Skip to main content

MEMORI DUKA TAK TERLUPAKAN...

Jan 1992

Nun di tengah-tengah ibu negeri Johor, aku terjaga dari lena. Suara tarhim sayup-sayup kedengaran begitu sayu menusuk kalbu. Dengan rambut panjang mengerbang aku bangkit kemudian membuka tingkap. Bangunan Plaza Kerry’s atau biasa dipanggil Pelangi boleh dilihat dari sini, dari katil dua tingkat ini.

Madrasah Al attas Arabiah, Wadihana tahun 1992. Waktu itu adalah detik-detik paling malang dalam hidup. Tanpa beritahu apa-apa, aku ditinggalkan di sini oleh ayah. Rasanya setiap saat adalah malapetaka, lebih-lebih lagi bercampur dengan rakan satu kelas yang terdiri dari latarbelakang golongan elit dan sedikit sombong. Justeru pepagi jam 4 aku dah bukak tingkap, mendengar tarhim dengan lebih jelas, merindui keluarga yang rasanya berjuta batu jauhnya walaupun kat Pasir Gudang je pun. Dipisahkan tiba-tiba memang sungguh mendukacitakan sebab aku memang tak pandai berdikari. Baju semua mak yang basuh. Makanan semua mak yang masak. Aku tinggal ngap je. Macammanalah aku nak teruskan hidup di asrama penuh ni dengan bersendirian? Kawan-kawan pun aku tak kenal.

Gelagat aku yang suka bukak tingkap pukul 4 pagi tu dengan rambut mengerbang panjang mengurai rupanya menimbulkan seram dan gerun di hati kawan-kawan satu dorm yang lain. Aku duduk di Dorm A. 10 orang aje so katil double decker tu ada 5 buahlah dalam Dorm A. Mereka ketakutan dan seram sejuk memandangkan tetiba je ada langsuir kudut bercermin mata tebal duduk atas katil sambil merenung keluar jendela yang masih gelap pekat.

Aku bukan spesis yang mudah beradaptasi dengan suasana persekitaran. Setiap minggu aku tulis surat pada mak ayah, mengatakan aku sangat rindu pada mereka. Kadang aku tambah perisa, aku cakaplah aku demam. Aku nak mereka datang menjenguk aku. Huh...sebijik rasanya macam dok dalam jail. Memang pun. Padahal Pasir Gudang dengan Jalan Wadihana tu bukanlah macam Terengganu ke Johor, apatah lagi Mesir dengan Malaysia. Tapi aku rasakan aku masa tu terpisah jauh bagai kutub utara dengan kutub selatan.

Pertama kali ayah dan emak dan adik2 datang ke madrasah melawat aku memang sesuatu yang takkan terlupakan dalam memori hidup. Bayangkan aku berlari macam cerita hindustan tu, tak tengok kiri kanan, tak peduli orang sekeliling...lepas tu aku terus peluk perut ayah. Apalagi..menangis la melalak macam hapa...ayah senyum aje.

2016. Taman Mutiara, Pontian. Johor. Aku terjaga dari lena, mendengar tarhim sayup-sayup sungguh hiba. Airmata bergenangan sambil tangan memaut gril besi yang membungkus tingkap bilik tidur. Jam 4 pagi.


Detik malang itu bagai filem tayangan ulangan, hadir lagi mengisi ruang kehidupan ini, mencalar dan melukakan sekali lagi hati dan perasaan sehingga pecah berderai. Kali ini rambut sudah beruban, tipis dan pendek, tidak lagi mengerbang dan mengurai kehitaman. Tapi yang jelas kesakitan itu lebih parah lagi, dukacita yang amat mendalam tak terungkapkan...


Ya Allah... ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil. Luaskanlah kubur mereka, terangilah kubur mereka dan jauhkanlah mereka dari azab kubur dan azab api neraka. Dekatkanlah mereka dengan syurgaMu dan berilah nikmat kubur yang membahagiakan.
Semoga mereka tergolong dalam golongan hamba-hambaMu yang diberi keampunan dan dikurniakan kemuliaan...amin amin ya rabbal Alamin...

-      Al Fatihah buat almarhumah ibunda tercinta, Siti Khadijah Binti Salam (28/05/1963-21/09/2016)
-      Al Fatihah buat almarhum ayahanda tercinta, Abu Bakar Bin Husin (28/05/1953- 14/09/2015)




Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…