM90.10.


Haish...nasib baiknya berenti dekat dengan sekolah. Sudah ler telefon tak ada...buatnya rosak kat tepi jalan yang tak ada orang...mana aku nak tau. Dah bagi pinjam Iphone, tak ada bateri pulak. Memang ler...


Duduk rumah sejak tahun 2014. Tapi baru sekarang nak cat bilik aku yang cat asalnya dah berkapur. Cat asal dari pemaju. Uhuks...almaklumlah...kos nak mengupah cat bukan murah. Tenaga manusia terlalu mahal, lebih bernilai dibanding emas permata. So, kenapa aku tak gunakan saja tenaga aku yang ibarat bateri 1200mah ni kan? Walaupun perlu selalu dicharge tapi akhirnya aku tak perlu menuang duit ribu riban untuk mengecat rumah.


Jadi, bermulalah misi mencari cat dan segala mak nenek yang seumpama dengannya. Setakat cat bilik sendiri yang terbiar sepi berkurun bulan lamanya tu kan, apalah sangat kuantiti cat yang nak dibeli.

Peliknya tu, bulan puasa! Sudahlah panas berbahang, puasa pulak tu, aku mengecat lagi! Masa sebelum puasa, tidaklah pulak aku nak mengecat. Hahaha...itu kerana duit ada waktu bulan puasa. Sebab tu ler aku menjalankan kerja-kerja mengecat ni bulan puasa. 

Sikit-sikit ajelah, bukan bersungguh sangat pun. Sehari satu dinding. Itupun undercoat aje baru. Kih kih kih... jadilah kan daripada baring terbongkang ngadap tv. Tapi 100 peratus gunakan kudrat kecik kudut yang macam la superpower sangat ni...haha...anyway alhamdulillah...keringat keluar, badan rasa segar. Maybe ia juga sebagai denda kepada tubuh badan aku yang manja sangat, asyik nak berbaring aje  kerjanya.


Untuk feature wall bilik, alih-alih daripada warna zinnia scarlet(merah+pink) bertukar kepada harvest dance (purple+biru). Sebab bilik aku tu ngadap matahari. Besar. Panas. So warna yang terang semakin tambah panas bilik aku tu.
Dah sampai masanya aku perlu mengimarahkan bilik utama aku. Harap dapatlah kiranya aku berterawih dalam bilik aku ni satu masa nanti...hehe...amin...
Sekian,

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…