Skip to main content

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN CANON PIXMA G2000?

sumer gambar aku ambik dari nenek google...


Salam tahun baru 2016 yang penuh misteri. Alhamdulillah masih dapat melihat langit Allah, menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya sambil menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada.

Baiklah, hari ini tak mau bebel panjang...cuma ada satu cerita panjang yang sedikit menggelikan hati aku. Hati aku je, bukan hati siapa-siapa.

Orang lain semua sibuk mengejar enjin hybrid, cpu hybrid, kereta hybrid... tapi aku sekadar mampu beli tinta hybrid aje. Keh keh...

Alkisah disebabkan aku dah mula start enjin untuk menulis lagi campur dengan sesi persekolahan yang semakin hampir, maka nak tak nak, terpaksalah aku cari satu printer. Dan pesennya orang tua cam aku ni, kalau nak beli sesuatu yang aku belum biasa, aku akan cari tau maklumat semampu yang boleh.

Kisah printer. Itu aje pun. Hohoho...

Katakan tidak pada ‘Canon’. Haa...gitu sekali nekadnya aku bab printer ni. Sejak aku mengenal dunia mencetak kertas ni dari aku remaja riang ria sampailah tua ‘kedehek’ camni, printer aku takde brand lain, memang dengan Pakcik Canon ajelah aku bersahabat.

Dari printer pakai catridge original sampailah catridge refill pastu pasang tangki(modified)... akhirnya semua printer aku beli jahanam dan buang kat tong sampah belaka. Disebabkan bila buat pengubahsuaian, dakwat tersekat-sekat...apalagi...bukan printer tu aje mengamuk, dengan aku-aku sekali meroyan. So dari lubuk hati kecilku yang tersangat kecik, sekecik paramesium...aku trauma gila dengan Pakcik Canon dan mula lancarkan dasar tutup pintu dengan Pakcik Canon.

Eee...cara bercerita macam teruk benor Pakcik Canon tu kan. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Ya, kerana tabiat suka pasang tangki kat luar tulah penyebab aku beli printer macam beli handyplast. Pakai sekali, buang. Pakai sekali, buang. Bukan tabiat aku yer, tapi tabiat kedai printer yang suka modified Pakcik Canon tu. Bila dah punah, waranty pun jahanam maka selamat datang kepada duniaku yang kelam dan suram tanpa printer.

Okeh, stop merapu.

Berbalik kepada cerita aku tadi, jadi aku mula beralih cinta pada Brother atau Epson pulak. Epson lebih memikat hati sebab Epson sememangnya pengeluar printer yang bikin tangki luar dari kilangnya. Original. Bukan ubahsuai. Apatahlagi bila aku baru tau yang Epson merupakan ‘peberet’ nombor satu Indonesia, betapa Epson bukan calang-calang pengeluar printer. Adapun Brother juga dapat perhatian yang bagus atas kelebihan iaitu ‘tahan lasak’ tapi harganya pun tahan lasak jugaklah kan. Dan Brother juga ada bikin refill ink.


Jadi, aku dok memikir-mikir nak pilih cinta Epson atau Brother. Ditambah pulak dengan kawan-kawan aku yang sebahagiannya gunakan Epson, sebahagian lain pulak pakai Brother...jadi aku pun bagai terdesak nak dapatkan printer secepat mungkin.

Aku ushar dari satu kedai ke satu kedai di kawasan Taman U... Harga tak payah cakap lagilah, semua barang memang naik harga. So, dalam pada aku ushar printer Brother dan Epson, tetiba tokeh tu tunjuk printer Pakcik Canon. Oh, tidak!

“Nanti dulu, you dengar dulu. I tau ramai orang ada bad experience(printer jenis tangki luar) tentang Canon. Memang dulu Canon tak buat ink tank system. Siapa yang nak buat tank kat luar, kita modified. Dan sebab tu timbulnya macam-macam masalah.

Sekarang Canon dah keluarkan produk baru siri G. Original dari kilangnya, mengeluarkan printer pasang tangki di dalam tapi boleh nampak dari luar. Lagi boleh cetak 6000 helai untuk Black dan 7000 helai untuk Colour. Isian refillnya pun lebih banyak banding brand lain. Botolnya lebih besar. Waranty 3 tahun! Kalau ada sebarang masalah, u boleh cari centre Canon di JB. Tak perlu nak pergi KL macam Epson.”

Aku terkedu sejenak. Membatu macam Malim Kundang.

Aiseh...aku tengah berkobar-kobar nak pakai brand lain, alih-alih Pakcik Canon ni muncul lagi dengan persembahan yang kaw-kaw untuk bersaing dengan Epson. Walaupun agak terlewat sebab Epson muncul dulu  dengan L365 tapi Canon G3000 ni tak boleh dipandang remeh. Memang ada auranya!

Aku berfikir-fikir lagi. Dengan hati yang kudus lagi suci, aku pun bagi peluang Pakcik Canon untuk menunjukkan keunggulannya sebagai printer ink efficient G Series yang pertama dilancarkan.

Nampaknya jodoh aku masih kuat lagi dengan Pakcik Canon. Manakan tidak, pasang ink dia pun jari tak comot habaq hang... tinta hybrid yang dipertaruhkan pun tak mengurangkan kualiti cetakan. Terpukau dibuatnya.. hua hua hua...


Okehlah... setelah aku bawak balik Pixma G2000 ke rumah di kala hujan turun membasahi jalan... uhuks.. maka aku pun membuat pemerhatian sekejap tentang siri G2000.

Kenapa G2000 ? sedangkan ada G1000 dan G3000....

Sebab aku perlukan printer All In One (AIO) dan fungsi WIFI pada G3000 tidak begitu penting pada aku. Lagipun jarak harga antara G2000 dengan G3000 agak jauh, dalam RM200 jugak... lepas duit minyak aku 3 minggu...hehe

Bentuk yang cantik dan menarik dengan kotak ink hitam dan warna dipisahkan kedudukannya. Tangki pasang kat dalam tapi kita boleh nampak dari luar. Cara setting yang simple. Yang paling memikat..diulangi.. isi tangki tu sikit pun tangan tak kotor. Botol tinta yang berpenutup dan kemas. Dah beratus helai aku print, setakat ini boleh tahan laju. Dan hasil print warna pada kertas A4 75gsm, tak jauh beza dengan warna asal. Cantik. Puas hati.


Alhamdulillah...hati digerakkan untuk membeli Canon G2000. Mudah-mudahan, alat ini dapat membantu kerja-kerja rasmi/tak rasmi aku dengan penuh jimat dan tahan lama.

Harga rasmi di laman web Canon Malaysia RM599. Aku beli RM530.

Sekarang hati lega boleh print macam-macam tanpa risau ink cepat habis. Boleh scan, boleh copy...

 Sekian..





Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…