Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …

CERPEN HATI : TAHUN-TAHUN KEDUKAAN

Alhamdulillah... cukup 17 hari bekerja dalam bulan Januari 2017. Syukur pnp dapat berjalan sedaya upaya walaupun ada 3 hari tak dapat mengajar kerana sakit. Tekak kalau dah melecet, nak mengajar pun tak dapat. Tambah pulak sampai hilang suara. haa... memang cari pasal la kalau budak tak faham bahasa yang cikgunya sakit tekak plus terkokol-kokol batuk. Nak cakap aje, batuk. Nak cakap je batuk. Terbatuk-batuk tak henti. Kahak macam air liur je yang keluar. Gitulah adanya kalau penyakit nak tiba.
Sampai rumah tak boleh nak tidur. Tidur seminit, dua minit batuk lagi. Kung kang kung kang mengalahkan anjing cina yang suka menyalak depan rumah. Konon pergi klinik ambik ubat aje, malas nak jumpa doktor, malas nak mintak mc. Aku bukannya demam pun. Tekak aje sakit sampai suara tak ada. Haa.. dari tekak naik ke hidung pulak, berhingus tak tentu hala. Badan mula dedar. Antara tekak dan hidung mula rasa bahang. Badan pun rasa berbisa-bisa.
Pergi klinik. Dapat mc sehari. Haa...besoknya bergotong-r…

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN 2017

Ahlan wasahlan wa marhaban Tahun Masehi 2017!
Syukur ke hadratNya kerana masih ditemukan dengan tahun baru, suasana baru dan barangkali hari-hari mendatang juga memberikan pengalaman yang baru-baru.
Ya rabb... bantulah hambaMu untuk menjadi hamba yang rajin dan taat bersolat dengan sepenuh hati kepadaMu. Bantulah hambaMu menjadi hamba yang akan terus berusaha untuk mendekati dan semakin dekat kepadaMu biar seribu satu duka mencacah segenap urat saraf batinku dan sejuta keperitan membelenggu hidupku sebagai ujian dan dugaan. Bantulah hambaMu dalam terus berjuang menghadapi tipudaya iblis dan bala tenteranya kiri kanan depan belakang. Bantulah hambaMu Ya Allah...
Persekolahan 2017 sudah bermula. Demi tanggungjawab dan beban yang masih tergalas, aku tetap seorang guru, sama seperti guru-guru yang lain, yang cari rezeki dalam profesion pendidikan.. Macam biasa, perlukan persiapan seminggu sebelum sekolah bermula dari segi hadir ke mesyuarat, taklimat, siapkan Fail RPH, RPT dan macam-macam…