Skip to main content

CERPEN CUTI RAYA : CATATAN TULIS NOVEL AKU

Aidil Fitri... hari bahgia... hari yang mulia... lalala

Salam lebaran 1 syawal bersamaan 25 Jun 2017.

Kadangkala bila cuti melanda, otak aku pun tetiba aje berfungsi laju tak menentu. Nak mengemaslah, mengemoplah, menyapulah, membasuhlah... eh macam-macam aje nak buat tapi sudahnya aku mengeroh tak ingat dunia...hahaha...

So entri kali ni aku nak membebel tentang zouq menulis aku yang tetiba aje menyerang saraf ptuitari aku ni. Orang lain sibuk pasang langsir raya, nyanyi lagu raya, pergi pasar beli itu ini untuk persiapan raya, aku tetiba aje bukak balik folder lama, semak balik manuskrip lama-lama dan baca balik. Dah penat baca aku pun mengeroh lagi. Hahaha...

“Bila nak tulis buku lagi? Ko tak menulis lagi ke?”

Sebenarnya ilmu penulisan aku sangat basic dan aku ni ibarat padang pasir yang tandus kekeringan lagi gersang. Sentiasa dahagakan ilmu penulisan. Jadi, aku cuba dulu dengan menulis kisah budak remaja sekolah menengah berdasarkan idea adik aku yang masa tu tengah sekolah menengah. Jadi aku pun buatlah cerita pasal sekolah menengah. Sebenarnya itu hanyalah percubaan.

Sebut pasal takut ke tidak manuskrip kena tolak... rumah penerbitan mana nak dipilih...tu semua tak usah tanyalah. Aku dah puas tanya mbah google ni dan penat baca pengalaman-pengalaman penulis yang menghantar manuskrip mereka ke rumah-rumah penerbitan.

Aku takkan berani hantar manuskrip aku yang pertama tu kalau bukan sebab aku menang pertandingan menulis cerpen. Jadi, kemenangan yang tak seberapa tulah menjadi momentum, jadi pemangkin aku memberanikan diri, mencuba nasib dengan beberapa buah rumah penerbitan pilihan hati.

Js Adiwarna. Aku hantar mss aku ke rumah penerbitan ini. Jangankan nak dibalasnya, tunggu punya tunggu punya tunggu.... tiba-tiba...

Tau-tau mss aku tu dah didesign sampulnya. Tau-tau emel sampai inbox, beritahu akan diterbitkan pada bulan September. Tak ke aku terkujat beruk. Aku sebenarnya nak tau apa komen para editor. Yalah sebab dah terlalu banyak baca pengalaman penulis yang hantar mss maka aku pun terbayangkanlah aku pun macam tu jugak.

Intinya ialah...aku masih dahagakan ilmu penulisan sebab aku tak berpeluang nak ikuti ilmu ini sejak di bangku sekolah. Jadi sebab tu aku berasa posisi aku ialah murid bodoh yang kena masuk kelas macam cerita Pendekar Bujang Lapuk tu. Kena belajar dari A- Z.

Bila aku dapat jawapan emel macam tu, memang la dari satu sudut alhamdulillah tiba-tiba aje dapat pecahkan telur pertama. Tapi dari sudut yang lain, pengetahuan aku tersendat macam tu saja. Kalau aku menulis, adalah novel keluar. Kalau tak menulis, tak adalah. Jadi aku tak ada pemberi semangat, pemberi galakan. Aku terputus dengan orang-orang yang suka menulis macam aku.

Agaknya diorang malas nak ajar murid tua macam aku kot. Tapi aku tak berputus asa. Aku siap beritahu pihak penerbitan dan cakap aku nak join bengkel yang beliau adakan di mana-manalah. Walaupun sekadar duduk saja dan dengar. Aku perlukan inspirasi. Eh.. tetap jugak aku dapat jawapan macam ni...




