Skip to main content

CERPEN HATI : MENGHADAPI UJIAN SETINGKAT LEBIH TINGGI

Salam Ogos yang cerah dan di awal bulan...Huuu...
Sebenornya dah lama aku update tapi tak pernahnya sampai ke garisan penamat. Daripada awal bulan lepas sampai tengah bulan pastu akhir bulan dan skang ni awal bulan pulak, masih tak siap-siap lagi tulisan aku. Hohoho...


Entri terbaru aku pun tentang Makeup Geek eyeshadow yang aku beli via website MUG sendiri Ramadhan lepas. Apa pun, starter kit 9 pan eyeshadow yang dicadangkan oleh Marlena itu memang tersangat best dan berbaloi aku beli. Banyak tu paduan warna yang boleh kita explore dalam 9 kaler yang ada. Hidup kita sendiri takkan berseri dengan hanya satu warna, kan? Begitu juga dengan warna pembayang mata kita. Jadi, gunakanlah kreativiti tersendiri bermain dengan warna. Berus yang diguna, teknik yang kita guna, semua tu memainkan peranan untuk hasilkan kanvas berwarna pada mata.

Apa yang aku suka tentang MUG ialah tiada unsur haiwan atau ujikaji terhadap haiwan. Cruelty-free. Nak blend pun senang tapi ia sangat pigmented so tak yah nak tenyeh bersungguh. Kaler senang naik ke berus. Kalau terbanyak yang diambik maka jadi burung jampuk la jawabnya kelopak mata tu keh keh.



Syawal aku lalui dengan seadanya dan sama macam Syawal yang lepas-lepas cuma beza kali ini raya disambut tanpa arwah ayah tercinta. Yang patah akan tumbuh, yang hilang pasti berganti tapi setiap orang hanya ada sorang emak dan sorang ayah. Ko ingat semudah minum teh ke menerima kehilangan ahli keluarga? Hilang boifren tak apa lagi. Yang hanya boleh mengangkat segala kepedihan ini ialah Allah yang telah menimpakannya dalam hati aku. Ko tau...pedih yang tersangat pedih apabila ko merindui mereka yang tidak akan kau jumpa lagi di dunia ini buat selamanya. Selagi kau tak mengalaminya, kau takkan sekali-kali tahu bagaimana rasanya. Tidak akan!

Kalau dulu ujian dan dugaan aku hanya bermain di sekitar persekitaran yang masih mesra alam, berjumpa dengan mereka yang selalu menyakiti hati, menghadapi kehilangan dan rentetan masalah demi masalah yang menuntut tuntas.



Kali ini Allah naikkan selapis lagi tingkat ujian untuk aku bilamana kali ini aku perlu membiasakan diri dengan balai polis, mahkamah dan pengalaman berurusan dengan peguam. Ironinya, aku terkait dengan masalah jenayah, sesuatu yang tak pernah terfikir sepanjang hidup aku menjadi manusia! Dan begitulah bila Allah menghendaki.

Permulaannya ia tersangat berat ditanggung tapi tetap tak seberat menerima takdir kehilangan arwah ayah. Aku rasa otak macam blurr, hati dicengkam bimbang dan dada dipenuhi tanda tanya.

Ada satu ketika ko berasa ko macam nak gila tapi rupanya eh! Ko waras lagilah!



Dulu waktu aku kecik, setiapkali kawan seasrama nampak dua tahi lalat yang bertepek di kiri kanan bahu(masa mandi berkemban), dorang mesti cakap,”weh, orang tua kata kalau ada tahi lalat kat bahu tandanya orang tu akan ditimpa beban tanggungjawab yang berat. Ko ada tahi lalat kat dua-duanya sekali!”  

Haha... aku macam tak percaya. Tapi ramalan orang dulu-dulu ni macam nak betul. Macam saja. Huuu...

Wahai yang maha penyayang di antara yang penyayang...yang maha berkuasa di antara yang berkuasa...teguhkanlah hatiku...kuatkanlah semangatku...













Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…