Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

CERPEN HATI: Bab 2 Aku yang kehilangan...dalam diri sendiri...

Dengan tukaran wang yang agak jauh menurun kebelakangan, dia setuju melaburkan tiga ratus ribu ringgit bagi projek fasa ketiga Rumah Kosdi kawasan Jalan Jenderal Sulaiman. Projek kali ini akan melibatkan infrastruktur prasarana yang lebih maju seperti penyediaan jaringan internet tanpa wayar di seluruh bangunan dan alat daya elektrik prabayar di setiap rumah. Asalnya rumah satu atau dua kamar itu memang dikhaskan untuk mahasiswa(digelar RUMAH KOS). Setelah beberapa tahun memerhati progres penyewa yang keluar masuk, dia kini membuka peluang kepada semua lapisan penduduk untuk menyewa rumah-rumah kos itu. Pekanbaru, Kota Bertuah. Bandar yang sesak dan selalu sibuk kerana jajaran kawasan perindustriannya. Meskipun begitu, manusia di kawasan itu masih perlu mencari makanan, sangat sibuk demi sesuap nasi setiap hari. Tidak sama dengan masyarakat di negaranya yang sudah berpeluang untuk membuat pilihan. Memilih apa yang hendak dimakan. Itu sebahagian pendapat-pendapat peribadinya yang tidak te…

CERPEN HATI : OH LESTI ACADEMY DANGDUT ASIA!

Salam di malam yang sunyi sepi lagi berbahang. Almaklumlah, pakai kipas cap kertas aje hua hua hua...
Baiklah, menelusuri percutian yang bukan pun bercuti sebenarnya, aku hanya meluangkan waktu bersama mak sebanyak-banyaknya di kampung.
Ke mana mak pergi, itu sentiasa dalam fikiran. Walau hanya sekejap pergi bilik air, paranoid aku seakan di luar kawalan. Merapu entah apa-apa dalam bayangan fikiran. Mahu atau tidak, aku tak dapat hindari trauma sejak pemergian arwah ayah. Aku hanya ada emak seorang.
Sejak kejadian tu, mak memang tak pernah tidur dalam bilik. Dia bawak tilam single pergi depan tv, mengeruh kat situ diapit kami adik beradik. Sekejap-sekejap kaki dia bengkak kerana gout. Sekejap-sekejap dia lenguh, sengal dan macam-macam suasana kesihatan bila dah berumur lanjut ni. Besok aku pun macam tulah jugak.
Kebetulan waktu aku balik Bangkinang, sebuah program Dangdut Academy Asia disiarkan di Indosiar. Melibatkan 4 buah negara termasuklah Malaysia. Secara tidak langsung, kami anak…

CERPEN HATI : BAB 1 La la la...hari-hari kerja...

November 2014
Lapangan Terbang Antarabangsa, Senai. Mukanya berkerut, keruh. Sebentar dia menapak ke kiri. Sebentar kemudian langkahnya menghala ke kanan. Terkadang kakinya melangkah setapak dua ke hadapan. Beberapa saat kemudian dia berundur pula ke belakang. Tanpa sedar dia menggigit kuku. “Mana budak ni?” Keningnya berkerut. Dia mengeluh pula. Resah sendiri kerana terpaksa menanti. Memang itulah kerja yang paling dia benci di dalam dunia ini. Menunggu. Matanya masih tertumpu pada lorong yang memisahkan di antara ruang perlepasan dan ketibaan. Kini hanya tinggal seorang dua sahaja penumpang yang sedang berjalan keluar bersama troli bagasi masing-masing. Beberapa minit kemudian lorong itu kembali sepi. Seketika telefon genggamnya bingit, meminta disambut. Dia memandang aneh nombor yang tertera pada skrin 5 inci itu. “Ya, puan. Nanti sms atau wassap saja tentang saiz pakaian anak puan. Segera, ya.Terima kasih. Baik.” Suaranya berubah tenang. Tangan satu lagi mencoret sesuatu pada helai-h…

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN MSS TAMU JIWA?

