Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

CERPEN HATI : AIDIL ADHA YANG SEPI

10 zulhijjah 1439 Rabu Pontian Johor.
          Cuti persekolahan bersamaan dengan Hari Raya Korban 2018. Nampaknya cuti kali ini dihabiskan dengan mengadap laptop dan melenguhkan tangan juga pergelangan tangan. Mungkin... Mana tidaknya, boleh dikatakan sepanjang tahun hanya beberapa kali sahaja aku membuka laptop. Paling banyak guna time buat rph dan bayar bil. Selain daripada tu jadi tukun dalam beg anyaman plastik aku tu.           Dah lama aku tak berhari raya termasuklah hari ini. Biarlah ia terus menjadi puing di antara puing-puing sisi gelap hidup aku. Jadi, waktu aku semasa cuti ini banyak dihabiskan dengan membaca karya-karya para pengkarya guru yang sudah pun menghasilkan buku mereka dalam Program Pengkarya Guru. Sebenarnya aku tak biasa dengan istilah Pengkarya Guru. Aku mohon dulu pun kerana aku saja nak hadiri kursus-kursus yang aku minat. Aku dah muak dengan kursus-kursus yang tak habis nak mengerah rasa stress. Aku dah pun menulis mss cerpen untuk antologi cerpen Kohort N…

CERPEN HATI : SECERCAH SEMANGAT SEMPENA BENGKEL SIRI 1 DBP KL.

Bengkel paling seronok yang pernah aku pergi. Dalam keserabutan dunia pendidikan yang entah bila kan terubat, dalam tekanan yang seakan tak berpenghujung apabila nuansa pendidikan seringkali dicampurtangan oleh mereka yang bukan ahli, entah mengapa aku masih boleh bergembira dengan bengkel yang baru menjalani siri 1(2 hari) di DBP bangunan lama, Kuala Lumpur. Aku gagahkan juga kaki ini melangkah walaupun semangat aku bak sumbu pelita yang kejap menyala kejap padam. Mujurlah adik lelaki aku memahami, sudi temankan aku berbengkel 2 hari di sana. Tidur di Mandarin Court dan jalan kaki saja ke kelas. Aku tak terfikir bengkel ini dapat menceriakan hati-hati yang muram. Sebab pesertanya adalah mereka yang bergelumang dengan dunia pendidikan. Mereka yang dah biasa pergi kursus silibus, kursus semakan dskp bla bla bla... kursus itu ini yang membuat dahi licin jadi berkerut dan penuh membosankan. Kalau kami guru diberi kursus yang membosankan dan penuh tekanan, adakah hasilnya kami juga akan me…