Skip to main content

AL FATIHAH BUAT AYAHANDA TERCINTA....


Sungguh Maha Berkuasa Tuhan sekelian alam. Sungguh maha terpuji, Raja di Hari Kiamat...

Benarlah tintaNya bersuara yang orang-orang beriman itu tidak akan dibiarkan saja tanpa diberi UJIAN. Semakin tinggi tahap keimanannya, semakin hebat tingkat cubaanNya. Namun setiap ujian yang diberikan adalah sesuai dengan kemampuan hambaNya.

Mungkin itulah jawapannya mengapa blog ini coretannya bercerita tentang hal-hal sakit dan mati belakangan ini.

Mungkin itulah jawapannya mengapa perasaanku bagai lengang dan seakan ada yang akan meninggalkanku atau aku yang akan pergi meninggalkan mereka.

Salam penuh rindu dan cinta kasih buat allahyarham ayahanda Abu Bakar Bin Husin yang pulang kerahmatullah pada 14 September 2015 hari Isnin jam 4.25 pagi waktu Indonesia.

Hatiku amat terluka...dan cepat-cepat aku mencari penawarnya di dalam prasasti mulia AlQuran agar hatiku terpujuk dan jiwaku ditenangkan.

Selalunya aku menulis tentang September ialah bulan penuh azimat cinta dalam blog ini. Ternyata  sampai sekarang, September masih lagi bulan penuh azimat cinta. Bulan ini bulan kelahiranku, bulan ini juga bulan kehilangan ayahanda tercinta. Bulan yang takkan pernah terlupakan sepanjang hidup...

Kehilangan ini bagaikan ‘rentapan’ yang teramat kilat. Sehingga dadaku terasa sesak dan hatiku bercucuran darah. Namun rentapan ini dalam waktu yang sama seakan melontarkan pertanyaan...

“Apa yang bisa kau lakukan tika maut tiba?”
“Apa reaksimu dengan musibah ini?”
“Siapa yang akan kau salahkan?”
“Ke mana harus kau mengadu?”

Wahai Tuhanku yang Maha Lemah Lembut lagi Maha Pengampun... Musibah ini sudah Kau tuliskan pada prasasti ghaib yang tak terlihatkan. Ia tidak akan menjatuhkan imanku. Tidak akan menjauhkan diriku dariMu. Musibah ini sebagai bukti aku hamba yang tidak berdaya dan tidak ada apa-apa.

Ia sungguh Ujian yang besar bagiku tapi aku tidak mahu berputus asa dari rahmatMu. Aku terima musibah ini dengan sedaya-upaya. Kerana aku beriman bahawa setiap yang bernafas/bernyawa pasti akan mati.

Namun perpisahan ini amat menyiat-nyiat tangkai perasaanku. Hanya waktu yang dapat mengubatnya...

Ayah...damailah di sana dan berehatlah. Salam rindu penuh kasih daripada anakmu...

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…