Skip to main content

WATER PUMP PERSONA BOCOR!



ORI RM98 (nih amik googlenye pic)

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...

Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran?
Relevan tak soalan aku ni?


Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..

google mareyyy



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal tak ada bunyi tak bermakna takde masalah, kan? Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Tak nampak bukan bermakna tak wujud cellamaakk.... bermadah lak aku...

Suatu hari lepas balik keja, aku parking macam biasa dengan formasi reverse kat porch. Masa nak tutup gate, aku perasan ada titik-titik coklat cair di lantai betul-betul di area bonet depan belah drebar. Hoh...apa nih? Silinder bocor pulak ke?

Bukan. Coklat cair ni air apa? Bodohnya la tak terfikir tu air campur karat. Lagi bodohnya selama ni kemain check selalu paras temperature tiap kali drive tapi sebab dah parking aku pun taklah nak memeriksa pulak time tu.

Aku amik keputusan biarkan aje tersadai kat rumah. Dalam hati memang dah terasa lain macam sebab terbayang-bayang duit aku semua dah tumbuh sayap. Kah kah... Kalau dah sampai bocor nih memang ada la yang tak kena tapi sebab aku nak tahan dulu, aku pakai keta adik aku aje. Persona tu dah 9 tahun cukup usia, tentu banyak yang perlu diganti dan diperbaiki sebab dah sampai umurnya. Aku nih perempuan melayu terakhir, ayu jek drive keta...eeee...tak suka nak langgar peraturan jalanraya...almaklumlah, rega kena compound tu dah sama dengan emas ketulenan 999.9 untuk 2 gram. Aku rela bersabor daripada hilang emas 2gram. Tak gitu?

Ada rezeki lebih nanti, insya allah umur panjang kekuatan ada, aku akan buat pemeriksaan berskala besar untuk Persona aku tuh. Dan ganti sparepart dalaman yang penting.

“Sekarang dah keluar BRV, weh. Bila lagi ko nak tukar kereta baru?” Begitulah ayat-ayat setan yang selalu nak menggoda aku tiapkali tahun baru. Mereka tua suka berhutang, aku masih muda tentu tak mahu ikut langkah-langkah yang hanya menjerut leher sendiri. Kalau aku beli dorang bayar lain ler.

Quote berapi aku, “ Penyakit yang teramat bahaya sebelum mati ialah penyakit berhutang.”

Aku dah merasakan azabnya. Cukuplah sekali.

Okeh berbalik kepada cerita, aku cuba call bengkel biasa aku servis keta. Dia mintak datang bengkel untuk check. Dah 3 hari aku biar keta tu maka titisan-titisan hijau mula bertakung kat lantai. Kemudian waktu aku memandu menghala ke bengkel (20 minit), baru aku nampak temperature aku turun naik.

Alamak... temperature naik turun, dengan aku-aku sekali gelabah sebab aku dah ada pengalaman makcik aku drive keta bapak aku tak tengok air radiator ok ke tak tetiba jek asap keluar. Dah ler aku masa tu nak mintak kerja kat Wisma Daiman, Kuala Terengganu. Nasib baik keta berasap tu betul-betul dah sampai pintu depan wisma. Aku dah terbayang nak meletup aje. Hahaha... over plak mak timah nih.

Jadi aku call budak bengkel tu beritahu pasal temperature yang tak menentu. Dia kata rilekslah, bawak je sampai bengkel. Maka 5 minit lepas tu sampailah aku kat bengkel. Sampai je situ.. jeng jeng jeng...

“Water pump rosak ni, kak. Bocor.”

Aku dengar macam tu aje aku terus tengok tabung coolant. Patutlah hijau je lantai aku, coolant aku kering kontang.


Well well well.... waterpump tu duduknya bawah timing belt. Kena bukak balik timing belt tu, bukanlah satu kerja yang kacang. Maka upahnya tentulah mahal. Maka lainkali dengar cakap orang bengkel iaitu kalau nak tukar timing belt eloknya tukar sekali dengan waterpump sebab upahnya sekali aje. Kalau jadi macam aku ni, upahnya jadi dua kali sebab kena bukak dua kali. Waterpump tu RM98 aje tapi upahnya RM100. Haaa... memang berbaloilah dengan kerja yang rumit.

HITACHI DIN 55R RM 265


Sebelum tanya harga, aku dah cakap siap-siap ,” Saya nak biarkan keta ni tersadai kat sini. Biarlah berapa hari pun.”- Yang sebenarnya aku terbayang duit aku melayang sampai ribu riban. Aku baru aje beli bateri baru, takkan nak kuar duit lagi. Bior ler dulu duduk sini berkampung. Lagipun runding sebelum dan selepas barang dibukak selalunya berbeza. Masa check tengok macam waterpump saje  yang bocor tapi nanti dah baraikan semua, cakap pun berubah. Ada aje barang lain yang kena ganti. Maka aku dah ready nak berpisah dengan Persona kesayangan aku tu barang seminggu dua.

Tapi petang tu budak tu call,” Kak, keta dah siap. Semua sekali RM200. Akak nak tinggal keta atau nak ambik?”


Mestilah aku nak ambik...Buraq aku tuh... mana boleh pisah lama-lama. Hohoho...

“Boleh tak saya ambik lepas Asar?” Aku tengah syok mengedit bahan-bahan kerja sekolah aku.

“Bengkel nak tutup pukul 5. Kalau boleh akak ambiklah sekarang.”

“Oklah.”




Sampai aje sana ALABIYU masih terbarai lagi tayar sebelah kanan. Sabar kan aku? Aku nih memang penyabar orangnya.

“Tadi dah siap tapi saya try jalan, ada bunyi pulak kat belah tayar kanan nih. Ada langgar lubang ek?”

Aku senyum aje memandangkan tengok dia bertungkus lumus bukak tanyar, bukak tapak apa ntah namanya lepas tu ketatkan apa yang perlu diketatkan lepas tu pasang balik tayar adoi ai... aku tengok pun penat inikan plak orang yang membuatnya. Aku nih langgar peraturan jalanraya pun tak suka inikan plak nak langgar lubang. Apa jenis soalan la dia tanya tu. Keh keh...

So alhamdulillah kerja dah selesai, keta aku rehatkan di rumah. Sebab pam baru, kena tengok air coolant tu balik kalu surut kenalah tambah. Haa.. barulah senyap sepi keta nih. Kalau taulah memang awal-awal aku tukar waterpump tuh.

Eh panjang jugak aku bercerita ya. Ok sekian.





Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…