Skip to main content

APAKAH SEMALAM KU BERMIMPI?


Mengapa kini aku terasa seakan masih bermimpi...?

Kerana pada tanggal 14 September itu, jerubu sedang ligatnya menyelubungi bumi Pekanbaru. Malam itu aku memang tak boleh melelapkan mata sebab keadaan ayah yang belum betul-betul stabil.

Waktu tu seluruh badan aku rasa sakit. Kepala migrain kerana tekanan. Tekanan kewangan untuk bayar perubatan ayah yang mencecah Rp74 juta, tekanan emosi kerana terikat dengan kerja di sekolah, ayah yang jauh di Pekanbaru dan seribu satu tekanan lain yang menghempap di dada.

Jam 2 lebih pagi bunyi panggilan telefon. Adik bagitau keadaan ayah semakin kritikal. Aku yang baru terlelap sekejap nak meredakan sakit kepala terbangun kerana panggilan tu.

Aku terus kejutkan adik-adik dan pesan jangan tidur lagi. Pesan supaya mereka dapat membaca Al Quran sementara aku terus booking flight untuk balik pagi Isnin itu.

Urusan semua lancar. Aku sendiri yang memandu ke Senai. Perjalanan dah sampai di Pekan Nanas (5.25 pagi) , aku diberitahu yang ayah sudah menghembuskan nafas terakhir.

Allahu Akbar. Begitukah rasanya mendengar khabar berita kematian orang terdekat lagi disayangi sepenuh hati?

Aku teruskan perjalanan sampai ke Airport Senai. Suami kawan bawak balik kereta aku. Aku dan adik terus check in untuk ke Subang.

Sejam penerbangan, aku sampai ke Subang. Penerbangan seterusnya pukul 9.55 pagi. Aku pesan pada mak, tunggu aku. Aku nak lihat ayah untuk kali terakhir. Aku nak peluk cium dia untuk kali terakhir sebab memang setiap kali bersalaman dengan ayah, aku akan cium dua pipi dia.

Lima minit lagi akan menunjukkan jam 9.55pg, tiba-tiba monitor informasi menerakan tulisan “PEKANBARU DELAYED”.

Penerbangan terpaksa ditunda ke pukul 11 pagi kerana jerubu yang kelabu gila waktu itu di Pekanbaru. Pesawat tak dapat nak landing.

Aku masih berpesan pada emak, tunggu aku. Aku nak lihat ayah.

Allahuakbar, bukan sahaja penerbangan tak dapat diteruskan malah dibatalkan terus selepas jam 11 pagi.

“Mak, teruskanlah pengkebumian ayah. Tak perlu tunggu kami.”

Maka, jika Allah tidak mengizinkan sesuatu, ia pasti tidak akan terjadi. Aku terpaksa patah balik ke Pontian semula untuk mengambil laluan laut keesokan hari.

Hakikatnya, aku sampai Bangkinang pada hari Selasa. Aku hanya dapat melihat pusaranya yang masih basah. Al fatihah...

Ya rabb... kuatkanlah hatiku dalam menerima ujian-ujianMu.

Seakan aku masih lagi bermimpi....


Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…