Skip to main content

(Prolog TAMU JIWA)) Biarlah hamba pergi membawa diri...



Pulau Moro Sulit, Riau
28 Mei 1973


Basompan-sompan ka Sungai Siak
Singgah sobontau di Selat Panjang
Indak ko ocu ingek kek adiok
Sapanjang maso takonang-konang

Lah lamo indak ka rimbo
Lah babuah salak jo potai
Lah lamo indak basuo
Lah baubah golak jo pakai

Anak olang taolang-olang
Anak gagak malambung tinggi
Lah putioh mato adiok mamandang
Buah lah masak tagantung tinggi

Yang mananti : Adiok

          Muchtar terkelu. Terbungkam seribu bahasa seakan seraut wajah sedang berbicara, mencurah gundah-gulana. Terbayang-bayang raut bujur sirih yang selalu tersenyum ria. Terngiang-ngiang gemersik halus suara manja kekasih tercinta.
          Namun tekadnya sudah bulat. Hatinya patah seribu. Dia sudah pergi membawa diri, keluar jauh dari kepahitan yang menyiksakan. Kehinaan yang menghiris pilu.
          “Apa betul kau tak mahu pulang ke Kampar, Muchtar?” Bujang, si pembawa surat bertanya lagi, masuk kali yang entah ke berapa sejak kapal masih kosong. Kini semua barang yang akan dihantar ke Singapura sudah hampir penuh muatan.
          “Laut sakti. Rantau bertuah. Itu pepatah nenek moyang kita turun-temurun. Itu jugalah yang dipegang oleh segenap warga dan masyarakat kampung kita.” Muchtar menjawab, tegas.
          “Dan pepatah itu juga telah membuat hatiku terluka...” sambungnya kemudian. Namun bicara itu hanya menggema di dalam hati.
          Bujang diam, mengerti. Ya...dia sangat maklum dengan prinsip ‘Laut sakti, rantau bertuah’ itu. Sudah termasyhur berkurun lamanya, orang yang merantau selalu dipandang hebat dan terhormat. Ada saja tuah yang dibawa dari rantau, mengubah nasib dari karat menjadi kemilau.
          Namun laut sakti memang benar adanya. Kalau tidak cukup ilmu di dada, jangan cuba-cuba menduga dalam. Tidak sedikit yang tewas di tengah jalan. Tersalah langkah, padah menunggu di belakang. Mara bahaya menanti dengan tersenyum senang.
          “Pepatah itu berbisa, Muchtar. Tidak berbaloi buat melindung hati yang parah. Kau pulang sajalah ke Kampar.”
          “Laut itu memang misteri, tidak boleh diduga. Tapi tak boleh diduga bukan bermakna tidak dapat ditaklukkan, Bujang. Masakan kau lupa pepatah para nelayan ; Di mana ada badai, di situ ada ikan. Sudah setengah jalan aku melangkah, tak usah kau halang. Aku takkan berpatah balik. Gaji aku lumayan di sini walau terpaksa bermalam di laut. Tapi bukan di sini tujuan aku yang sebenar-benarnya. Siapalah yang tahu tuah orang, Bujang?” Muchtar meramas kertas putih di tangan. Renyuk seribu.
          “Maksud kau?” Bujang mengerut kening.
          “Aku mahu ke Kuantan.”  Muchtar melontar azam.
          “Malaysia?” Bujang membulat mata.
          Muchtar tidak menjawab. Gumpalan kertas dilempar ke laut sepenuh perasaan. Mungkin sekarang dia hanyalah anak muda berusia dua puluh tahun yang miskin, tidak berpelajaran dan tidak terpandang. Atau barangkali saat ini dia seorang pemuda yang hanya punya rasa cinta. Cinta yang tak berharga. Tapi siapa tahu masa depan dapat memberi nilai terhadap jiwa dan perasaannya? Siapa tahu?

Yang mani buah manggi
Kan ocu makan samo bijinyo
Jan adiok towi manangi
Sorah kek tuhan sagalo-galonyo

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…