Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

ADAKALA...

Adakalanya DIAM itu memberi erti yang mendalam tentang definisi sebuah ketenangan dan ketenteraman.
Adakalanya ko ingin mengasingkan diri, lebih banyak membisu sambil melontar pandangan ke langit nan putih, biru atau kelabu.
Adakalanya di usia sekarang ko lebih jelas mendengar suara hati berbanding sebelum ini. Adakalanya ko lebih nampak sesuatu dengan lebih jelas dan terang tanpa menggunakan mata.
Tika ko mengetahui sesuatu kebenaran yang orang lain tidak tahu, bersendirian melalui jalan itu lebih baik dan selamat lagi aman sejahtera. berbanding ko berusaha dengan penat lelah, mengajak orang lain dengan segenap raga padahal hasilnya hanyalah sia-sia kerana yang berhak memberi hidayah adalah Yang Maha Kuasa. Namun begitu syukurlah kerana walau sebesar zarah kebaikan yang dibuat pasti ko akan nampak balasannya. Jadi usaha yang berjerih payah itu pasti ada ganjarannya. Jangan jadi seperti aku yang dah bosan dan mahu berehat.
Adakalanya keterasingan ini sungguh mendamaikan jiwa.... 

CERPEN HATI : YES ALTITUDE

Salam mesra buat blog yang horrornya mengalahkan gua ashabul kahfi, sepi terasing dan terpencil penuh misteri cewaaahhh...
Alkisahnya aku dah lama menulis entri demi entri dalam draf tapi lepas tu aku delete. Kalau aku rasa benda tu menepati kelayakan untuk diterbitkan maka aku akan publish tapi jika sebaliknya maka ke tong sampah la perginya. Heh heh...
Ada sesetengah coretan aku, hanya Allah saja yang tau. Ada sesetengahnya pula aku kongsikan kepada pembaca dengan senang hati. Jika dalam blog ini ada cerita yang berunsur riak dan berniat membangga-banggakan diri, semoga Allah mengampunkan aku. Terkadang aku ni manusia lemah yang mampu diperdaya iblis sehingga gerombolan mereka bernafas sihat dalam arus darahku.
Aha... inilah smartphone Yes Altitude yang diberi pinjam kepada guru dengan tujuan supaya program vlefrog dapat diperluas penggunaannya.
Sekali pandang sepertinya seronok tapi sekali fikir, ia hanyalah smartphone biasa mempunyai spec yang ringkas dan interface yang biasa-bias…