Skip to main content

CERPEN HATI : OH LESTI ACADEMY DANGDUT ASIA!



Salam di malam yang sunyi sepi lagi berbahang. Almaklumlah, pakai kipas cap kertas aje hua hua hua...

Baiklah, menelusuri percutian yang bukan pun bercuti sebenarnya, aku hanya meluangkan waktu bersama mak sebanyak-banyaknya di kampung.

Ke mana mak pergi, itu sentiasa dalam fikiran. Walau hanya sekejap pergi bilik air, paranoid aku seakan di luar kawalan. Merapu entah apa-apa dalam bayangan fikiran. Mahu atau tidak, aku tak dapat hindari trauma sejak pemergian arwah ayah. Aku hanya ada emak seorang.

Sejak kejadian tu, mak memang tak pernah tidur dalam bilik. Dia bawak tilam single pergi depan tv, mengeruh kat situ diapit kami adik beradik. Sekejap-sekejap kaki dia bengkak kerana gout. Sekejap-sekejap dia lenguh, sengal dan macam-macam suasana kesihatan bila dah berumur lanjut ni. Besok aku pun macam tulah jugak.

Kebetulan waktu aku balik Bangkinang, sebuah program Dangdut Academy Asia disiarkan di Indosiar. Melibatkan 4 buah negara termasuklah Malaysia. Secara tidak langsung, kami anak-beranak mengadap siaran berdurasi 4 jam lebih ni sampailah habis. Lepas tu tidur.

Dari peringkat 20 orang sampailah ke peringkat Top 10, aku saksikan rancangan ini. Anehnya, aku tak adalah kemaruk sangat nak tengok peserta semua tu menyanyi kecuali Lesti dan Danang. Yang aku minat malah si Soimah, komentator yang sangat versatile. Serba boleh. Sama juga dengan pengacara Ramzi, Irfan, Andika dan Rina Nose. Mereka superb gila dalam meramu suasana konsert jadi hidup dan meriah.

Tidaklah macam rancangan realiti tv kat Mesia ni yang balik-balik nak kondem peserta lepas tu langsung tak ada keramahan antara satu sama lain yang bertugas dalam rancangan tu kecuali satu, Gegar Vaganza. Gegas Vaganza tu ada la jugak lawak-lawak bodoh yang meriah.

Pitching lari la, sumbang la, itulah inilah....tapi suruh perbetulkan kat depan-depan, kau sembunyi, geleng kepala. Penyakit sama dalam dunia pendidikan kat Malaysia ni. Suruh buat itu ini tapi depa tak mau tunjuk contoh. Kalau setakat bercakap berbuih mulut, siapa pun boleh. Buat, tengok! Boleh tak?

Aku salut dengan Dangdut D’Academy Asia ini walaupun genre dangdut yang dominan berbanding lagu melayu dan pastilah dangdut tak adalah sehebat mana pun di mata orang kan, tapi para komentator especially Indonesia sangat berkaliber. Tegur tu memang tegurlah part yang sumbang, salah, falset tapi mereka bangun, tunjukkan cara menyanyi yang betul, perbetulkan nada begitu begini dengan gagah. Itu baru betul. Barulah orang tak boleh perlekehkan kau.

Ini kau kondem peserta, kutuk sebakul begitu begini lepas tu bila suruh tunjukkan cara yang betul, geleng kepala. Tak mau nyanyi. Apa barang beb? Mana kredibiliti kau sebagai komentator? Jangan tau menyalak aje.

Menonton siaran bertaraf Asia ni buat aku malu jadi rakyat Malaysia. Punyalah ramai artis yang hebat dalam dangdut dan lagu melayu, awat Mas Idayu pulak jadi komentator tetapnya? Naik berbulu mata dan telinga menengok kelakuan dan mulut longkang nenek tu. Rasanya tiap kali dia komen atau ada apa-apa gurau senda melibatkan dia, mesti suasana akan jadi panas dan tegang. Malu aku...malu! Dalam hati, tukar la orang lain. Tukarlah orang lain. Kenapa mak nenek tu pulak yang mewakili Malaysia. Tetap lak tuh!

Akhirnya datang Siti Nurhaliza sebagai komentator jemputan yang dapat la menyelamatkan rasa malu aku sebagai rakyat Malaysia. Macam biasa, aura diva mokcik siti yang bersopan santun, lagi di negara orang kan, membuatkan semua terpukau. Jauh beza dengan Mas Idayu. Jauh panggang dari api. Eee...serabut gila aku kalau teringat mak nenek tulah. Datang pulak Amelina lepas tu, pun sama jugak mentelnya tapi yang bagusnya Amelina ingin bangun menyanyikan cara yang betul ketika buat teguran. Dalam hati, eeee apasal wakil Malaysia camni punya ‘kampung’? Brunei dan Singapura sangat profesional gila. Indonesia lagi lagilah very profesional.

Jadi, balik Mesia pun aku masih menonton tapi live streaming dari vidio.com. Sekarang dah sampai top 4.

Jadi, kami anak beranak sama-sama duduk depan tv, menonton dangdut academy asia yang selama ini tak pernah tidur bersama dan jarang menonton sama-sama.






Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…