Skip to main content

CERPEN HATI : TANDA DIA SAYANGKAN KAMU...





“Saya tunggu awak jawab mesej saya dengan sabarnya tau.”
“Ala...lambat sikit aje. Ni haa...ayah kawan masuk HSI, kena minor stroke. Ayah dia tu tukang kebun sekolah menengah saya dulu. Saya kenalah hormati kawan saya tengah down gila.”


Ups... ada lagi ke dalam dunia ni manusia yang berhati pengasih dan penyayang, sudi menerima kita seadanya dan betul-betul menyayangi kita dan SERIUS GILA dengan kita.

Jawapannya: Ada. Selagi dunia ni berputar siang tukar malam, malam ganti siang....masih tetap ada.

Ciri-cirinya :
1.      Apa dia buat dan keadaan diri dia, semua nak lapor kat kita. Walaupun hal seremeh “Perut macam nak cirit-biritlah yang...”. Baru macam aje, belum pun cirit-birit lagi. Atau “Saya dah start motor ni...pergi kerja dulu tau...” Hahaha...jangan tak percaya.

2.    Apa yang kita bagi, dia akan cakap “Lawanya...terima kasih yang.”

3.    “Yang, bangun. Awak kata nak sahur.” Dia akan kejutkan kita bila tau kita nak puasa.

4.    Kalau dua tiga kali dia mesej, kita belum balas lagi. Dia akan tulis ,”Tak apalah kalau tak mau mesej dah.”

5.    Dia akan jujur dengan kita. Sanggup cerita semua keburukan dia.

6.    Dia akan story pasal keluarga dan kaum kerabat dia. Dia tanya bila boleh bawak kita jumpa family dia.

7.     Dia juga nak tau ke mana kita pergi dan apa kita buat. Mesej tiap masa, kalah solat lima waktu.

8.    Paling dahsyat, dia akan bagi pinjam barang kesayangan dia pada kita. lagi dahsyat, dia bagi kita duit untuk membantu kita dalam kesusahan walaupun hanya sebuah pinjaman.

9.    Dia masukkan kita dalam impian masa depan, hidup dia.

10.  Dia tahu semua kegiatan kita, hafal jadual kerja dan jadual hidup kita. Pendek kata, dia expert time kita solat, time kita tido, time depan tv dan bla.bla.bla...

11.    Bila berselisih faham, dah gaduh-gaduh...dia akan akui kalau dia silap dan minta maaf pada kita. Dan dia cepat memaafkan kita tiap kali kita minta maaf dan mengaku kita salah.

12.   Cemburu.

13.   Dia sangat suka tengok kita dalam keadaan tidak bersolek.

Dan ada banyak lagi tapi setakat ni, itu aje dulu.

Dan nak dapatkan insan yang pengasih macam tu bukanlah dengan cinta pandang pertama atau tunggu putera berkuda datang. Kerja tunggu menunggu memang tak ada hasil.

Apa yang kita beri, itulah yang akan kita dapat. Tapi terkadang kita aje yang ikhlas dan sayangkan dia, tapi si dia tak ada pun sampai macam tu. Macam mana tu?

Cari ajelah orang lain yang nak sayang kat kita. Bersepah. Ini bila ada orang nak sayang kat kita, kita pulak tak nak kat orang tu. Bila ada yang kita nak sayang, orang tu pulak sukakan orang lain.

Soal hati. Kepada tuhan kita meminta bantuan. Tapi jika kita jumpa orang yang ada 13 ciri di atas... tak diragukan lagi, memang rugi kalau kita lepaskan. Kalau jumpa insan seperti 13 ciri di atas, ikat betul-betul jangan bagi dia lari. Heh heh..

Arios...





Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…