Skip to main content

CERPEN HATI : TAHUN-TAHUN KEDUKAAN




Alhamdulillah... cukup 17 hari bekerja dalam bulan Januari 2017. Syukur pnp dapat berjalan sedaya upaya walaupun ada 3 hari tak dapat mengajar kerana sakit. Tekak kalau dah melecet, nak mengajar pun tak dapat. Tambah pulak sampai hilang suara. haa... memang cari pasal la kalau budak tak faham bahasa yang cikgunya sakit tekak plus terkokol-kokol batuk. Nak cakap aje, batuk. Nak cakap je batuk. Terbatuk-batuk tak henti. Kahak macam air liur je yang keluar. Gitulah adanya kalau penyakit nak tiba.

Sampai rumah tak boleh nak tidur. Tidur seminit, dua minit batuk lagi. Kung kang kung kang mengalahkan anjing cina yang suka menyalak depan rumah. Konon pergi klinik ambik ubat aje, malas nak jumpa doktor, malas nak mintak mc. Aku bukannya demam pun. Tekak aje sakit sampai suara tak ada. Haa.. dari tekak naik ke hidung pulak, berhingus tak tentu hala. Badan mula dedar. Antara tekak dan hidung mula rasa bahang. Badan pun rasa berbisa-bisa.

Pergi klinik. Dapat mc sehari. Haa...besoknya bergotong-rotong pulak hari Sabtu. Tak dapat nak berehat, azabnya tuhan aje tau. Makanan tak berasa, nak bernafas susah, deria hidu pun hilang. Batuk tak berhenti. Kepala dah pening. Badan dah panas. Hingus dah makin banyak.
Pergi klinik lagi. Dapat mc dua hari. Habis kisah.

Baru aje bukak sekolah, jadual dah bertukar lagi. Nasib baik hari aku kena 9 masa  mengajar tu, time tulah aku mc. Kalau tidak, memang menambah sakit aku lagi ada. Baru nak rileks, kena mengadap jadual baru 9 masa. Humang aih... kerja cikgu bukan macam kerja opis, dah habis masa kerja terus balik fikir hal rumah pulak. Keja cikgu, besok nak sekolah, hari ni dah kena fikir apa nak plan utk budak-budak. Takkan ko nak ajar chalk anda talk sepanjang 9 masa? Mudaratnya berbalik kat cikgunya jugak. Belum lagi cerita part melompat dari blok ke satu blok. Kelas sampai tingkat 3 pulak tu. Haa... begitulah suasana sekolah rendah dan kerja menjadi cikgu. Hadapinya dengan tenang dan aman sudahlah. Jangan sakit-sakit kepala. Murid-murid tak pernah memeningkan kepala otak aku. Yang suka menyakitkan kepala otak aku ialah pihak atasan. Tak habis nak menyusahkan cikgu. Menyusahkan aku. Tapi nak buat macam mana kan? Aku sekadar seorang kuli yang kejam plus mulut berapi. Ada aku kisah? Yang penting aku tau kerja aku.

Hari ni start cuti seminggu sempena Tahun Baharu Cina. Aku tak kemana-mana, hanya duduk di rumah menumpukan perhatian pada kerja-kerja sekolah dan mungkin penulisan aku yang sudah berkubur ‘zouq’ nya. Selalunya cutilah aku akan teringat orang-orang kesayangan aku. Mereka telah pergi sesuai dengan ketetapan Ilahi. Mudah-mudahan aku tabah menghadapi tahun-tahun penuh kesedihan.

Kesedihan tak perlu dikisahkan. Dari mata, yang bijaksana pasti tahu hati yang sedang menanggung beban kedukaan. Cukuplah Allah sebagai tempat aku bergantung harapan. Mana mungkin kolam mata tak digenangi airmata walang. Tapi aku tetap berusaha membuktikan semakin aku derita, semakin aku takkan jauh daripadaNya. Semakin aku tersiksa, semakin aku terus maju menuju kepadaNya. Semoga Allah membantu aku dalam usaha dan perjuangan batinku.

Syukur 20 hari bekerja dalam Januari 2017 dapat dijalani dengan baik. Syukur laptop tahun 2013 hadiah seseorang masih beroperasi dengan baik dan dapat digunakan semaksimum mungkin. Syukur kenderaan aku masih baik walaupun bateri dah weak, minyak power setereng pulak dah bocor. Syukur kerana 9 tahun memakainya, ia tak pernah membuat dajal kepada tuannya. Syukur kerana aku dah baik dari sakit dan boleh siapkan tugas-tugas yang belum habis. Syukur aku ada makanan. Syukur aku ada tempat berlindung dari panas dan hujan walaupun burung merpati dah jadi pemastautin tetap atas atap aku ini sampai bau taiknya merata-rawa. Syukur segala kemudahan nak bekerja, nak beribadah dan nak buat apa yang diingini telah Allah beri dengan secukupnya. Aku harap aku dapat membuktikan rasa syukur ini dengan setulus hati dan sepenuh jiwa kepadaNya. Amin...


Tahun ini dan berikutnya adalah tahun-tahun mengenang dosa, memohon ampunan dan mengingat masa lalu yang penuh khilaf dan silap. Semoga Allah memberi ampunan kepadaku dan melindungiku dari tipu daya nafsuku dan bisikan iblis beserta bala tenteranya. Wajarkah aku merasakan aku tak berdosa sedangkan manusia itu diciptakan memang sentiasa berbuat dosa dan lupa? Wajarkah aku merasakan aku manusia yang baik dan suci sedangkan segala yang terbuku di hati dan terucap di lidah semuanya diambil kira sebagai perhitungan oleh Yang Maha Adil? Astaghfirullah....

Aku adalah manusia pendosa. Titik.



Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN CANON PIXMA G2000?

Salam tahun baru 2016 yang penuh misteri. Alhamdulillah masih dapat melihat langit Allah, menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya sambil menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada.
Baiklah, hari ini tak mau bebel panjang...cuma ada satu cerita panjang yang sedikit menggelikan hati aku. Hati aku je, bukan hati siapa-siapa.
Orang lain semua sibuk mengejar enjin hybrid, cpu hybrid, kereta hybrid... tapi aku sekadar mampu beli tinta hybrid aje. Keh keh...
Alkisah disebabkan aku dah mula start enjin untuk menulis lagi campur dengan sesi persekolahan yang semakin hampir, maka nak tak nak, terpaksalah aku cari satu printer. Dan pesennya orang tua cam aku ni, kalau nak beli sesuatu yang aku belum biasa, aku akan cari tau maklumat semampu yang boleh.
Kisah printer. Itu aje pun. Hohoho...
Katakan tidak pada ‘Canon’. Haa...gitu sekali nekadnya aku bab printer ni. Sejak aku mengenal dunia mencetak kertas ni dari aku remaja riang ria sampailah tua ‘kedehek’ camni, printer aku takde brand lain, memang…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …