Skip to main content

CERPEN HATI : FIREFLYZ YANG OHSEMMMM...

Salam petang yang redup lagi damai selalu...

Tadi pagi boleh tahan teriknya. Aku memerap aje dalam teratak usangku ini. Cuti, lagi nak buat apa sangat. Posa plak tu. Menyapu rumah, basuh baju dan sidai baju. Oh ye, cuci tandas.

Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Ha memang betul sangat la tu. Hujan turun dengan lebatnya. Tapi sempat aku capai segala pakaian yang dah banyak kering. Yang tak kering lagi tu biasalah...mak nenek segala sotong kering bagai tu... ahaks...

Eh, banyak jugak kerja aku ya. Dapur je aku tak sentuh cuti ni. Bila guruh dah berdentam-dentum, kilat sambar menyambar....aku pun apalagi....zzzzzz... huarghhh...ngantuk ler mata. Tambah-tambah tengok cuaca yang gelap pekat dihiasi titisan-titisan hujan di cermin tingkap...sobs..sobs... teringat pulak kat mak ayah di kampung. Teringat tu seminit dua aje, lebihnya aku dah ke Planet Musytari, meeting pasal cara-cara nak meningkatkan taraf hidup dengan lebih berkesan. Hahaha...

Aduhai...petang yang sungguh indah setelah hujan berhenti dan mata aku pun dah terjaga.

Okay... hari ini aku sambung story yang tergantung tak bertali sebelum ni. Waktu balik bercuti baru ni, aku gunakan pengangkutan feri. Kemudian, balik semula ke Pontian, aku naik FIREFLYZ...




Best ke naik FF?

Fireflyz ada kelainan. Kalau tengah promotion tu, grab la sungguh-sungguh sebab harga murah tu dah siap sekali dengan cukai lapangan terbang. Dah siap dengan beg 20kg. Dah siap dengan jajan ringan Jus Apple/Orange + sepeket kecik kacang/donat sedap.

Tak perlu nak risau nak menapak jejauh. Kat Subang Skypark tu memang departure dan arrival sebelah menyebelah aje.

Waktu check in di Airport Sultan Syariff Kassim II, aku punyalah spare Rp100,000 untuk airport tax. Rupanya dah siap sekali semua masa beli tiket online. Bayangkan dari Pekanbaru-KL RM87 siap dengan sumer yang aku tulis kat atas. Tersangat berbaloi hokayyy... plus dengan pramugarinya yang manis dengan senyuman, peramah dan baik hati....aku teringat moment-moment manis masa terbang ke Egypt dulu dengan MAS.

Idok ler yang macam satu lagi tu. Sudah ler muka melayan orang macam penggali kubur, nak boarding punyalah menapak macam Safa ke Marwa...kena cukai lagi Rp75,000. Bagasi pun kena bayar. Nak makan pun kena bayar. Sebijik macam naik bas. Dengan hiruk-pikuk penumpang. Tiket memang la murah tapi kalau dikira sekali dengan sumer tu, sama aje. Menyusahkan aku lagi ada. Tengok harga macam gempak sangat tapi menipu. Menipu diam-diam. Pakkal je rakyat Malaysia yang berbaik hati, bertolak ansur dan bertimbang rasa ni tak ada pilihan lain. Besok kalau dah banyak persaingan, selamat jalan romeo ajelah merah mak ngah oi... aku memang dah jelak tahap tujuh petala langit. Cemuihhh... Baik dari laman web, lapangan terbang, para pramugari sampailah rupa bentuk kapal terbang... menyemakkan mata aku. Tengok nama pun boleh buat dada aku sesak! Jemu tahap GABAN. Daripada sihat boleh sakit sumer limpa, buah pinggang...very PRESSURE! Mencik!

Amboi...kata puasa tapi bab mengutuk kemain lagi ya...

Mak kawan aku ajar, cakap tu biar terang. Aku kalau dah menyampah, senget mata tengok iklan yang berkait pun tak hingin. Sakit hati tau tak. Tuhan aje tau perasaan hatiku ini...kalau bukan sebab cuti aku terhad, nak jimatkan hari, tak hingin naik flight. Baik aku naik feri. Boleh santai-santai. Penumpang yang ramah-tamah. Macam-macam makanan ada jual. Seronok sangat.

Hokay sudah. Kang lagi teruk aku meraban.

Berbalik kepada cerita aku tentang si kunang-kunang yang sudah mula menyinari cahaya kegembiraanku...kapalnya kecik aje, dua seat kiri dua seat kanan. Cumelzzz...




Mula-mula sampai je dalam kabin, sorang pakcik tanya kat pramugari, “Bila boleh dapat kacang, dik?”

Pramugari balas dengan sopan, “Sekejap lagi ya pakcik.”




Terhiris hati dengar pertanyaan pakcik ni. Sedih betul. Setakat sepeket kacang cap jari dengan jus secawan tu apalah sangat kan tapi kalau mengingat balik layanan kapal yang satu lagi tu, memang makanan free ni sangat dihargai betul. Satu lagi ialah layanan.

Dari PKU-KL sampai dalam lepas zuhur. Dari Subang ke Senai terbang lepas Asar. So far ok. Alhamdulillah. Selamat sampai di Pontian waktu Maghrib.

Pendek kata, apa yang kita bayar masa online tu, itulah saja. Tak ada dah nak fikir kena cas benda-benda lain. Memang tak ada.

Panjang tak kata apa-apa pulak. Ahaks..

So akan naik lagi tak warna Oren, kuning putih ni?

Insya allah kalau kena tarikh dan ongkosnya. Kalau tidak, masih ada option lain.

Feri!

Sekian.



Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…