Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

CERPEN HATI : FOKUS

2 fakta penting tentang diri aku di dalam dunia penulisan;
1.Manuskrip aku terus dijadikan buku dalam tempoh 3 bulan (Rumah Penerbit Js Adiwarna). Ceritanya biasa-biasa sahaja. Berhasil jadi buku kerana Bahasa Melayu yang aku kuasai. Itu sahaja.
2.Cerpen diterima untuk Antologi Cerpen Dewan Bahasa Pustaka. Pun cerita kanak-kanak yang sangat sederhana. Tiada yang istimewa pun. Berhasil siap sebagai cerpen kerana aku FOKUS.

FOKUS adalah nikmat Allah yang telah ditarik secara perlahan-lahan oleh Yang Maha Kuasa daripada hamba-hambaNya pada zaman serba cepat ini. Jadi, kutiplah semula serpih-serpih FOKUS dalam kehidupan yang telah berkecai entah terhempas dek apa, aku pun tak tahu. Anda sendiri yang tahu liku-liku hidup anda.


CERPEN HATI : SESI KE DUA BENGKEL PGG SEPTEMBER 2018

Batu 35 Pontian Johor
Lobak dibeli bersama kentang Dimasak bersama ikan selayang Pucuk dicita ulam mendatang Hati gembira terasa sayang


          Alhamdulillah syukur ke hadratNya sekali lagi diberikan kekuatan dan waktu untuk menghadiri bengkel siri ke-2. Seperti biasa walaupun kebingitan penuh mesra itu terdengar volumenya semakin rendah tapi kehangatan masih bersisa dan terus menjadi momentum untuk meneruskan lagi dan lagi dan lagi... mungkinkah kerana ‘sayang’ telah terbit di perdu kalbu?
Hehe... kali ini adalah slot yang lebih sulit dan perlukan perhatian yang jitu sebab melibatkan tatabahasa dan watak serta perwatakan. Tapi yang tak sedapnya tu cerpen aku pulak yang dijadikan model untuk bedah lalu dikorek mana yang tak betulnya. Haaaa... satu badan ni menggigil dibuatnya. Adohai... itulah risikonya kalo siap terlalu awal. Tapi kalau ko tak nak siapkan awal-awal, macam mana cerpen itu akan dikoreksi awal?
          Yang sedapnya pulak ialah apabila cerpen itu telah pun dibedah lalu d…