Skip to main content

CERPEN HATI : OFFICE 2016 YANG MANTOPPPSSS

Assalamualaikumwarahmatullah...

Tengah sibuk menaip kat lappy tetiba dia blank. Memula ingat sekejap ajelah...ehh rerupanya sampai ke sudah hitam je. Alamatnya kena masuk bengkel la kan...
Masuk bengkel tu tak apa lagi tapi dengan sumer data aku hilang...mak ai.. tak dapat diselamatkan lagi unless aku pergi bengkel khas untuk keluarkan semula data aku tersebut.

Hard disk rosak!

Kalau dulu mungkin aku meroyan la kan sebab hampir 90% masa kerja aku menggunakan laptop tapi sekarang tidak lagi. Dulu terlalu banyak kerahsiaan, mengalahkan fail sulit iluminati dalam membangunkan The New World Order tapi skang ni lantak ler... kalu data hilang, aku tulis yang lain pulak...haha

Oleh sebab Windows aku tu versi 8 dan telah diupgrade ke versi 10 maka urusannya menjadi agak lama jugak sbb sumer berlesen. Almaklumlah, kerja-kerja rasmi aku ni takmolah main bedal aje dengan lanun punye brand. Kalau ada apa-apa, aku jugak yang menanggungnya. Sebab tu dari awal sumernya genuine. Eh berlagak ke gaya aku tulis ni? Sorri eh, sikit pun tak terbetik dalam hati gua. Eh, gua ler pulak..

Okeh, kos beli hardisk baru plus itu ininya jejak RM239 jugaklah. Apa yang aku boleh nampak ialah servis yang cepat dan bagus tapi... haha...still ada tapi..manusia mana ada yang sempurna...
Touch point pad aku tak berapa tepat responnya, baru sentuh sikit tapi cursor dah tekan ntah ke mana-mana. Tulah bila dah bukak komponen, belum tentu dapat letakkan balik keadaannya sama macam asal. Aku maafkan. Daripada aku nak beli laptop baru, dah bole baiki ni kira oklah. Aku dah tak kisah pasal laptop ni sumer. Hahaha... Janji aku bole tulis, upload pic, publish..buat kerja-kerja office... syukur dah.

Eeee...berjela pulak mukaddimah aku ni.

Kendian bila dah siap sumernya, aku baru teringat office aku tak ada. Aku pun contact la technician sekolah, nak suh donlod office 2010. Huh... lesen dah expired. Still bole donlod tapi tak valid la...asal bukak office je mesti ada kaler merah kat atas.

Jadi, aku pun entah macam mana terbaca dalam google di website cikguik, mengatakan office 365 education boleh dimuatturun free menggunakan emel frog vle.

Nak meroyan gak aku bila benda ni dah diwar2kan feb 2015 lagi tapi aku baru tahun ni dapat tahu. Kemudahan macam ni tak usahlah nak disembunyikan sangat sebab office ni penting untuk kerja-kerja keguruan dan pendidikan. Sepatutnya semua guru mesti pakai windows terkini dan semua perisian yang terkini. Yang original. Genuine. Seharusnya. Pandai sangat meng’kuli’kan cikgu tapi kualiti tak dibagi. Suruh buat program itu ini tapi duit tak ada. Ingat cikgu ni cop duit ke, semua benda nak pakai duit cikgu? Habih cikgu tak ada anak bini nak dibela? Tak ada keluarga nak disara? Semua tu tak pakai duit? Cisss...

Bila cuba didonlod asyik tak dapat. Rupanya tawaran dah tamat. Haa janganlah ko nak meroyan plak bila manusia banyak pakai benda-benda cetak rompak ni kan. Setakat office ni ko nak kena bayar sampai RM500? Idok ler... Dengan Rm500 tu boleh utamakan banyak benda lain lagi.

Ok, stop meroyan.



Inilah dia interface office 2016. Macam mana aku boleh dapatkan walaupun tawaran dah tamat? Hahahahahaa(gelak cam syaithon)

So far, version kali ni terbaiklah. Respon laju. Gabungan dengan windows 10 memang mantap gila. Dulu kalu aku nak buat screenshot di laptop, aku tekan printscreen pastu bukak Paint kendian aku paste kat situ. Barulah save.

Skang tidak lagi. Just tekan printscreen, otomatik dah siap simpan dalam one drive. Lebih pantas dan mudah.

Jadi, adalah hikmahnya bila hadrdisk aku rosak. Aku dapat windows 10 yang properly upgraded dan office 2016 yang ohsem gila babas. Kalau tidak, sampai ke sudah asyik la guna office 2010 kan. Tak maju-maju. Hahaha...







Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…