Skip to main content

CERPEN HATI : REDHA

Assalamualaikum warahmatullah...



Alhamdulillah sehari lagi aku beri nafas untuk menikmati Rejab yang mulia, moga-moga sempatlah aku jumpa Sya’ban dan Ramadhan... amin..

Walah...teratak usang aku ni dah bersawang gila, almaklumlah dah berzaman aku tak mengadap laptop ni kecuali untuk buat lesson plan. Lepas tu tutup. Haha..

Aku 10 tahun yang dulu pastinya takkan sama dengan aku yang sekarang.

Hokay... tentang bisnes Mary Kay, alhamdulillah... siapa-siapa yang nak berbisnes tu, MK memang ada potensi untuk meraih keuntungan asalkan ko rajin, cukup strategi(skincare class, blog, ig...paling koman pun iklan di wassap grup memasing), ada ilmu...rezeki tu Allah akan bagi. Yakin dulu yang Rezeki di tangan Allah. Yakin. Dah yakin betul, selebihnya ko tunggulah, ia akan datang sesuai dengan takdirNya.

Terlalu banyak kisah nak cerita sampaikan dah berlapis-lapis...aku pun naik malas sudahnya.

Apa yang aku belajar sepanjang aku berehat sekejap daripada dunia media;

-      ujian untuk orang yang mengaku dia beriman telah dibahagikan sesuai dengan kesanggupannya.

-      kesilapan-kesilapan masa lalu semasa umur aku 28 tahun(contoh), tidak semestinya dapat dijadikan pengajaran kepada mereka yang berumur 28 tahun pada tahun ini.  

-      Untuk bisnes, tiada jalan pintas untuk berjaya kecuali ko menipu dan menindas orang lain. Tapi untuk lulus ujian kehidupan dunia dan akhirat, ada jalan pintas berupa YAKIN dan REDHA.

-      Adakah, perkataan YAKIN dan REDHA yang mudah terluncur, terpacul keluar dari lidah dalam percakapan sehari-hari kita...semudah itu mengaplikasikannya pabila UJIAN itu benar-benar tiba?

-      TIDAK SEMUDAH itu. Kerana SYURGA milik Sang Penguasa ini mahal harganya, tidak sebanding dengan semua yang ada di langit dan di bumi.

-      Ketika ko diuji, waktu itu barulah kau tau YAKIN itu di mana dan REDHA itu di mana tempatnya. Selagi ko tak jumpa maka sepanjang saatlah dukacita akan terus menjadi pengganti oksigen ko, tiap waktu kau tak mampu hidup tanpa DUKACITA. Kau tak mampu hidup tanpa KEDUKAAN, RESAH GELISAH, PUTUS ASA dan KECEWA. Ia umpama nadi yang tiap detik berdenyut tak brenti sehinggalah kau jumpa YAKIN dan REDHA. Ketika kau dah YAKIN dan REDHA, perlahan-lahan segalanya akan menjadi normal semula. Tapi bagaimana untuk mencari YAKIN dan REDHA ketika ditimpa UJIAN?

-      Itulah UJIAN buat ko, buat orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah, Rukun Iman yang 6.

-      Membandingkan kehidupan orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman hanya buang2 masa sebab dah jelas, ia bagai langit dengan bumi, bagai orang celik dengan orang buta. Once ko dah declare yang ko adalah hamba yang beriman, Allah takkan biarkan ko tanpa ujian. The most important things ever! Jadi berenti tanya diri sendiri ,” Kenapa aku diuji begini, begitu? Kenapa? Mengapa?”

-      Move on!

-      Sekian

-      Wasalam






Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN CANON PIXMA G2000?

Salam tahun baru 2016 yang penuh misteri. Alhamdulillah masih dapat melihat langit Allah, menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya sambil menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada.
Baiklah, hari ini tak mau bebel panjang...cuma ada satu cerita panjang yang sedikit menggelikan hati aku. Hati aku je, bukan hati siapa-siapa.
Orang lain semua sibuk mengejar enjin hybrid, cpu hybrid, kereta hybrid... tapi aku sekadar mampu beli tinta hybrid aje. Keh keh...
Alkisah disebabkan aku dah mula start enjin untuk menulis lagi campur dengan sesi persekolahan yang semakin hampir, maka nak tak nak, terpaksalah aku cari satu printer. Dan pesennya orang tua cam aku ni, kalau nak beli sesuatu yang aku belum biasa, aku akan cari tau maklumat semampu yang boleh.
Kisah printer. Itu aje pun. Hohoho...
Katakan tidak pada ‘Canon’. Haa...gitu sekali nekadnya aku bab printer ni. Sejak aku mengenal dunia mencetak kertas ni dari aku remaja riang ria sampailah tua ‘kedehek’ camni, printer aku takde brand lain, memang…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …