Skip to main content

RAMADHAN KAREEM 2017

Ramadhan Kareem..



Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan walau tetap tertanya-tanya apakah akan berkesempatan mencariNya di gelap pekat malam dengan hati setulus ikhlas tanpa memerlukan dentingan alarm hp atau tetapan minda. Aku hanyalah manusia biasa yang diciptakan lemah dan bersikap tergesa-gesa. Aku manusia lemah yang kalah jika dipakaikan perhiasan-perhiasan dunia sehingga sombong dan tinggi hati hinggap ke dalam diri. Aku manusia yang tidak cukup jati diri sehingga kealpaan dan kelalaian amat mudah menyelubungi.
Alarm memang akan berbunyi tapi hati belum tentu mau membelah selimut malam, meredah dinginnya air wudhuk/mandian semata-mata untuk menyembah di atas sejadah. Akhirnya bunyi akan tinggal bunyi.
Minda juga hamba yang boleh bekerja tanpa batas waktu dan dapat membangunkan jika sudah ditetapkan untuk bangun malam tapi hati belum tentu mau merelakan.
Kuncinya ialah RELA.
RELA itu hanya boleh didapati dengan DOA. Ini soal hati. Kepada tuanNya sajalah hati boleh dijadikan rela. Dengan berdoa sepenuh kesungguhan dan Allah memperkenankannya maka gelap malam, sejuknya air  dan heningnya suasana tidak akan menjadi apa-apa bagi seorang hamba dalam aktiviti ibadah rahsianya.
Jangan berharap pada dentingan jam atau bingitnya alarm smartphone. Berharap hanyalah kepada Allah. Pasti solat malam akan selalu terasa indah. – Sekadar monolog yang terlintas di kepala tiba-tiba.
Ramadhan telah menuju fasa terakhir. Syawal pula bagai tidak sabar melambai dan menyapa. Namun blog ini masih sama, terpencil penuh misteri dan penulisannya selalu terhenti bagai tersangkut pada perhentian masa.
Peperiksaan Pertengahan tahun usai sudah. Tetap kerja takkan pernah habis. Aku rasa untuk manusia posisi seperti aku, Ramadhan sajalah harapan yang tinggal. Ruang dan peluang agar dosa-dosa masa lalu dapat direcyclebinkan.Terpadam untuk selama-lamanya.
Dan untuk usia yang meningkat lanjut malah terlebih dewasa ini, kesyukuran sajalah yang perlu aku cari cara pendekatannya agar semua yang dituturkan di lidah, diiktikadkan dalam hati menjadi eviden diri. Mulut memang selalu saja berbohong. Selalu sebut syukur tapi mana buktinya? Kalau berharap perkataan syukur yang keluar dari mulut, budak darjah satu pun boleh sebut.
Mengumpulkan eviden tentang rasa syukurku.... itu bukan kerja mudah. Apa tanda aku bersyukur dengan apa yang aku ada? Paling mudah mungkin  dengan tidak mengeluh. Tapi sehari saja berlaku gangguan bekalan air, amat payah untuk menahan mulut dari mengeluh. Sehari saja bekalan elektrik terjejas, sukar sekali mulut dan hati untuk sama-sama diam dan redha. Bayangkan bagaimana dengan hal-hal yang lebih besar?
Aku tengah sibuk dengan urusan hati. Biarkanlah  aku terus membungkam diri. Besok lusa hari yang bersinar itu pasti akan tiba. Kalau bukan di sini, harapan aku masih ada tersisa di sana.

Allahu Akram.

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…