Skip to main content

HARI YANG MAHA BODOH DAN BERANTAKAN

Assalamualaikum...


Ahaaaaa.... tebal benor sawang yang dah berumah di blog aku nih...anyway semakin berusia semakin banyak cerita yang kadang tu tak masuk akal tapi ia berlaku dan ketika ia berlaku, aku tengah malas nak bercerita. Bila dah malas tu, paham2 sajelah ya..

Tentang personal, kerja dan kegiatan seharian aku masih sama saja sejak 12 tahun yang dulu, tak ada bezanya. Ceritanya itu-itu jugaklah memandangkan aku pun memang rasanya sejak azali hidup dalam blues..hidup yang payah nak move on so kehidupan aku pun sama aje.


Alkisah sempena PRU 14 yang bagi aku hambar saja, tak adalah havoc macam masa berdarah muda dulu keh keh... sekolah aku ni mohon cuti ganti. Ini disebabkan oleh sekolah aku jadi tempat pembuangan undi, maka sehari sebelum nak mengundi tu, persediaan haruslah dibuat. Sekolah ditutup kerana ia telah pun diganti pada hari Sabtu sebelum itu. Adapun sekolah-sekolah yang tidak terlibat, tidaklah mengambil cuti ganti tersebut.


Okeh, bila sebut aje hari Sabtu, kepala hotak ni memang dah settingkan ia adalah hari cuti. Makanya pada hari kejadian tersebut, list dalam kepala dah beratur nak buat daripada nak mengisi minyak kereta, cuci kereta sampai ler aktiviti bershopping di pasar. Maka, awal-awal pagi aku dah sibuk mengemas rumah, menyapu..mop dan bla bla.... kemudian aku pun teruskan aktiviti pagi Sabtu yang maha berantakan itu... keluar isi minyak kereta.


Kemudian siap isi minyak kereta, aku ke tempat cuci kereta. Awal sangat lagi, mana kedai bukak. So, tempat tujuan beralih ke pasar besar. Entah kenapa aku teringin sangat makan ketam.. Ceh...entah kenapa la pulak yaaa... habis dah hari-hari menonton youtube yang orang makan seafood mukbang mana tidaknya selera pun nak makan ketam jugak kan? Haaa.. itulah pasalnya kenapa aku nak makan ketam.


Puas towap keliling pasor tu tapi yang dihajatkan tak jumpa- jumpa. Maka aku pun dah letih so nak balik ajelah. Eh dah dekat dengan tempat parking kereta aku tu, terserempak pulak dengan nyonya jual ketam bangkang 4 ekor rm50. Haaa apalagi, bagai pucuk dicita ulam pun datang. Aku pun beli dan blah balik. Hajatnya nak masak ketam lomak cili api ler ni.


Dalam perjalanan barulah teringat RPH aku yang masih tak berhantor lagi kat pejabat memandangkan Khamis sebelumnya tu aku hantor murid pertandingan Hoki ke Benut. So, aku menyinggah la ke sekolah nak ambik RPH tu, nak siapkan kat rumah aje. Ahad pagi boss masih terima lagi RPH tu kalau tak dapat hantar hari Khamis pun.


Waktu kereta menghampiri kawasan sekolah, eh! Kenapa kon bersusun kemain lagi kt depan pagar sekolah ni? Guard nampak signal aku nak masuk ke sekolah, dia pun bukak pintu pagar. Baru separuh keta aku masuk...


“Blok C bukak tak?” soal aku memandangkan Sabtu selalu blok C tu kunci, kang kalau terlupa mintak kat pengawal, satu kerja pulak kena patah balik semula ambik kunci.


“Bukak la cikgu, macam biasalah..”Pengawal jawab sambil kerutkan kening.


Aku hanya mengangguk dan terus ke depan. Alamak! Tidak! Nehiii!


Tidaaaaaaak! Tidaaaaak!


Jantung aku mula mengepam darah tak tentu arah. Barisan kereta yang berceratuk di sepanjang kawasan parking sekolah serta-merta mengembalikan ingatan dalam kepala hotak aku yang naik kelabu ni.


Macammana la boleh lupa hari ni sekolah ganti? Adohai... dengan baju kardigan,,suar jean.. tudung pasar aku ni alamak... aku tengok jam. Dah pukul 9.20 pg. Gila betul nampaknya aku skang ni.


Nak ke tak nak.. suka ke tak suka.. telan air liur ke tak telan ke.. tiada pilihan lain kecuali bersemuka dengan boss.


“Ha... kenapa ko has?”

“Cikgu... saya nak mintak maaf sangat, saya lupa hari ni hari sekolah ganti. Saya baru balik dari pasar ni, ingatnya nak ambil RPH tadi kat sekolah. Alih-alih sampai sini baru tersedar sekolah ganti rupanya.” Aku pun cakap ajelah apa yang sebenor2nya dengan espresi muka macam nak tercirit pun ada.. macam nak sembelit pun ada. Entah. Blur gila.


Pecah ketawa boss aku.

“Apalah yang ko pikirkan ni has, sampai lupa hari ni sekolah?”


“Cikgu, jadi macammana ni ya? Saya boleh lagi tak ke sekolah atau saya ambil crk aje?”Aku pun tak reti nak jawab dalam rasa gelabah yang teramat. Gelabahnya sebab mesti murid-murid aku skang ni jenuh mencari aku ke hulu ke hilir , berterabur macam dikejar dinosour.


Boss aku tak berenti gelak.

“Udah, pergi balik salin baju. Apalah ko ni has...”


Aku pun tak tunggu apa2 lagi, pecut balik rumah, salin baju, gantung ketam aku kt sinki. Nasib ler kalau ketam tu nak lari menyelamatkan diri beliau. Aku tak peduli. Janji aku ke sekolah secepat yang mungkin. Dalam masa 10 minit gitu sampai ler aku ke sekolah balik. Dan terus mengajar seperti biasa.

“Ko pergi mana, has?”Sana sini kawan2 tanya.


“Aku ada hal sikit, tapi aku dah beritahu boss.” Itu je jawapan aku. 


Balik rumah barulah aku dapat menyambung aktiviti pagi tadi dengan simple sahaja.. Masak lemak ketam cili api yahooo... 

nasib baik ia tak melarikan diri..heh heh

blender buat hal..terpaksa ler kerah tenaga sikit.. tumbuk!





alhamdulillah... siap 




Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…