Skip to main content

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...

Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...

Sumer gambar untuk entri ni aku ambik dari wak google…



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.

Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.

Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk gerak ke sana habis kerja dan teringat buah durian belanda. Aku nak buat buah tangan masa ziarah nanti.

Tengok2 dalam dompet comey aku ada satu keping not merah, empat keping not biru dengan beberapa siling. Aku ingat nak isi minyak tapi cash tak ada pulak. Malasnya nak berulang alik kuarkan duit kat ATM pastu ke stesen minyak. Shell tempat aku tu tak ada ATM.

Beli durian belanda sekilo dah melesapkan duit aku dalam dompet tu. Sumer dah terbang, tinggal siling aje. adoi...camana ni, aku nak terus bergerak ke HSI ni.

So, tawakal pergi Shell nak beli minyak guna kad kredit. Tapi kepala hotak lupa yang nak beli minyak dengan kad kredit bukan kat kaunter tapi kat tempat pam.

Tak pernah nak guna 97. Tapi sejak mamat bengkel beritahu minyak 95 semakin tak bagus, rosak habis plug silinder aku…dia sarankan suruh campur dengan 97…


“Tapi saya tak pandai gunakan mesin tu,”Aku dengan nada macam budak baru nak belajar naik basikal.

“Eehhh...jangan risau. Saya boleh ajarkan...”Sungguh baik hati pekerja Shell kat kawasan aku ni. Bestnya.

Hokay...mari aku kongsikan cara nak isi minyak dengan kad kredit. Orang lain dah lama tahu. AILABIYU nak masuk 8 tahun bulan 12 ni baru sekarang nak gunakan kad kredit masa isi minyak? Keh keh keh...

Yang penting, belajar tu tak kenal masa dan ketika. Belajarlah ilmu apa saja yang bermanfaat dan baik. Kan?


Aku tak dapat menafikannya selama 91 bulan pakai kenderaan. Shell memang boleh pergi lebih jauh..ahaks…

Cara-caranya ialah :
1.      Keluarkan kad bonuslink dan kad kredit. Keluarkan dari beg duit la.
2.    Masukkan dulu kad bonuslink kat mesin.
3.    Tunggu arahan mesin.
4.    Kalau mesin kata kuarkan kad bonuslink, silalah kuarkan.
5.    Kemudian jika mesin mintak masukkan kad kredit, masukkanlah
6.    Mesin baca kad kredit kita sampailah dia tulis ‘approve’
7.     Kita tekan ok
8.    Lepas tu isi ler minyak. Tengok liter dan harga masa isi tu.  Kena tahu kapasiti minyak kereta kita berapa liter kalau penuh. Jumlah kita bayar tu ikut banyak mana kita pam minyak, so pepandailah.
9.    Dah siap isi minyak, letak pemegang dan pergi balik kat mesin tekan ‘reprint’
10.  Tunggu arahan lagi
11.    Resit akan keluar
12.   Dah selesai

Eeeee..senang rupanya kan? Kenapalah dari dulu tak isi minyak guna kad aje? Bertompok dah point aku kalau aku buat.

“Biasa isi pakai cash...kenapa pakai kad?”Petugas tu tanya sambil pantau aku mengepam minyak
“Saya tak bawak duit.Tu yang pakai kad.”
“Aha...macam tu. Lepas ni lagi senang, tinggal pakai kad je.”
“Betul tu...tapi minyak memang turun ke hari ni?"
"Yer, turun sepuluh sen untuk semua jenis..."
"Oooo...terima kasih. Dah boleh jadi cikgu ni, sekejap aje saya dah faham."
"Eh..tak ada lah...jadi cikgu tuang isi minyak boleh la.." Petugas tu malu-malu kucing. 


Lebih mudah dengan kad prabayar shell yang baru…


Betul la kata Sayyidina Ali Karamallahu wajhah yang mafumnya : Kalau kita takut, masuklah dalam ketakutan itu. Nescaya ketakutan tu akan hilang.

Yes... aku dah pun melepasi ketakutan pasal nak isi minyak dengan kad kredit. Yer ler, zaman sekarang ni, mesin lagilah payah kita nak percaya. Buatnya isi 50RM je, tup-tup dalam statement sampai RM200...Tak ke haru-biru. Kan?

So dah tengok depan mata, resit tu...aku dah berasa lega. Dan tak takut lagi nak isi minyak guna kad kredit.

So...siapa-siapa yang takut macam aku tu, silakan mencuba. Ya. Confirm perasaan takut tu bertukar jadi confident.

Selamat mencuba! Heh heh...

Popular posts from this blog

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…