TAMU JIWA
Manuskrip(belum jadi buku) ini mengisahkan tentang pintu hati manusia. Di waktu kita membuka selebar-lebarnya pintu hati kepada seseorang, ternyata tetamu yang kita dambakan sekian lamanya telah pun bertamu ke pintu hati yang lain. Kemudian di kala kita menutup serapat-rapatnya pintu hati dari diketuk sesiapa, rupa-rupanya ada seorang tetamu yang menunggu di depan pintu sekian lama tanpa kita sedari, begitu sabar menanti.
Luaskanlah hati bahkan kalau boleh seluas samudera agar masih ada peluang dan ruang bagi hati lain datang bertamu. Hati selapang laut biru tentu tidak akan terlalu cepat menutup pintu kerana yakin masih banyak hati ikhlas nan murni, ingin menjadi tetamu.
Resapkan kemaafan, redhalah dengan ujian, ampunkanlah segala kekhilafan, nescaya engkaulah pencinta yang disayangi Tuhan. ‘Melepaskan’ tidaklah semudah mengungkapkan dengan kata-kata tapi jelas ia bukti cinta yang tulus suci lagi sejati. Memang cinta tidak semestinya memiliki. Tapi memiliki lama-kelamaan past…

(Prolog TAMU JIWA)) Biarlah hamba pergi membawa diri...

Pulau Moro Sulit, Riau 28 Mei 1973

Basompan-sompan ka Sungai Siak Singgah sobontau di Selat Panjang Indak ko ocu ingek kek adiok Sapanjang maso takonang-konang
Lah lamo indak ka rimbo Lah babuah salak jo potai Lah lamo indak basuo Lah baubah golak jo pakai
Anak olang taolang-olang Anak gagak malambung tinggi Lah putioh mato adiok mamandang Buah lah masak tagantung tinggi
Yang mananti : Adiok
Muchtar terkelu. Terbungkam seribu bahasa seakan seraut wajah sedang berbicara, mencurah gundah-gulana. Terbayang-bayang raut bujur sirih yang selalu tersenyum ria. Terngiang-ngiang gemersik halus suara manja kekasih tercinta. Namun tekadnya sudah bulat. Hatinya patah seribu. Dia sudah pergi membawa diri, keluar jauh dari kepahitan yang menyiksakan. Kehinaan yang menghiris pilu. “Apa betul kau tak mahu pulang ke Kampar, Muchtar?” Bujang, si pembawa surat bertanya lagi, masuk kali yang entah ke berapa sejak kapal masih kosong. Kini semua barang yang akan dihantar ke Singapura sudah hampir penuh muatan. “Laut sakti…

CERPEN HATI : TERIMA KASIH DARIPADA ADLINZ ALEXANDRIA

Assalamualaikum warahmatullah...
Genap 101 hari almarhum ayah tercinta pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Ya, aku jugak baru balik dari Pekanbaru/Bangkinang setelah uruskan beberapa perkara di sana. Bercuti? Tiada istilah cuti bagi diri aku , lebih-lebih lagi setelah aku diduga dengan ujian ini.
Balik semula ke Pontian dengan membawa persiapan hati. Di Malaysia, bersusun tugas menanti. Kewajipan tetaplah kewajipan. Harus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
Sepanjang hidup dan berblog sejak 2008, perasaan ini belum pernah sehancur seperti sekarang. Dan maafkan aku, banyak entri yang telah aku padamkan demi untuk tidak menjadi kenangan-kenangan yang akan lebih pahit lagi kelak.
Aku teramat sayangkan blog ini, tempat aku mencurahkan rahsia hati walaupun bukan secara keseluruhan. Inilah medan terbesar yang menyumbang kepada ketekunan aku menulis. Justeru aku menukar fanpage yang sudah terlalu usang tak berkemaskini, diganti dengan fanpage penulisan yang sebenarnya juga sudah p…