Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

CERPEN CUTI RAYA : MANUSKRIP KENA TOLAK? WADUH WADUH...

MACAM MANA KALAU MANUSKRIP KENA TOLAK? MACAM MANA NAK TERIMA HAKIKAT?
Jawapan aku : Astaghfirullahal azim! Manuskrip aje yang kena tolak, bukan diri kau yang kena tolak dari bangunan tinggi, terjun lalu terhempas berkecai masuk kubur. Kalau diri tak boleh terima penolakan, macam mana ko nak hadapi hal yang lebih besar daripada tu, misalnya mendapat review berbau kutukan dan tak membina daripada pembaca? Itu lebih sakit lagi. Kan?
Yang penting ialah jati diri kau sebenar sebagai hamba Allah yang nak menulis. Kena lalui proses pembelajaran yang akan seterusnya menjadi pengalaman berharga buat kau. Dalam belajar pasti ada jatuh bangunnya. Dalam dunia penulisan pasti ada bermacam ragam dan hitam putihnya.
Kesimpulannya : kenal pasti sebab manuskrip ditolak. Kalau perlu diubahsuai, buat. Betulkan apa yang tidak betul. Kalau genre tak menepati, carilah rumah penerbitan lain yang sesuai dengan genre penulisan sendiri. Insya allah jika memang ada rezeki kau dalam dunia penulisan, pasti takkan…

CERPEN CUTI RAYA: MACAM MANA NAK TEMBUSI RUMAH PENERBITAN?

Kalau orang tanya aku , “MACAM MANA NAK TEMBUSI RUMAH
 PENERBITAN”



Jawapan aku: Pilihan ada di tangan kau. Ada sesetengah penulis, mereka tau penulisan mereka tidak banyak mendapat tempat di hati para penerbit maka mereka membuat strategi dengan menulis hanya untuk memasuki sayembara.
Ada sesetengah penulis pula, dia tak kisah apa jenis penerbitan pun asalkan dia boleh hasilkan buku dan dapat royalti.
Kau perlu luangkan masa untuk menyemak kehendak-kehendak rumah penerbitan yang ada di negara kita ni. Ibarat nak meminang anak dara Makcik Sapiah(bukan nama sebenar), kenalah tahu apa syarat-syaratnya supaya dapat memperisterikan anak Makcik Sapiah. Kalau Makcik Sapiah meletakkan syaratnya ialah tujuh dulang hati kuman maka kau kenalah sediakan hati kuman sebanyak tujuh dulang.
Samalah macam kau nak karya kau diterima oleh rumah penerbitan. Kena tau kehendak-kehendak mereka, dorang nak novel yang macam mana, ada tu nakkan ciri-ciri islami, ada tu ciri-ciri sains fiksyen, indie, urban dan ma…

CERPEN CUTI RAYA : MACAM MANA NAK TULIS CERITA

Kalau orang tanya aku, macam mana nak menulis cerita?



Jawapan aku : Kau kena banyak membaca. Dan untuk penulis yang baru berjinak-jinak nak menulis novel, bacalah novel yang memenangi sayembara sekadar untuk mengukuhkan tatabahasa dan pembikinan ayat. Kita ialah apa yang kita baca. Perbezaan seorang individu dengan individu yang lain ialah apa yang dibacanya dan banyak mana bahan-bahan bacaannya.
Sama juga macam nak belajar memasak. Bergantung pada resipi aje, tapi ko tak tau periuk belanga, tak tau bunga lawang apa, daun salam apa...nak potong daging pun tak reti, apa jadi dengan masakan kau? Jadi jugak tapi tak sedap. Nak sedap, ko kena tengok banyak rancangan memasak, ulang lagi dan lagi dan lagi.
Kesimpulannya: ko bukak balik keputusan SPM, tengok subjek BM ko dapat berapa. Kalau cangkul aje memang banyaklah peringkat ko nak asah untuk menulis. Pastikan ejaan ko betul, perkataan yang digunakan betul dan banyakkan membaca buku-buku yang berkualiti. Bangsa kita mempunyai bahasa yang b…

CERPEN CUTI RAYA : CATATAN TULIS NOVEL AKU

Aidil Fitri... hari bahgia... hari yang mulia... lalala
Salam lebaran 1 syawal bersamaan 25 Jun 2017.
Kadangkala bila cuti melanda, otak aku pun tetiba aje berfungsi laju tak menentu. Nak mengemaslah, mengemoplah, menyapulah, membasuhlah... eh macam-macam aje nak buat tapi sudahnya aku mengeroh tak ingat dunia...hahaha...
So entri kali ni aku nak membebel tentang zouq menulis aku yang tetiba aje menyerang saraf ptuitari aku ni. Orang lain sibuk pasang langsir raya, nyanyi lagu raya, pergi pasar beli itu ini untuk persiapan raya, aku tetiba aje bukak balik folder lama, semak balik manuskrip lama-lama dan baca balik. Dah penat baca aku pun mengeroh lagi. Hahaha...
“Bila nak tulis buku lagi? Ko tak menulis lagi ke?”
Sebenarnya ilmu penulisan aku sangat basic dan aku ni ibarat padang pasir yang tandus kekeringan lagi gersang. Sentiasa dahagakan ilmu penulisan. Jadi, aku cuba dulu dengan menulis kisah budak remaja sekolah menengah berdasarkan idea adik aku yang masa tu tengah sekolah menengah. …

RAMADHAN KAREEM 2017

Ramadhan Kareem..


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan walau tetap tertanya-tanya apakah akan berkesempatan mencariNya di gelap pekat malam dengan hati setulus ikhlas tanpa memerlukan dentingan alarm hp atau tetapan minda. Aku hanyalah manusia biasa yang diciptakan lemah dan bersikap tergesa-gesa. Aku manusia lemah yang kalah jika dipakaikan perhiasan-perhiasan dunia sehingga sombong dan tinggi hati hinggap ke dalam diri. Aku manusia yang tidak cukup jati diri sehingga kealpaan dan kelalaian amat mudah menyelubungi. Alarm memang akan berbunyi tapi hati belum tentu mau membelah selimut malam, meredah dinginnya air wudhuk/mandian semata-mata untuk menyembah di atas sejadah. Akhirnya bunyi akan tinggal bunyi. Minda juga hamba yang boleh bekerja tanpa batas waktu dan dapat membangunkan jika sudah ditetapkan untuk bangun malam tapi hati belum tentu mau merelakan. Kuncinya ialah RELA. RELA itu hanya boleh didapati dengan DOA. Ini soal hati. Kepada tuanNya saja…