Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

CERPEN KALBU : BENGKEL PENGKARYA GURU DBP KUALA LUMPUR?

Assalamualaikum...
Pontian mendung kelabu, hening tak berangin dan sepi bagai negeri asing terpencil penuh misteri. Dapat perutusan tak bersuara beberapa hari lalu. 
Aku apply bengkel penulisan remaja. Tapi kohort yang ditentukan untuk aku ialah bengkel penulisan kanak-kanak. Tak kisah sangat asalkan aku dapat belajar benda baru dan keluar dari zon selesa. Bengkel ini merupakan suatu nikmat untuk aku. Tak perlu susah-susah nak cuti sebab ia dikira sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan. Dan pula di bawah Kementerian Pendidikan. Ianya percuma! Sepatutnya aku berseronok seperti Ogos 2011 dulu, di mana aku memohon sendiri bengkel akademi penulis di Kuala Lumpur, duit minyak  dan penginapan sendiri. Yurannya rm650! Dan ambik pulak cuti. 
Sekarang tahun 2018. Ketika peluang ini datang, aku tak sihat. Dan tak tau la boleh ke tidak untuk hadirkan diri ke bengkel tersebut memandangkan surat setuju tawaran harus diserahkan sebelum 20 Julai. Aku masih belum bertindak apa2 selain menjawab pesanan Kak L…