Skip to main content

CERPEN HATI : MEMAAFKAN



Eid Mubarak...

Assalamulalaikum warahmatullah...

Abaikanlah entri-entri yang tak berkesinambungan plus tulisan pun tak teratur. Tapi nak buang sayang. Masukkan ajelah dalam blog ni untuk tatapan generasi akan datang. Hua hua hua.. ayat tak menahan..

Manusia bukannya sempurna. Akulah tu. Hehe..

Aha...sempena hari raya aidilfitri yang melambangkan kegembiraan kerana kita telah melalui fasa-fasa sulit dalam sekolah ramadhan kita, aku nak sentuh tentang ‘kemaafan’.

Bukan mudah hendak memberi maaf kecuali hati yang betul-betul ikhlas dan yakin Allah akan sentiasa bersama dengannya. Biar dihina, dicaci maki atau dijatuhkan, dia boleh dengan tersenyum memaafkan. Sebab dia hadam dalam kepala dan hati erti sebenar ‘maaf’. Allah yang maha pengampun sering berkata dengan kita melalui tintaNya bahawa ‘memaafkan’ itu lebih penting dan terutama. Malah dalam perkara qisas, bunuh(dengn sengaja) harus diqisas dengan bunuh tetapi jika keluarga mangsa memaafkan, qisas tidak berlaku.

Eerk..kenapa intonasi aku berubah macam ceramah pulak nih? Em...yer...ceramah terhadap diriku sendiri yang amat ‘fragile’...pilu dan hati cepat pecah berderai dengan perbuatan jahat orang lain. Mengapa amat payah aku hendak memaafkan kesilapan manusia lain sedangkan bila-bila masa aku juga akan berbuat salah kepada orang lain?

Mari aku kisahkan sebuah pengalaman lalu...

Tahun 1991. Aku darjah 6 Delima. Masa tu musim peperiksaan percubaan UPSR. Cikgu Bahasa Inggeris yang aku dah tak ingat nama penuhnya tapi dia dipanggil Ashok. Cg. Ashok. Hitam manis, tinggi lampai dan amat aktif dalam unit beruniform Pengakap di sekolah. Tentulah dia cikgu muda yang menjadi kesukaan murid-murid di sekolah kerana kekadang dia suka mengusik dan berlawak jenaka. Yang pasti bukan kepada murid yang introvert, menyendiri, bermasalah dan tak pernah bersemangat seperti aku. Kenapa aku tergolong dalam ciri-ciri negatif masa kecil? Itu aku cerita besok lusa kalau ada mood.

Cikgu memang sudah berpesan, suruh bawa kertas percubaan UPSR ke sekolah. Aku terlupa.

Dalam kelas 6 Delima tu, hanya kami bertiga yang tak bawak kertas. Dan aku satu-satunya perempuan. Ahaks...

Pangggg!!!

Itulah hadiah daripada cikgu kerana kesalahan terlupa bawa kertas. Nasib baik tak senget pipi aku yang sememangnya kudut dan kecik comel je. Sebuah penampar dari seorang cikgu lelaki.

Seiring tamat masa persekolahan haritu, aku tak terus balik. Aku masih duduk di tempat duduk. Entah apa yang aku menungkan. Entah kenapa aku masih di meja. Tetiba cikgu tu masuk dan memohon maaf kepada aku. Aku cuma mengangguk-angguk.

Betul, amat sukar melupakan sesuatu yang amat menghiris hati dan perasaan. Menampar aku di depan kawan-kawan, di kala aku dah mula pandai malu dengan lawan jantina, dah berusia 12 tahun, dah mula naik remaja...dengan persepsi ‘rendah’ kawan-kawan kepada aku waktu tu...peristiwa tu sampai sekarang aku tak dapat lupakan.

Tapi aku sangat ingin menyahut bicara tuhan yang selalu mengatakan memaafkan itu lebih baik. Aku sedang mendidik hati agar belajar memaafkan dan tidak mengungkit lagi peristiwa luka ini.

Peristiwa itu jugak mengajar aku agar tidak berbuat hal yang sama ketika aku pulak menjadi cikgu. Tidak mungkin tangan ini sanggup melempang anak orang kecuali “Cikgu nak lempang saya? Ha lempanglah!” Memang aku akan lempang sungguh.

Syawal mulia ini mengingatkan aku tentang tulusnya hati, baiknya jiwa. Jika baik sekeping hati tu, baiklah seluruh jasad. Aku belum lagi berhati baik. Yang pasti aku sedang belajar ke arah itu..

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…