Skip to main content

CERPEN HATI : HUJAN BY TERE LIYE




Aku kira dengan mengambil Novel Hujan karangan Tere Liye ini akan mengiringi nuansa dukacita yang sedang aku alami sebaliknya aku cukup terhibur dengan satu watak yang seakan-akan persis diri aku sendiri, suka cakap direct dan cepat menaakul sesuatu.

Novel kali ni berlainan sedikit sebab ianya kisah tahun 2042 di mana tamadun teknologi robotik telah mendunia. Tenaga robot elektronik lebih dominan di mana-mana sahaja, berbanding tenaga manusia. Semua kerja-kerja manusia telah diambil alih oleh mesin.

Tajuknya sendiri bernama hujan. Ujian dan dugaan itu ibarat hujan. Seperit apa pun, takkan boleh dihambat, dihalang melainkan kau tunggu sahaja sampai ia berhenti. Membaca novel ini malah tak membuatkan airmata aku mengalir. Mungkin kerana ujian yang aku hadapi sendiri adalah real berbanding kehilangan yang ada dalam cerita Hujan. Setelah kehilangan kedua orang tua, apalagi kesedihan yang dapat menandinginya? Bagi aku, tiada apa-apa lagi yang perlu aku impikan setelah impian sebenar aku hilang mengikut suratan. Tiada kisah sedih melainkan belahan jiwa kita pergi untuk selama-lamanya. Jadi...mungkin sebab itu aku langsung tak sedih baca cerita Hujan.

Tapi watak Maryam dalam cerita Hujan ni sungguh mencuit hati dan membuat aku berasa seronok. Gadis berambut kribo(kerinting), ada jerawat dan hobinya suka membaca sentiasa memahami apa yang Lail rasakan tentang Esok. Maryam hanyalah watak pembantu tetapi wataknya kuat dan kadang-kadang aku rasa aku syok habiskan novel ni kerana Maryam yang mengarut tulah...haha. Maryam yang kemaruk nak naik kereta terbang. Part naik kereta terbang ni buat aku mengekek tak ingat dunia. Dalam setiap novel Tere Liye aku perati, walaupun serius dan sarat dengan konflik tapi mesti akan ada babak kelakar gila. Dan pertama kali aku tersangkut dengan novel-novel penulis ini pun kerana babak-babak kelakar tapi realistik tulah.
 Cuti panjang yang tak berapa panjang ni aku sempat jugak habiskan dua tiga buku bacaan dan menulis dua tiga bab untuk penulisan novel aku. Alhamdulillah...

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…