Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

MEMORI DUKA TAK TERLUPAKAN...

Jan 1992
Nun di tengah-tengah ibu negeri Johor, aku terjaga dari lena. Suara tarhim sayup-sayup kedengaran begitu sayu menusuk kalbu. Dengan rambut panjang mengerbang aku bangkit kemudian membuka tingkap. Bangunan Plaza Kerry’s atau biasa dipanggil Pelangi boleh dilihat dari sini, dari katil dua tingkat ini.
Madrasah Al attas Arabiah, Wadihana tahun 1992. Waktu itu adalah detik-detik paling malang dalam hidup. Tanpa beritahu apa-apa, aku ditinggalkan di sini oleh ayah. Rasanya setiap saat adalah malapetaka, lebih-lebih lagi bercampur dengan rakan satu kelas yang terdiri dari latarbelakang golongan elit dan sedikit sombong. Justeru pepagi jam 4 aku dah bukak tingkap, mendengar tarhim dengan lebih jelas, merindui keluarga yang rasanya berjuta batu jauhnya walaupun kat Pasir Gudang je pun. Dipisahkan tiba-tiba memang sungguh mendukacitakan sebab aku memang tak pandai berdikari. Baju semua mak yang basuh. Makanan semua mak yang masak. Aku tinggal ngap je. Macammanalah aku nak teruskan hidu…