Skip to main content

CERPEN CUTI RAYA : MANUSKRIP KENA TOLAK? WADUH WADUH...

MACAM MANA KALAU MANUSKRIP KENA TOLAK? MACAM MANA NAK TERIMA HAKIKAT?

Jawapan aku : Astaghfirullahal azim! Manuskrip aje yang kena tolak, bukan diri kau yang kena tolak dari bangunan tinggi, terjun lalu terhempas berkecai masuk kubur. Kalau diri tak boleh terima penolakan, macam mana ko nak hadapi hal yang lebih besar daripada tu, misalnya mendapat review berbau kutukan dan tak membina daripada pembaca? Itu lebih sakit lagi. Kan?

Yang penting ialah jati diri kau sebenar sebagai hamba Allah yang nak menulis. Kena lalui proses pembelajaran yang akan seterusnya menjadi pengalaman berharga buat kau. Dalam belajar pasti ada jatuh bangunnya. Dalam dunia penulisan pasti ada bermacam ragam dan hitam putihnya.

Kesimpulannya : kenal pasti sebab manuskrip ditolak. Kalau perlu diubahsuai, buat. Betulkan apa yang tidak betul. Kalau genre tak menepati, carilah rumah penerbitan lain yang sesuai dengan genre penulisan sendiri. Insya allah jika memang ada rezeki kau dalam dunia penulisan, pasti takkan ke mana. Memang takkan ke mana. Usaha selagi terdaya. Ada tu siap terbitkan buku sendiri.

Banyak-banyakkan membaca, ikuti dunia penulisan dari pelbagai aspek,; aspek penulis, aspek penerbit, aspek editor dan pengalaman-pengalaman orang lain yang menulis buku. Banyak membaca, luaslah pengetahuan. Bila luas pengetahuan maka luaslah hati kita dalam menceburi dunia penulisan. Pandang jauh-jauh.


Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…