Skip to main content

CERPEN HATI : TERIMA KASIH DARIPADA ADLINZ ALEXANDRIA

Assalamualaikum warahmatullah...

Genap 101 hari almarhum ayah tercinta pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Ya, aku jugak baru balik dari Pekanbaru/Bangkinang setelah uruskan beberapa perkara di sana. Bercuti? Tiada istilah cuti bagi diri aku , lebih-lebih lagi setelah aku diduga dengan ujian ini.

Balik semula ke Pontian dengan membawa persiapan hati. Di Malaysia, bersusun tugas menanti. Kewajipan tetaplah kewajipan. Harus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Sepanjang hidup dan berblog sejak 2008, perasaan ini belum pernah sehancur seperti sekarang. Dan maafkan aku, banyak entri yang telah aku padamkan demi untuk tidak menjadi kenangan-kenangan yang akan lebih pahit lagi kelak.

Aku teramat sayangkan blog ini, tempat aku mencurahkan rahsia hati walaupun bukan secara keseluruhan. Inilah medan terbesar yang menyumbang kepada ketekunan aku menulis. Justeru aku menukar fanpage yang sudah terlalu usang tak berkemaskini, diganti dengan fanpage penulisan yang sebenarnya juga sudah penuh dengan sarang labah-labah.

Aku bangkit lagi, demi sebuah penyembuhan. Demi sebuah kehidupan sampai waktu yang telah ditentukan. Harapan baru? Sejujurnya tiada lagi yang namanya harapan. Semuanya sudah sirna. Bagai embun pagi yang hilang tatkala ditelan cahaya mentari.

Aku hanya menjalani puing-puing semangat yang masih ada. Apa yang telah sedia aku miliki. Itu sahaja.

Welcome back Adlinz Alexandria!


Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…