Skip to main content

CERPEN HATI : YES ALTITUDE





Salam mesra buat blog yang horrornya mengalahkan gua ashabul kahfi, sepi terasing dan terpencil penuh misteri cewaaahhh...

Alkisahnya aku dah lama menulis entri demi entri dalam draf tapi lepas tu aku delete. Kalau aku rasa benda tu menepati kelayakan untuk diterbitkan maka aku akan publish tapi jika sebaliknya maka ke tong sampah la perginya. Heh heh...

Ada sesetengah coretan aku, hanya Allah saja yang tau. Ada sesetengahnya pula aku kongsikan kepada pembaca dengan senang hati. Jika dalam blog ini ada cerita yang berunsur riak dan berniat membangga-banggakan diri, semoga Allah mengampunkan aku. Terkadang aku ni manusia lemah yang mampu diperdaya iblis sehingga gerombolan mereka bernafas sihat dalam arus darahku.

Aha... inilah smartphone Yes Altitude yang diberi pinjam kepada guru dengan tujuan supaya program vlefrog dapat diperluas penggunaannya.

Sekali pandang sepertinya seronok tapi sekali fikir, ia hanyalah smartphone biasa mempunyai spec yang ringkas dan interface yang biasa-biasa saja. Namun setelah dua tiga kali pandang dan dua tiga kali fikir, seharusnya guru bersyukur dan berterima kasih di atas nikmat teknologi yang semakin berkembang dalam dunia pendidikan.

Aku hanyalah seorang guru tua yang tak suka angkut tipon dua tiga buah dalam beg tangan. Beg tangan aku pun kecik je, muat masuk dompet dan tipon je selain bedak, lipstik/lipbalm dan minyak urut saiz jari. Minyak urut? Kah kah kah...

Dengan spesifikasi yang amat ringkas ini walaupun Yes Altitude menyokong dua slot simkad dengan teknologi Voice over Lte yang dimiliki dan dirintis oleh Yes YTL, ia menjadikannya unggul sehinggakan ko tak boleh nak cabut simkad yes masuk dalam tipon sedia ada kecuali tipon sedia ada ko memiliki fitur Volte tersebut. Maknanya, kalau nak pakai dua simkad dalam satu tipon, simkad tipon sedia ada kena masuk dalam Yes Altitude. Barulah fungsi free call yes to yes atau sms yes to yes dapat digunakan maksimum di samping ko jugak boleh pakai simkad celcom/maxis/digi bla bla bla...

Tapi sayaaaaangg.... bila gunakan Yes Altitude dengan dua simkad, jika sim 1 untuk nombor yes dan disetting sebagai line 4g/lte maka automatik simkad satu lagi tu berada pada kedudukan 2g sahaja. Maklum sajalah capaian Yes pun belum lagi selebar liputan telekomunikasi lain maka adakalanya kita on dan off data yes kemudian kita switch to sim ke dua tapi manakan kenyang kalau line 2g? Alamat dari pagi sampai besok malam asyik buffering tak sudah.. kahkah kah.. So... di situ akan terasa azaabun aziim...

Dalam kemajuan teknologi data seperti hari ni, line lembab sikit pun hati dah gelisah resah gundah gulana padahal dulu aku ingat lagi tahun 2000... browser nescape navigator lagilah lambat lembab dan berminit-minit menunggunya loading tapi rileks cool je aku masa tu. Skang ni kalau bukak browser lembab jek rasa cam nak kapakkan je laptop. Ada ke patut, laptop pulak yang nak dibinasakan? Tak ubah macam iklan astro yang bodoh tu, nak suruh tengok astro dalam hp dibakornya televisyen. Bongok tahap kufur nikmat tu tau tak. Itulah ciri-ciri jelas nak membangangkan rakyat, bukan nak memandaikan bangsa. Hampassss!! Sempola dodak!

Ok berbalik kepada tajuk cerita, maka aku pun berfikir-fikir. Nak masukkan simkad yes dalam tipon aku adalah mustahil sebab tipon aku tak ada teknologi Volte. Sia-sia jelah ada simkad free yang boleh call n sms free siap data free 2gb kalau tak boleh nak pakai. Nak masukkan simkad tipon lama dalam yes Altitude pulak mustahil jugak sebab nanti line celcom aku jadi line 2g je. Nak angkut dua tipon pulak jugak mustahil dan sungguh membebankan sedangkan aku perlu pakai 2 simkad. Jadi apa tindakan aku seterusnya?

Jual zenfone 3 dan amik Samsung A5 2017. Hah...habis cerita.
Dengan adanya fitur volte, penggunaan simkad yes dapat digunakan dengan baik especially nak call yes to yes. Dan data yang diperuntukkan sebanyak 2gb juga berbaloilah untuk kerja-kerja ringkas atas talian. Semuanya percuma! Siapa yang tak mau benda free?

Dan sekiranya coverage yes di tempat kita lancar, jika kuota 2gb tu tak kenyang, yes ada tawarkan plan guru tambahan iaitu 29rm untuk kuota 8gb(6gb data+2gb broadband).

Rm29 tu sebelum gst ya. Masuk gst kena RM30.74. Siapa nak bagi harga macam tu punya kenyang kan? Syukurlah atas nikmat yang diberi Allah.

Tapi bila sekali upgrade, ia akan terus autorenew kecuali kita call yescare dan maklumkan kita nak batalkan.

So, pada pendapat aku, walau apa pun isu dan ceritanya, sebagai seorang guru yang diberi kemudahan data percuma dan gadget percuma, kita berterima kasih dan berusahalah untuk mengaktifkan akaun vlefrog kita walaupun taklah sehebat orang lain. Jika difikir sedalam-dalamnya, semua itu ada kebaikan dan rasionalnya sendiri.

Haza min fadli rabbi....


Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…