Betul ke cerita aku tu siap dan cantik? Kenapa aku tak rasa macam itu pun. Tapi aku tak ada pilihan lain. Aku kena percaya sebab yang cakap ni ialah Munsyi Dewan dan penulis prolifik terkenal. Jadi, aku terpaksa bangkit sekali lagi bersendirian, menelaah rujukan2... membaca buku-buku dan menyemak balik manuskrip aku yang terbengkalai tak siap-siap.

Tugas aku sekarang ialah siapkan saja mss yang ada. Jangan nak bertapi-tapi lagi. Jangan nak sebut bengkel lagi. Jangan nak cakap pasal sedih tak dapat join bengkel lagi. Nanti aku sepak muka aku sendiri.

Jadi sementara semangat aku ada ni, aku pun mencuba Program Menulis 30 hari cadangan Kak Sri Rahayu Mohd Yusop. Panggil kak sebab beliau lahir tahun 1976, aku pulak 1979. Tapi beliau nampak macam sebaya aku je. Bila tengok anugerah sayembara yang beliau kongka tahun demi tahun, baru nampak jauh jauh jauh beliau lebih tua daripada aku. Tua pengalaman maksudnya. Hehehe... dan beliau pernah singgah di blog ni, beri komen atas review aku ttg buku Kasih Nan Agung. Actually banyak buku beliau aku dah baca, antaranya Transgenik Sifar, Equilibria dan terbaru terbitan 2017 iaitu Puteri Naga Tiberius atas rumah penerbitan X.

Aku suka baca novel Kak Sri rahayu atas faktor – isi cerita sarat pengajaran dan kualiti, bahasa yang bagus, mudah dan perlukan daya taakul yang tinggi. Aku minat sains. Aku suka cerita fiksyen sains.
Keazaman yang kuat menyiapkan mss membuatkan aku terinspirasi sangat. Beliau tau apa yang beliau sasarkan, memang sesuailah dengan kerja cikgu yang tak habis nak buat sasaran kerja tahunan di sekolah. Beliau target sekian sekian tarikh dan beliau boleh tepati tarikh tersebut. Keistimewaannya lagi ialah plot yang dah siap dan lengkap. Plot yang siap tu cukup kuat. So susah nak bergoyang.

Semangat beliau ni aku nak sedut selalu. Sekarang ni nampaknya aku masih boleh ikuti jadual Program 30 hari tu. Besok lusa belum tau lagi...kah kah kah...

Salah satu pemberi semangat aku dalam mengembangkan isi cerita ialah novel-novel TERE LIYE. Ok, tereliye ni sebaya aku, penulis prolifik Indonesia. Asalnya aku tiap kali singgah Gramedia, aku sambarlah satu dua novel tipis2 untuk baca isi masa kosong di kampung. Tapi tak sangka novel beliau sungguh menambat hati, menarik minat.

Inspirasi yang aku dapat dari pembacaan aku pada novel-novel beliau antaranya Rembulan Tenggelam di Wajahmu, Rindu, Sepotong hati yang baru, Berjuta rasanya, Bulan, Hujan dan yang terbaru iaitu Tentang Kamu ialah... cerita beliau macam cerita Hindustan. Semua secukup rasa. Pengamatan dalam satu-satu bidang tu sangat teliti. Kalau bercerita pasal bahagian dapur kapal, ceritanya sangat jelas pasal suasana dalam dapur kapal. Satu aspek yang paling menambat jiwa ialah babak kelakar yang diselitkan.

So, jika aku nak mengembangkan bab dalam cerita, aku akan belajar dari novel-novel Tere Liye.

Last but not least, aku cukup berterima kasih dengan rumah penerbitan aku yang tersayang. Js Adiwarna. Semoga aku dapat menghasilkan karya yang lebih baik bersama rumah penerbitan ini. Amin.

Apalagi... tulislah.. ya tulis.. takkan nak bermimpi terus.. Dah nak masuk Julai ni...bila nak siapnya?

Ya Allah..moga sudilah memberi hambaMu kekuatan...









Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…