Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2018

CERPEN HATI : OKTOBER MULA MENYAPA MESRA

8 oktober 2018 Pontian, Johor Darul Takzim.

          Musim menanda kertas UPSR pulak. Tapi bukan aku ler yang menanda tu. Berakhirnya peperiksaan UPSR bermakna musim peperiksaan akhir tahun pulak akan menjelma. Soalan peperiksaan BA dah siap. Itu pun ada kawan yang tolong fotostat dan kelaskan mengikut darjah lepas tu letak atas meja. Berterima kasih banyak aku pada guru- guru tersebut.



Bengkel seterusnya seperti biasa di DBP KL. Kami bertiga beradik stay di salah sebuah hotel terdekat. Bengkel kali ini entah kenapa aku rasa kecewa. Tak seseronok sebelum ini. Mungkin kerana aku letih fikiran. Mungkin juga kerana aku belum jumpa kawan yang sekepala dan sependapat dalam dunia penulisan. Atau mungkin juga kerana ramai peserta tidak dapat hadir atas urusan tersendiri. Entahlah... mungkin aku penat kot. Tapi apa yang penatnya?
Dua buah cerpen dah masuk ke bahagian penerimaan cuma belum lagi diperbaiki berkali-kali untuk masuk ke bahagian tapisan pertama, kedua dan seterusnya bla bla bla..
 …

CERPEN HATI : SEPTEMBER YANG DILUPAKAN...

Awal bulan September tempohari mengikuti Bengkel Penulisan Program Pengkarya Guru Siri ke-2. Kemudian ditugaskan menjadi Timbalan Ketua Pengawas UPSR di salah sebuah sekolah kebangsaan, berkolaborasi dengan guru-guru dari SJKC. Dalam banyak-banyak kertas yang aku jaga, aku agak terkilan waktu subjek Matematik. Masa diperuntukan hanya 60 minit. Kebanyakan murid banyak menghabiskan masa dengan mengira sifir pada jari-jemari memasing. Aku mulanya ingatkan apa benda la yang budak ni main dengan jari diorang. Lama-lama baru aku sedar, mereka sedang mengira sifir. Mengira sifir dengan jari? Pada zaman gadget dan teknologi yang semakin bagaikan tak terkejar ini, sifir dikira dengan jari? Kalau bukan dengan jari pun, mereka lakar kotak sifir di atas kertas. Mana perginya kuasa otak? Dari sifir 2 sampailah 12, susah sangat ke nak mendekamnya kemas-kemas dalam sistem simpanan otak sendiri? Sifir bukan sahaja digunakan di dalam dewan peperiksaan UPSR, malah dalam kegunaan hidup seharian kita. A…