Skip to main content

CERPEN SHOPPING : MAKEUP GEEK & SHOPPING DI WEBSITE MAKEUP GEEK... KELESSS....

Salam..

Coco Bear, Bitten, Latte, Peach Smoothie n bla bla..bla.. 


Macam pernah tau kan? Especially kelompok manusia yang teramat suka bermain dengan warna pembayang mata macam mocik!

Antara mainan mata yang best ialah Sariayu Koleksi 25 warna tahun 2011. Ia salah satu koleksi pallete yang paling aku obses gila. Warnanya yang pigmen, cukup 7 spektrum kaler, comel dan dibikin bertemakan nuansa alam semulajadi yang terdapat di pulau-pulau Indonesia. Sangat klasik dan berbau sejarah. Love it so much! Sayang 1000 kali sayang, pallete tu rosak waktu aku pindah rumah baru. Punah harapan.

Sari Ayu masih keluarkan lagi produk 25 warna koleksi 2011 tapi harganya sekarang (tahun 2016) mak datok! Jejak jugak 800 000 Rp! Gila. Kemain lagi depa ni naikkan harga berkali-kali ganda. Kemarin balik Pekanbaru, aku tak jadi nak ambik Sariayu sebaliknya Inez (Venice) dengan harga Rp48 000.

Sariayu skang kuarkan pallete terbaru 12 warna tapi aku tak minat pulak sebab tengok gaya dah meniru trend western yang smoky, hangat, coklat, natural dan bla bla... 

MAC COSMETICS. Aha..siapa yang tak tau brand ‘Laut Biru’ yang superb ni kan? Jangan mimpilah nak tengok brand ni buat sales. Sampaikan timbul lak isu SA yang jual kt kaunter MAC layan customer pilih bulu. Kalau bulu macam kucing parsi, depa layanlah dengan muka manis. Kalau bulu macam kena karan berjuta voltan? Sipi tengok pun idak kot...kah kah kah...

Tang harga plak masya allah... very crazy. Kualiti tu kualiti jugak cik kak tapi harga kalau cekik kedarah sangat, orang pun skang ada pilihan lain. Harga dah ler gila, muka menyombong... camne la orang lain tak berlumba-lumba menjadi pesaing anda? Contohnya satu brand yang tengah menggila skang ni... iaitu...



MAKEUP GEEK. Walah...

By the way, aku bukan nak bercerita tentang best ke tak best brand yang membanjiri pasaran kosmetik domestik atau antarabangsa. Pada pendapat aku, setiap brand ada keistimewaan memasing. Lainlah kalau mekap murah cap ayam boleh dapat 3 RM10. Jangankan istimewa, mudarat ada ler. 

Meletusnya isu MUG ni sampaikan di website official MAC sekarang, eyeshadow pan depa turun harga kepada US6.00 seketul. Adakah MUG penyebabnya? Atau memang sales musim panas? Hahaha...biarlah ia menjadi spekulasi luncai bersama labu-labunya...

Eh, apasal aku membebel lak nih...haha pada pendapat aku, kalau setakat nak beli 10 pan eyeshadow dan seketul zpallete, lebih baik beli sendiri terus daripada MUG website sebab dorang pun ada buat shipping ke Malaysia.

Tapi...

Sebelum nak membeli sendiri tu, pastikan dalam pengetahuan dah ada:

1)     Barang akan dikenakan cukai untuk harga barang lebih daripada RM500 (kastam). Kalau kena tahan jugak, bawak resit pembelian sebagai bukti.
2)   Congak-congak sendiri tukaran duit samada akan merugikan atau menguntungkan.

So, entri kali ni aku nak share tentang pembelian pertama kali aku dengan website Makeup Geek. Sebelum tu mintak maaf zahir batin, aku tak menyediakan ruangan komen. Harapan aku, kalau nak tanya pasal barang kena cukai ke tidak, berapa kena cukai... rujuklah pihak kastam. Kalau nak tanya pasal tukaran duit, makcik google ada. Aku ni setakat kongsi pengalaman aje. Anggaplah macam komer terbaca diary orang lain hokeh.

Jom...


21/6/2016 – Aku try beli online di website MUG. Harga 9pan eyeshadow + pallete tu termasuk shipping cost : USD78.99 /RM324.00. Tak ada bayaran lain sampailah barang sampai ke tangan. Aku gunakan standard mail sahaja.

emel daripada MUG


Review: Keja orang2 MUG memang efisyen, sekejap aja barang yang diorder dah dibungkus dan diposkan beserta no consignment antarabangsa dan domestik. Ya, dua nombor siri untuk kita track bungkusan. Oleh sebab aku baca pengalaman orang lain yang sebulan lebih baru barang dapat, aku pun target barang aku akan sampai dalam sebulan jugaklah. So tak adalah aku tergesa-gesa nak menunggu. Santai bebeh...santai...chillax! 


ada 2 nombor consignment untuk track bungkusan kita nanti

Oh ya, disebabkan aku gunakan penghantaran mail biasa aje, adalah isu-isu aku baca time “IN TRANSIT” tentang barang tak sampai ke tangan, barang hilang, orang posmen tak amanah la bla bla bla... so aku tawakkal aja. Kalau memang rezeki aku, tentu takkan ke mana. Kalau terjadi benda-benda tak senonoh camtu, sekurang2nya aku dah prepare. Prepare hati daripada berbulu. Kah kah kah...

So, di bawah ni jadual tracking barang aku sepanjang ia menghala ke destinasi. Tengok...jangan tak tengok. 



 
aha... baca...jangan tak baca...

Sebenarnya dalam tempoh 7 hari, barang telah pun berada di Malaysia. Tapi mungkin kerana terkena musim perayaan, IN TRANSIT tu lama. Naik aje cuti raya, terus barang-barang diproses dengan lancar dan cepat.

Syaratnya barang-barang TELAH melepasi border cukai kastam. Dalam status tracking pun kita dah boleh tau, barang kita lepas atau tidak. Dan untuk standard biasa ni, apa-apa hal refer orang pejabat pos biasa, bukan poslaju ya.


13/7/2016 – Barang dah sampai di Pontian. Alhamdulillah...tersusun elok, kemas dan semua detail ada pada bungkusan. 









mug, marykay & inez(venice)

Apalagi yang aku nak selain dapat beli dari website produk tu sendiri, harga yang jauh lebih murah, kos shipping berpatutan dan barang tersebut selamat sepanjang perjalanannya menuju destinasi?


Aku rasa semua orang nak begitu. Syukur alhamdulillah... 



Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…