Skip to main content

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN 2017



Ahlan wasahlan wa marhaban Tahun Masehi 2017!

Syukur ke hadratNya kerana masih ditemukan dengan tahun baru, suasana baru dan barangkali hari-hari mendatang juga memberikan pengalaman yang baru-baru.

Ya rabb... bantulah hambaMu untuk menjadi hamba yang rajin dan taat bersolat dengan sepenuh hati kepadaMu. Bantulah hambaMu menjadi hamba yang akan terus berusaha untuk mendekati dan semakin dekat kepadaMu biar seribu satu duka mencacah segenap urat saraf batinku dan sejuta keperitan membelenggu hidupku sebagai ujian dan dugaan. Bantulah hambaMu dalam terus berjuang menghadapi tipudaya iblis dan bala tenteranya kiri kanan depan belakang. Bantulah hambaMu Ya Allah...

Persekolahan 2017 sudah bermula. Demi tanggungjawab dan beban yang masih tergalas, aku tetap seorang guru, sama seperti guru-guru yang lain, yang cari rezeki dalam profesion pendidikan.. Macam biasa, perlukan persiapan seminggu sebelum sekolah bermula dari segi hadir ke mesyuarat, taklimat, siapkan Fail RPH, RPT dan macam-macam lagi, sama seperti 10 tahun yang lalu. Dari segi emosi dan rohani usah ditanya. Kerja tetap berjalan walau separah mana tahap psikologi dan emosi yang dihadapi oleh guru. Guru mana yang tidak ditimpa masalah?

Dan aku tak berharap banyak pada profesion ini. Teruskan sahaja apa yang sudah dimulakan dan perbaiki dengan lebih baik urusan-urusan kerja ini untuk tahun 2017. Dan aku masih guru yang sama, yang tak suka melayan karenah ibu bapa akhir zaman di mana guru lebih cenderung dianggap seperti hamba abdi. No whatsapp group dengan ibu bapa! Dalam kelas, berpuluh-puluh kepala dengan bermacam ragam nak dihadap, nak tambah lagi ngadap ragam parents? Habis apa guna guru pentadbiran di sekolah? Jika ada masalah, ibu bapa perlu datang ke sekolah dan bersemuka dengan guru sendiri. Sekurang-kurangnya telefon dail tetap pejabat tu tersedia tiap waktu pejabat(8.00-5.00 ptg). Telefon sekolah, kan senang.

Kalau cikgu mengadu kat aku pasal isu whatsapp group dengan ibu bapa ni, cikgu tu yang aku bahasakan dulu. Siapa mula-mula yang membuka ruang dan memberi peluang kalau bukan cikgu? Sekolah ialah institusi rasmi, sama macam klinik, hospital, penjara, mahkamah dan lain-lain. Boleh tak kau nak buat group whatsapp dengan hakim/majistret/peguam kalau anak kau kena ngadap pengadilan? Bersikap bijaksanalah, cikgu.

Whatsapp group sekolah sendiri pun aku dah berabad tinggalkan, inikan pulak nak mintak aku buat whatsapp group ibu bapa? Mintak maaf sangat-sangat. Memang tak la kan.

Demi masa. Manusia memang selalu kerugian. Hidup ni bukan untuk mengadap hal-hal dunia je. Kalaulah boleh hidup sampai dua ratus tahun tu tak apalah jugak. Kalau 24 jam kepala dan dada disibukkan hal-hal kerja, bilalah hati nak capai rasa tenang? Ketenangan hati yang kecil, yang duduk jauh di dasar perasaan sungguh tak dapat dibeli dan tak ada jual di mana-mana. Kerana hati hanya akan tenang dengan mengingat Tuhan! Fahamkanlah itu dengan sebaik-baiknya.



Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…